Fresh from the owner...

04 July 2012

Once upon a story...



macam nak buat cerita dongeng je kan? hehehe... alhamdulillah, husben dah selamat sampai ke rumah kat Johor pukul 1.40 pagi ni. aku tahu dia berat hati nak balik sebab Azfar demam. demam tak meragam. tapi kalau anak-anak sakit dia memang berat hati la nak balik. tapi dia kata, dia kena kerja jugak sebab kerja tengah banyak. aku kata tak apa la. balik je la. okay... itu kata mulut ye. biasa la. kata mulut dengan kata hati memang tak selari kadang-kadang tu.

Kak Long menangis pulak semalam masa abah tinggalkan dia. alahai... kesian pulak la aku tengok. Kak Long dah lama tak menangis kena tinggal. tiba-tiba semalam jadi sensitif terlebih pulak. memang belas la tengok anak menangis kena tinggal ni. sibuk nak ikut abah dia. mungkin sebab dia seronok sangat kot abah hantar dengan ambik dia daripada sekolah. tak apa la sayang. sabar itu pasti buahnya manis. kita terima je la sebab ini bahagian kita. at least abah ada masa jugak balik jenguk kita kat sini kan?!

Azfar disebabkan dia demam, tak ada la sangat nak dengan abah. kejap-kejap je bolehlah. selebihnya cari ibu juga. cuba kalau tak demam? sikit-sikit abah. kalau abah dukung dia dan bawak berjalan kat luar memang dia akan mintak 'Par'. siap tunjuk lagi ye. dia nak selipar la tu. mintak abah dia pakaikan walaupun dia tak berjalan. janji pakai. petang semalam pun ada insiden kelakar. Azfar hulurkan botol air masak kat abahnya. dia kata 'Air'. masa tu abahnya minum air 100 Plus. husben ingat dia nak air masak tu. jadik dia buka tudung botol dan nak bagi air tu kat Azfar. tapi mamat kecik tu lari.

aku cakap kat husben, cuba buang air masak tu dan letak 100 Plus sikit dalam tu. rasanya dia nak air yang abahnya minum. memang betul pun. dia nampak abah tuang air tu terus dia datang. elok je ambik botol tu dan minum sendiri. adehhh... boleh pulak macam tu. aku buat assumption je sebab tengok cara macam tu la yang dia nak. memang betul pun nak minum 100 Plus buat ubat demam.

Kak Ngah pulak berjiwa sensitif. menjawab pandai. marah pun pandai. tapi kalau kena marah dnegan abahnya sikit, memang menangis la dia. sedih sebab abah marah-marah. dia kata dia anak abah tapi abah marah-marah jugak. selalunya abah akan pujuk balik. abah selalu jugak cakap: "Sebab apa abah marah? Sebab Kak Ngah buat salah kan? Kalau tak buat salah ada abah marah?" i have to admit la... husben pandai psiko anak-anak. tapi ada masa tak jalan jugak psikonya. panggil ibu jugak. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. senyum je baca gelagat anak2 sal :)

    ReplyDelete
  2. pandainya azfar... nak air 100+ yer... nak cpt baik demam ek :-)

    ReplyDelete
  3. setiap seorang anak tu punya feel yg berbeza2kan!

    ReplyDelete
  4. moga azfar cepat sembuh dr demam. moga dipermudahkan segalanya.. amin

    ReplyDelete
  5. kasihnye anak2 pd ayah mereka,:)

    ReplyDelete
  6. sekali sekala jumpa abah manja lebih la hihi sama jer mcm qalief :)

    ReplyDelete
  7. Ragam anak bila sesekali jmp abahnya..:-)

    ReplyDelete
  8. Semoga Azfar cepat sembuh..

    Lain anak lain ragamnya kan?

    ReplyDelete
  9. Semoga Azfar lekas sembuh ya? Seronok pula baca kisah anak2 mcm ni kan?

    ReplyDelete
  10. lain anak lain kerenahnya kan kak.. sesekali jupe abahnya mmg manja la anak2..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign