Fresh from the owner...

16 July 2012

Perjalanan Azfar sebelum warded.

tak sempat nak balas kunjungan kamu dan kamu. rasa macam baru je nak recover daripada semuanya. kebetulan husben balik sini. okay... bukan kebetulan tapi memang dia nak balik pun. kesiankan anak-anak yang kena tinggal katanya. lagi pulak bila dengar Kak Long macam merungut je. Kak Long bercakap sebab itu apa yang dia rasa. tak boleh nak salahkan dia jugak kalau dia tak faham. Kak Ngah okay. memahami. actually, berbanding Kak Long, Kak Ngah memang sangat memahami dan bersikap toleransi. Kak Ngah pun mudah mengalah. memang ada jugak sifat kerasnya tapi dalam banyak hal dia paling memahami.

back to the story, Azfar demam sejak abahnya balik Johor. hari rabu. tapi demamnya on off. kejap okay. kejap tak. kalau siangnya demam, malam nanti okay la. kalau malamnya demam, siangnya okay pulak. dia tak meragam demam kali ni. tetap aktif macam biasa. ubat? memang susah nak makan. kalau 5ml kena bagi, yang masuk betul-betul ke tekak sebelum dia muntahkan semula would be 1.5ml je. hari pertama je makan ubat okay. masuk hari kedua memang susah.

bila demamnya cecah hampir 39 darjah, aku masukkan ubat. sebab doc kan dah pesan awal-awal sediakan ubat tu kat rumah. tapi kesannya cuma untuk 12 jam. lepas tu dia demam semula. Azfar ada flu dengan batuk dia berkahak. hari ahad dia demam sampai menggigil satu badan sebab sejuk. bibir lebam biru. dia makan okay. minum pun okay. dalam pada sejuk tu sempat makan jugak. checked sushu dah 38 lebih. panas terlampau akan buatkan badan menggigil. aku tahu tu. kain basah memang atas kepala. aku tak pakaikan dia baju pun. cuma pampers je sebab senang nak lap-lap badan dia. dah masuk ubat, dia okay la. berpeluh-peluh.

baru dihantar ke wad. menangis sebab tak nak dengan orang lain.


esoknya pun okay lagi. tapi lepas mandi petang, dia started to menggigil semula. itu pun dia nak main air lagi walaupun bibir dah lebam biru. bagi ubat dan demamnya macam nak okay sikit. dia pun boleh tidur. aku pun boleh tidur jugak. tapi around 2 am, aku sedar dia dok panggil abah. start shaking semula. started to lebam biru bibirnya. memang aku bungkus dengan kain batik sebab tengok dia sejuk bukan main lagi walaupun tahu suhu badan dia mesti panas. tapi nak jugak selimut. bila fikir-fikir, baik bawak pergi ER je la. apa-apa hal senang. walaupun shaking, dia okay je. tetap bercakap macam biasa.

2.30 pagi la aku bawak Azfar ke ER ditemani Kak Ngah (kebetulan pulak dia boleh bangun sama) dan my sis (tukang pegang Azfar sebab aku kena drive). sampai kat ER, still shaking. MA yang baru bangun tidur lepas kena kejut tu pun checked suhu Azfar. 39.5. aku tak rasa badan dia panas tapi MA tu cakap badan dia panas. kena masuk ubat lagi. hmmmm... sejak abahnya balik Johor, Azfar demam dah 6 hari on off. paling lama dalam sejarah. sabar je la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. moga azfar cepat sembuh...sian mamanya..

    ReplyDelete
  2. Semoga Azfar kembali pulih sepenuhnya. Amin.

    ReplyDelete
  3. cian azfar..dmm rindu agaknya..napa ayahnya..kj jauh ker...

    ReplyDelete
  4. ciannya Azfar..sampai biru biibr.. rindu ayah dia kot... risau plak saya...hope dia cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. risau gak, kalo demam on off ni.. hope Azfar cepat sembuh n kembali cegas!

    ReplyDelete
  6. kesian azfar, semoga dia cepat sembuh, musim sekrg mmg camtu, ramai yg demam

    ReplyDelete
  7. dugaan kan.. moga azfar cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. olololo. ciannye dieee. jebek nangis tuuuu.

    ReplyDelete
  9. kalau anak2 demam kena sentiasa check suhu..kadang2 memang tak panas luar..tu yg risau tu.. kalau anak2 saya bila panas dalam boleh nampak ada tahi mata..bahaya demam panas tinggi sangat ni kan..sian azfar..

    ReplyDelete
  10. kesian la tgk gambar azfar nangis tu kak

    ReplyDelete
  11. risaunya..ksian dia. hope semuanya ok..
    tabahnya ibu dia..kalau sy mesti dah kelam kabut bila husband xde sama..

    ReplyDelete
  12. huih, cekal betul akak. tapi mmg dah namanya anakkan kak? masa tu fikir keselamatan dia sahajalah. mungkin, kita buat benda yg sama jika di tempat akak, paling tidak pun minta bantuan kawan2 terdekat.

    ReplyDelete
  13. ssemoga azfar semakin sembuh..

    ReplyDelete
  14. siannya azfar... so camne skrg ni kak?... azfar dah sihat lum?

    ReplyDelete
  15. kalau berlaku lagi camni cepat cepat bawak dia ke hospital sebelum melarat. biasanya i akan bw anak ke hospital kalau demam 3 hari tak baik baik.

    ReplyDelete
  16. Semoga cepat sembuh ya Azfar...

    ReplyDelete
  17. kesian baca story akak nih.. 6h demam tuh mmg lama..

    ReplyDelete
  18. olo sian dia..harap dah sembuh la ye..

    ReplyDelete
  19. salam sis. azfar masuk spital sb demam? ya Allah...lamenye maera tak online. huhuhu~ moga azfar cepat sembuh ya.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign