Fresh from the owner...

18 July 2012

Katil kami di wad.


ada yang bertanyakan tentang katil kat wad kanak-kanak. lupa pulak nak print screen komen siapa tu. memandangkan cpu ni zaman dinasour, kadang-kadang dia buat kerja lambat sikit. tu yang jadik lupa nak print screen komen tu. apa pun, yang bertanya tu macam tahu-tahu je aku ada ambik pics katil wad kan? hahaha... saja nak ambik buat kenang-kenangan untuk Azfar. sebab masa warded sebelum ni, katil yang kita orang dapat katil lain. kita orang duduk pun kat bahagian baby yang kena jaundice. masa tu wad penuh. sampai tak cukup katil.

katil yang kita orang duduk dulu pun betul-betul depan tv. memang bahagian baby kena jaundice tu ada tv. meaning, mak-mak yang bosan tak ada la bosan sangat sebab tak ada benda nak tengok kan. katil yang kita orang dapat sekrang ni memang khusus untuk kanak-kanak. tv letaknya kat tempat lain. kena berjalan sikit la kalau nak tengok tv. katil kat bahagian kanak-kanak ni ada da jenis. satu yang panjang dan satu lagi yang kontot. yang panjang tu memang muat la untuk anak dengan mak tidur sekali. especially Azfar yang breastfeed lagi. kalau atuk kat sebelah aku tu dapat katil kontot. kesian jugak dia.


nampak perbezaan dua buah katil tu? yang kontot tu khas untuk kanak-kanak je. orang tua kena tidur atas kerusi boleh lipat yang dia orang dah sediakan. tapi macam atuk tu kesian jugak la sebab dia meamng tidur dengan Ayu. sebabnya Ayu tu malam-malam nangis. tidur atas lengan atuk, atas dukung atuk. jadik kalau atuk tu berlunjur memang sakit kaki la alamatnya. tapi kalau kat wad ni biasa la. pukul 6 dah kena bangun. sebab nanti kalau PPK datang nak buat kerja dan kita tak bangun lagi, dia akan kejutkan untuk kemas selimut dengan betulkan cadar tu.

katil aku tu hari pertama je dia orang kemaskan. itu pun sebab Azfar tumpahkan air sikit-sikit plus makan biskut atas selimut tu. muahaha... jadi ada stain la. kotor kena la tukar kan. hari-hari berikutnya dia orang tengok je sebab selimut tu aku tak usik pun. macam mana rupanya masa dia orang lipat masa tukar tu, macam tu jugak la keadaan pagi esoknya. selimut tu tetap macam tu jugak. lagi satu palang penghadang untuk katil panjang dengan katil kontot berbeza ketinggiannya. paling tinggi katil panjang punya penghadang tu macam dalam pic tu la. kalau yang katil kontot tu memang tinggi. budak macam Azfar nak angkat kaki sampai ke atas pun tak boleh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Kesian Atuk tu terpaksa mengerekot kan? Atau dia tidur duduk?

    ReplyDelete
  2. kesian tgk org tua2 yg kena tidoo kt kerusi...sakit2 badan..tp mak mertua dulu tido kt kerusi dekat sebulan juga jaga arwah abah kt spital...tak merungut pun dia...

    ReplyDelete
  3. sedih la mengenangkan layanan nurse pada atuk tu..bila kenang nasib dia lagi la rasa sedih...

    ReplyDelete
  4. kesian kan kat atukkan. akak penah ada pengalaman stay kat hospital jaga hero kecik demam. byk betul nyamuk

    ReplyDelete
  5. tak pernah masuk wad kanak kanak. mesti ceria. ;)

    ReplyDelete
  6. kesian kat atuk tu bekorban utk cucu dia...wani xboleh baca la kes2 org2 tua dan baby2 yg ibu bapa xmau ni bergenang air mata

    ReplyDelete
  7. sianla kat atuk tu.. tangan lenguh... kaki lenguh.. bdn pun mesti sakit2 kan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign