Fresh from the owner...

09 July 2012

Patin Tiga Rasa.


hari tu husben belikan patin. entah la. dia tiba-tiba tanya nak makan ikan patin ke tak? aku tanya dia nak makan ke? kalau dia nak makan beli je la. aku masakkan. masak apa pun aku tak tahu selain daripada patin masak tempoyak tu. kebetulan pulak orang yang jual ikan tu memang kenal dnegan aku dan husben. dia cakap macam-macam boleh masak ikan patin ni. goreng saja pun sedap. nak buat tiga rasa pun okay.

sebelum ni husben ada beli dan aku masak lemak cili api. ada jugak aku goreng. pada aku patin ni sedap je. okay je tekak aku menerimanya. ada sesetengah orang tak boleh nak telan ikan-ikan sungai ni. tapi alhamdulillah... aku ni ikan sungai ke laut ke, okay je. boleh hentam.

tiga rasa yang sempoi.

balik tu gigih la dok godek resepi nak masak ikan patin tiga rasa. malas nak buat yang biasa-biasa tu. nak yang sempoi dan senang sebab time tu patutnya dah time makan tengahari. berjalan punya pasal sampai rumah terus kena start masak on the spot. kalau tak entah pukul berapa baru boleh siap. puas jugak la menggodek internet cari yang senang dan sempoi resepinya.

alhamdulillah... hasilnya memang memuaskan la. sedap pun sedap. ni la resepinya. ambik dekat myresipi.

PATIN TIGA RASA VERSI SEMPOI

5 biji cili hijau (dikisar)

2 biji cili merah (dikisar)

1 labu bawang besar (dikisar)

4 ulas bawang putih (dikisar)

2 biji tomato (dikisar)

3 batang serai (dikisar)

1cm halia (dikisar)

1 biji cili merah (dipotong serong)

1 biji cili hijau (dipotong serong)

Daun ketumbar (dihiris) - tak guna pun ni

2 sudu makan sos tiram

1 sudu makan tepung jagung

Garam + Kunyit

Minyak

Air

Cara-cara:

1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan

2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.

3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.

4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.






my foot: disesbabkan ramai yang tanya makanya aku bagitahu la, barang yang hilang tu memang barang kemas. bukan aku yang punya tapi Kak Ngah. adehhh... macam mana boleh hilang? aku pun tak tahu. tak ada la ralat sangat walaupun itu barang pertama yang dia dapat hasil kerja keras abahnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 comments:

  1. wah sedap2! ikan patin lagi tu

    ReplyDelete
  2. selalu patin masak tempoyak jer..x pernah lagi masak camni nih..;)

    ReplyDelete
  3. x pernah try lg sllu siakap ibu sllu bt 3 rasa,patin 3 rasa msti try nnti...hi3

    ReplyDelete
  4. hurmmm sedap ye ..
    akk nie semua jenis masakan kalau patin x leh gi lahh huhuhu

    ReplyDelete
  5. hari ni asben dni request nak asam pedas :D

    ReplyDelete
  6. nk tkr dgn ikan lain la klu msk sbb xmkn patin..

    ReplyDelete
  7. wahh leh try ni....

    ari tu ayah dtg umah masak ikan patin cili padi....bestt..tp g takleh makan byk sgt ikan ni...nnti loyaaa

    ReplyDelete
  8. boleh la try...
    sebab, tak tau nak masak pe si patin tu, asyik la gulai tempoyak, hari2 makan leh muntah, ni tiga rase lak, boleh bawak bekal kan, heeee~
    tengs for recipe yea Kak Sal!

    ReplyDelete
  9. sedap nampak.....memang stress sebab ketika menatap gambar patin 3 rasa ni, wa tengah bedal megi....uwaaaaaaaaaaaaa
    agak dah barang kemas, redha ajelah beb....kalau rezeki ko, lambat laun ko akan jumpa gak tau....aku ni pun hilang gelang kawin....memang ralat beb.....tapi aku redha....dah bertahun tak jumpa tau.....tak pelah, mungkin rezeki ada di tempat lain...insya Allah!

    ReplyDelete
  10. sy x mkn ikan patin.. dulu mkn jugak.. sekali terkena yg hangir sgt masa mkn kt satu kedai, terus tekak x leh terima.. huhu..

    alahai siannya k.ngah.. dh x der rezekikan kak nk wat camner.. pasti ader hikmahnya..

    ReplyDelete
  11. sedap nye... nyum nyum.

    ReplyDelete
  12. resepi ni kalau tukar dgn ikan lain pun xper kan...susah la kat sini nk cari ikan patin hihihi

    ReplyDelete
  13. wow!! resepi menarik ni..selalu makan buat asam tempoyak jek....heheheh...tapi lieya tak penah masak patin sbb tak reti...takut salah mase siang n bersihkan...selalu beli kat kafe opis jek....dieorg mmg selalu buat masak asam tempoyak ajek.....

    ReplyDelete
  14. ikan patin ni saya suka masak tempoyak je..huhu

    ReplyDelete
  15. nampak sedap...
    tak pernah makan pun ikan patin nih...sedap erk??

    ReplyDelete
  16. selalu patin wat masak tempoyak kan..

    ReplyDelete
  17. sedap nampaknya...selama ni klu pati masak gulai tempoyak da goreng je

    ReplyDelete
  18. pernah makan sekali je..saya tak pandai masak ikan jenis mcm ni.. takut hanyir..tapi teringin nak makan patin masak tempoyak atau asam pedas...adehh...

    ReplyDelete
  19. ikan sungai yg lain sy makan tp ikan patin xlalu nk mkn. huhu.

    ReplyDelete
  20. Alahai...kite la tu orgnya yg tak mkn ikan patin...huhu

    ReplyDelete
  21. tak pernah makan ikan patin, erkk ke saya yg x kenal ikan patin hihihihihi...

    lah kak ngah terhilangkan kat mane.... brg kemas tu... nak soh abah beli baru tok raya yer hhihihihi

    ReplyDelete
  22. sedapnya.. tak pernah makan ikan patin ni.. bukan tak lalu tapi en.somi tak pernah beli.. saya masak apa yg dia belikan je :)

    ReplyDelete
  23. Myra tak penah makan ikan patin.. Dan tak berapa reti nak mencuba ;)

    ReplyDelete
  24. xpernah rasa masak 3 rasa ikan patin..

    ReplyDelete
  25. salam perkenalan :)

    sedapnya patin 3 rasa tu... terliur tengok..

    ReplyDelete
  26. sebut ikan patin terus terbayang2 patin msk tempoyak :-)

    ReplyDelete
  27. sedapnye! telan air liur nengok..gulp!

    ReplyDelete
  28. ehh 3 hr tak updet blog ni sal?
    semua ok ke?

    ReplyDelete
  29. nyum..myumm..makan time :)

    ReplyDelete
  30. Barang kemas...sayangnya dear...dahlah emas sekrg mahal..Sedapnya ikan patin..CR pun suka ikan sungai hihihi

    ReplyDelete
  31. versi sempoi pun asal sedap kak.hehehe.

    eh,hari tu nak minta signature baru kan?..nnti akak gtau eca nak camna

    ReplyDelete
  32. kita suka patin masak tempoyak. aduhai, menaip komen tuk akak ni pun rasa ecur liur terbayang patin masak tempoyak. kita pun ok je, ikan sungai or laut. cuma tak pakar nk bersihkan je. seriau hanyir.

    ReplyDelete
  33. ikan patin pun boleh buat 3 rase ehhh. kreatif betul. ;)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign