Fresh from the owner...

18 July 2012

Kenapa dengan Azfar?


ramai jugak yang bertanya kenapa dengan Azfar kan? tiba-tiba je warded. aku dah buat entri pasal tu tapi in case ada yang tak mengikuti, jadik aku bagitahu la kenapa. ceh... poyo je aku rasa ayat aku ni. harharhar... Azfar warded sebab ada jangkitan kuman dalam darah dia. sebenarnya sebelum warded tu Azfar demam dah 6 hari. tapi tak bermaksud aku tak bawak dia pergi klinik. bawak. tapi demamnya on dan off. klinik pulak tak bagi antibiotik. sementelah, Azfar memang susah nak makan ubat. makan pun keluar semula. 

jadik, bila dia demam sampai menggigil badan dan lebam biru bibirnya, aku bawak ke ER pukul 2.30 pagi sebelum doc bagi result darah dia. masa tu dah masuk drip semua. doc kata kalau jangkitan kuman tu dalam belas-belas je dia dah bagi balik. tapi yang ni dalam 20. Azfar pulak kecik lagi. jadik dia mintak ditahan kat wad je la. masuk wad demam dah okay sebelum demam semula tengahari tu. demam dia pulak cecah la 39 lebih. tapi lepas demam tu, dia tak demam lagi dah. tapi doc tahan sebab nak bagi antibiotik ikut drip la. 

kalau ikutkan dia nak discaj. tapi bila tahu susah nak makan ubat, kena tahan untuk 3 hari lagi sebab antibiotik tu pun untuk 3 hari. lepas tu la baru discaj. tapi yang bagusnya, walaupun demam, Azfar aktif je macam biasa. makan minum tetap okay. alhamdulillah... bersyukur sangat la. cumanya doc kata ada kelainan sikit dalam sel darah merah dia. tapi yang tu tunggu result bulan 9 nanti.

itu je la ceritanya. tapi pengalaman duduk kat wad kali ni berbeza sikit. apa pun, Azfar dah sihat. alhamdulillah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. ooo..hehe.sory la sis, maera ketinggalan jgk nie.moga report medikal tu nanti baik2 aja.amin.. =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..kalau demam lebih dari 3 hari on off memang agak bahaya..

    alhamdulillah azfar da sihat kan.. semoga keputusan ujian darah tu baik baik saja..

    ReplyDelete
  3. teringat anak buah saya hari tu..warded sebab jangkitan kuman jugak..alhamdulillah, dah sihat..:)

    ReplyDelete
  4. Insyaallah kak moga result azfar baik2 saja nanti

    ReplyDelete
  5. sekarang azfar camner? dh sihat sepenuhnya? risau plak bila doc kata darah dia ada prob.. hopefully semua ok nti...

    ReplyDelete
  6. aah kita pon ktgglan jgk..dhlama tkjengah blog kwn2 nak2 time pntg ni.. alhamdulillah azfar dh sembuh..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah sume selamat..lepas nih azfar kena biasakan dri dgn ubat la..

    ReplyDelete
  8. kesiannya ngan azfar...moga result kluar nti smua ok ye sal...

    ReplyDelete
  9. Kesian azfar. Biasanya kalau bb demam x baik jugak dalam masa 3 hari boleh bawak trus ke hospital.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..azfar mmg gagah..moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  11. jangkitan kuma dlm drah? alahai, takutnya dgt.

    skng azfar dah sihat ke kak?

    ReplyDelete
  12. maaf lama akak tak singgah sini.tak tau cerita...harap2 azfar akan terus sihat ya.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign