Fresh from the owner...

31 July 2012

Kesengalan line tahap gaban!

semalam cuma ada satu entri je. plannya nak taip dan buat autopost macam biasa. tapi sebab malam sebelumnya tidur pun serupa tak tidur, melayan diri jugak la adanya. tak blogwalking jugak. sebab selain melayan diri, kena uruskan banyak benda sebelum hujung minggu ni. hah, ada apa dengan hujung minggu ni? husben la... bila dengar je anak-anak dia demam silih berganti, terus dia nak ajak duduk dengan dia dua minggu terakhir puasa ni. tapi Kak Long sekolah. dia kata tak apalah skip dua minggu. daripada dia risau memanjang, biar la anak-anak ada depan mata bulan ramadhan ni. tapi masa tu tak buat keputusan betul pun lagi. just sms je. macam cakap gurau-gurau gitu.

siangnya dia called lepas habis kerja. dia kata dia ada called my MIL. dan MIL cakap pasal SIL aku yang kerja as a doc kat HSA. adik ku tu applied cuti. kononnya boleh balik dengan BIL aku yang kebetulan kena transfer ke Johor jugak untuk tempoh setahun. dah siap projek baru boleh balik shore. tapi BIL aku ni jenis buat keputusan tak pernahnya tetap. dah la tu, tak inform pulak adiknya. adeh... this week dia orang patut balik Ganu tapi BIL aku ni kena kursus kat Shah Alam for two days. tapi tak bagitahu kat adiknya dia tak jadik balik. husben aku la yang informed. bengang je dia. so, MIL kata macam kesian je kat adiknya. nak balik tapi tak ada orang nak bawak dia balik.

husben sebagai abang sulung of course la rasa serba salah jugak kan. dia kata kalau aku dapat settlekan semua baju raya by this week, boleh la balik Ganu minggu ni jugak. lepas tu terus balik Johor. tapi aku pulak kesiankan dia. jauh tu nak drive daripada Johor ke Pahang ambik aku then baru balik Ganu. petang esoknya dah nak balik Johor semula. bukan sejam dua perjalanan. dia cakap tak apalah, aku boleh drive. eleh... tu kata dia je. dulu masa drive kat Highway Karak nak ke KL, dia kata dia mengantuk. so, aku ambik alih jadik driver. kejap je. tak sampai 10 minit perjalanan dia suruh berhenti. dia kata tak reti nak jaga anak-anak dalam kereta. walhal anak-anak tu bukan kacau dia pun. (*_*)

kebetulan pulak, semalam tailor sms bagitahu baju raya aku dengan anak-anak dara aku dah siap. dan baju husben akan siap hari ni sebab aku hantar kat kawan ayah aku. hehehe... hasil kerja dia kemas. sebab tu upahnya pun boleh tahan la. cuma baju Azfar aku belum inform kat tailor mintak siapkan by this week. senang kan? order je. kebetulan pulak tailor tu tak ambik banyak tempahan this year. so, hari ni nak kena call la. lagipun every year memang hantar kat dia kecuali tahun ni aku try dengan tailor lain. saja nak tukar angin. kalau dah memang rezeki adik aku tu nak balik, balik jugak la kami hujung minggu ni. insyaAllah.







my foot: tajuk lain, cerita dalam entri pasal hal lain. eh, suka hati aku la nak cerita apa pun! sibuk la kau!!! hahaha... adakah sebab hujan yang lebat sangat petang semalam menjadi penyebab kesengalan line ni? Ya Allah... nak buka blog sendiri pun ambik masa setengah jam. dah la tu, kejap-kejap disconnect. last-last tidur lagi sedap. muahaha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. bestnye dh siap baju nye...js jugak lum ada yg sesuai...muah3..

    ReplyDelete
  2. nk komen pasal tajuk entry tu..mmg line kak fieda pun tenat giler semenjak dua menjak ni..

    ReplyDelete
  3. hi3!!! kat umah ina nyer WiFi x leh conect ngan lappy ina..
    X tau kenapa tetiba dia x leh detect..
    Tension btoi..
    Kene taip entry dr opis..
    Tp waktu opis terhad le skit..
    Nk BW pun jenuh..
    Line tenet opis slow..

    ReplyDelete
  4. kt rumah wani pun line lembap la hukhuk

    ReplyDelete
  5. line saya pon nazak sangat..hihihi..letih sbb posa kot..heheh line pon posa tau...

    ReplyDelete
  6. line tenet dni dah 3hari jem.. tu slow bw .. sobss.. baju raya dni InsyaAllah sampai hari ni. yeay :D

    ReplyDelete
  7. cepat nya siap baju tu..raya lagi 3 minggu lagi kan..:)

    ReplyDelete
  8. tak tahulah kenapa...tenet sekrg memang lembab...sakit hati jer...nak kena tukar unifi nie...

    ReplyDelete
  9. line tenet skrg memang lembab !

    sakit atiiiiiiiiiiii

    waaa dikk baju raya dah siap
    semakin bersemangat akk baca ;))

    ReplyDelete
  10. sha pun stress juga kak lau line jd lembap..kat hostel sllu..tu la mls nak on9..sbr ya kak..hehe

    ReplyDelete
  11. Anak sulung mmg tanggungjawab besar dear.hukhuk..

    Bestnya baju dah siap..saya masih dalam proses menyiapkan lagi dear :)

    Mmg hot kalau line lembab ni..huh..

    ReplyDelete
  12. penat jugak kalu nk drive johor phg n trg tu... jauh jugak tu..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign