Fresh from the owner...

22 July 2012

Pengat Mee Lidi.

ini kenangan masa aku berpuasa kecik-kecik dulu. puasa dengan adik-beradik including ayah seorang. since my mom dah passed away sejak aku berumur 7 tahun makanya semua keperluan, my big sis yang uruskan. budak-budak apa sangat la yang kita tahu kan. masa tu la. bab-bab minum air paip masa bulan puasa tu benda biasa. hahaha... tapi tak ada la selalu. sekali dua je.


ada yang tak kenal mee lidi ke? macam tu la rupa packagingnya. meamng itu la mee lidi yang biasa kakak aku beli. aku tak pernah lagi beli benda alah ni. tak tahu la kenapa. nak kata kurang makan tapi bila kakak aku masak, aku makan je. pernah sekali masak untuk anak-anak buah yang kelaparan kat rumah ni. habis. hehehe... 

aku ada kenangan terindah jugak la dengan mee lidi ni. mungkin aku je yang pernah makan. orang lain aku tak tahu. masa aku kecik-kecik dulu, selalu jugak mee lidi ni dibuat pengat masa bulan puasa. sedap. memang juadah wajib ada. buat pengat tu macam biasa la. macam buat bubur kacang ke pulut hitam tu jugak. cumanya, bila dah siap kuahnya tu last sekali baru letak mee lidi yang dah siap direbus. memang sedap sangat. marvelous. sehingga menjilat jari. hehehe...

tapi tu masa zaman aku kecik-kecik la. bila dah besar, dah tak pernah masak lagi benda alah tu. tak tahu la kenapa. kadang-kadang tu bila datangnya bulan puasa, teringat dengan hidangan mee lidi ni. kalau zaman kecik memang suka sangat. tapi bila dah besar dah jadi tak berapa lalu nak makan walaupun aku teringin nak makan semula. bila aku cakap dengan my sis. dia kata: "Boleh makan lagi ke?" entahlah. nak rasa sikit je kot. entah rasa tu masih sama or tak macam yang aku pernah makan masa kecik dulu aku pun tak tahu. tapi teringin jugak la. huhuhu...

mungkin satu hari aku akan buat jugak. bila? tunggu je la sebab husben tak makan mee lidi ni. lepas dia terkena beli mee lidi dengan perencah semut, terus dia tak lalu nak makan mee lidi. husben cukup alergik kalau ada semut or rambut dalam makanan atau minuman dia. memang dia akan buang terus la. kecuali kalau dia nampak semut tu di saat-saat akhir. tapi balance air or makanan tu tetap dia reject la. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. dni belum penah pekena mi lidi.. :)

    ReplyDelete
  2. Belum pernah mkn lg pengat mee lidi ;)

    ReplyDelete
  3. uishh akk x pernah dgr pengat mee lidi dik
    kalau mee lidi memang buat mee grg atau laksa aje ..
    wahhhhh nanti buat dan letak lah sini , nak sgt2 tgk nie ;)

    ReplyDelete
  4. peliknya mee lidi buat pengat.macam hidangan exsotik je.hehe sedap ekk?

    ReplyDelete
  5. me lidi ne ala2 spageti ke bentuknya..tak penah nmpak pla yea..

    ReplyDelete
  6. Honestly, YM mmg tak penah masak guna mee lidi nieh.Nak try gak nanti, :)

    ReplyDelete
  7. huuhuh..me lidi,..rasanya macam pernah dengar..tapi tak ingat laa pernah makan atau tak..hihi

    ReplyDelete
  8. x pnh lg mkn mee lidi tu..cam mi laksa penang tu ke? besar kan mee tu

    ReplyDelete
  9. Pernah makan...sedap jugak rasanya hihihi

    ReplyDelete
  10. rindunua..duli masa kecik mak suka masak mee ni..wat mee goreng la..pengat mee pun pernah..

    ReplyDelete
  11. ingat lidi mee leh goreng je...
    hehe tp ni lah pestime tgk lidi mee

    ReplyDelete
  12. susahlah nak jumpa mee lidi ni kak..

    dah lama cr xjumpa2...

    ReplyDelete
  13. pengat mee lidi tu asal mkanan terengganu...=)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign