Fresh from the owner...

30 July 2012

Menerima dugaan dengan reda.



memang sentiasa sabar menerima dugaan daripada Allah ni. sebab ujian ni untuk menguji keimanan kita kan? kita diuji jugak sebab DIA tahu kita mampu menerima ujian tu dengan hati ikhlas, insyaAllah. aku tak tahulah. tapi sekarang ni musim demam dengan batuk dan selesemanya. alhamdulillah... Azfar dah semakin okay lepas aku bagi dia minum air ECPI dengan jerlun kepala pun dengan air yang sama. mandikan dia bawah air mengalir. bukan rendam dalam tub. semalam demam jugak tapi lepas dia banyak minum air ECPI tu dah nampak improvementnya. tapi walau sakit dia tetap makan dan minum macam biasa. alhamdulillah, bersyukur sangat.

bila Azfar dah makin sihat, Kak Long pulak datang mengadu bagitahu badan dia panas. bila checked, memang panas. bagi makan ubat dan dia elok macam biasa sampai la petangnya lepas mandi dia kata dia sejuk. selimutkan dia dan dia tidur. malamnya dia tak aktif macam biasa. setakat mulut je berbunyi tapi dia tetap je baring. makan pun suap sambil dia baring. adehhh... sakit sendi makik kecik ni kalau demam. Kak Ngah tetap aktif. main dan makan bagai. Azfar pun sama la. makan tetap makan. lepas makan, makan lagi. ngeeee...

cumanya Kak Ngah aku perasan perubahan suhu badan lepas dia tidur. tak lena tidurnya dan badan sangat panas. dia pun kata sejuk nak selimut. mak ni kerap la pulak bangun malam. even sekarang ni pun tak tidur lagi sebab melayan dua orang pesakit. (^_^) aku cakap dengan Kak Ngah: "Tunggu Kak Long baik demam la baru Kak Ngah demam. Mana boleh dua orang demam sekaligus. Kesian ibu." macam la sakit tu boleh tunggu-tunggu je kan? saja je nak sembang-sembang dengan dia lepas aku bawak dia ke bilik air sebab dia muntah dan masukkan ubat terus. baru la lena tidurnya.

Kak Long pun sama. since panas badan dia macam tak turun je, aku masukkan ubat jugak. lepas tu baru la lena sikit tidurnya sampai sekarang. cumanya aku ni jelah yang dok nak tengok macam mana dia orang. panas lagi ke tak badannya. being a mother kan... memang sentiasa risau kalau anak-anak sakit. kalau Kak Long aku tak la risau berganda sebab Kak Long demam dia akan meracau je. nampak itu la, ini la. tapi Kak Ngah ada starter. terlalu panas buatkan dia tersentak sentiasa. tiap kali jadi dia mesti menangis sebab dia pun terkejut jugak dengan keadaan dia tu.

Azfar up sikit sebab Azfar dah dua kali warded. kena extra care la dengan dia. kadang-kadang kita dah bagi yang terbaik untuk anak-anak ni sampai kita rasa, macam mana la boleh demam lagi ni walhal baru je demam? tapi ada la sebab kenapa Allah jadikan kita insan terpilih untuk menerima ujianNYA ini. sepertimana kawan aku sms bila tahu aku berkampung kat wad sebab Azfar: "Kalau aku mungkin dah collapse agaknya kena handle anak-anak masuk wad. Even nak tengok dia orang cucuk monthly pun aku tak sanggup." okay bab cucuk tu memang tak ada pilihan. tengok Azfar buat fisio apatah lagi. tapi kalau untuk kebaikan dia? menerima dengan reda. 

semoga aku menjadi insan yang lebih tabah dan lebih sabar dan menempuh ujian Allah. amin!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. As salam Kak Sal,

    Moga Azfar cepat sihat ye...syafakallah...

    Bab anak demam ni mmg merunsingkan lagi2 kalau demam tgh malam...tak tdo dibuatnye...

    ReplyDelete
  2. perasaan sebak pun ada..baca cerita ni,..semoga kak sal tabah hadapi dugaan..mmg kak sal seorang yg tabah kan...boleh jg anak2 walau suami jauh...kalau saya mmg tak mampu...semoga mereka cepat sembuh..dan kak sal pun jg diri,..kalau kak sal sakit,..lagi payah...sabar dugaan ramadhan...

    ReplyDelete
  3. Be strong, dear. Semua dugaan tuh akan menjadikan kita Ibu yang lebih baik, insyaallah.

    ReplyDelete
  4. semoga ank 2 cepat sembuh yer...
    dugaan datng untuk menguji keimanan kita kepadaNya. semoga tabah

    ReplyDelete
  5. Kesiannya. Sabar ya. Mmg risau kalau anak tak sihat ni. Semoga mereka cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Allah menguji sesuai kemampuan kita, kan?

    Masa anak-anak masih kecil, kakcik biasa 'berumahtangga' di wad berhari-hari. Kena pulak sampai dua orang sekali masuk wad dan kebetulan suami bertugas di luar kawasan. Rasa macam nak 'ikat kain' pun tak sempat!

    Semoga Kak Long, Kak Ngah dan Azfar akan segera sembuh dan tidak berulang lagi demam mereka. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. cuaca sekarang ni memang tak menentu .. bln puasa ni banyak panas.. cuma bagi minum air ECPI tu jer .. insyaallah ok...

    bile anak² tak sihat ni memang risau dibuatnya.. lagi² nak raya..

    ReplyDelete
  8. memang dugaan dikk
    nak2 yg berkaitan anak2 ..
    hati ibu mana x risau
    semoga mereka semua cepat2 sembuh

    ReplyDelete
  9. betul la kak.. tgk anak2 sakit mmg x sampai hatikan.. klu boleh nak je transfer sakit tuh kat kiter.. sabar ye kak.. setiap dugaan ader hikmahnya..

    ReplyDelete
  10. sy doakan semoga anak2 akak segera sembuh.. amin..

    ReplyDelete
  11. Kesiannya sal dan anak2, moga semua segera sembuh ye, mmg anak2 x sihat ni perlukan perhatian kan

    ReplyDelete
  12. Allah memberi ujian pada kita sebab dia sayang dan ingat pada kita.. sebab Allah tahu kita mampu menghadapi dugaanNya..semoga tabah ok.. semoga anak2 cepat sembuh..

    ReplyDelete
  13. sama jugak cam akak, kalo anak2 demam mmg risau sgt. anak akak yg sulung, si ami tu dah 2 hari tak pegi skolah, sesema, demam n sakit kepala

    ReplyDelete
  14. sabar ye.. mmg dugaan.. saya pun sama keadannya dengan 4 orang anak tu.. moga kita lebih sabar dalam menempuhi ujian dari Allah ini

    ReplyDelete
  15. sabar beb...anak2 aku pun sakit silih berganti nih....harap2 anak2 kita semua kembali seperti selalu ye....at the same time, jgn lupa ko pun perlukan rehat tau

    ReplyDelete
  16. demam berjangkit-jangkit..muga tabah menghadapi kesihatan anak yer

    ReplyDelete
  17. siannya..semoga anak anak akak cepat sembuh...Amin...

    ReplyDelete
  18. dugaan ALLAH buat hambaNYA yang mampu menghadapinya kan kak? sabar yer.. moga anak2 akak cepat sembuh

    ReplyDelete
  19. doakan yg terbaik dan moga dipermudahkan ye!.. bukan mudah nak jadi seorang ibukan!

    ReplyDelete
  20. setiap ujian dan dugaan tu kita kena redha dgn hati yg ikhlas...sabar yer kak....Insyaallah...

    ReplyDelete
  21. Sabar ye, menerima setiap dugaan yang datang.

    ReplyDelete
  22. harap mereka beransur pulih..mudah-mudahan..

    ReplyDelete
  23. mudah mudahan semuanya baik2 belaka..ishh..nk raya ni kan..moga sihat2 semuanya ye..

    ReplyDelete
  24. Mudah-mudahan...azfar cepat sembuh...sabar ya..

    ReplyDelete
  25. smoga dia cpt smbuh ya kak..dan smoga kaka dipermudahkan menempuhi dugaan ini..bykkan bersabar d bulan yg mulia ini :D

    ReplyDelete
  26. sabar ye kak... susah hati kan bila semua ank2 xsihat....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign