Fresh from the owner...

19 July 2012

Ini pula makanan kami.

kalau semalam bercerita tentang katil kat wad. hari ni nak bercerita tentang makanan la pulak. hari pertama warded, aku mahupun Azfar langsung tak makan tengahari. sebabnya aku dengan dia tidur. dia tidur of course la sebab demam. aku tidur sebab sakit kepala sangat. Ya Allah... memang migrain teruk la kejap. tapi sebab anak punya pasal, redhakan je la sakit tu. mujur jugak Azfar tak meragam. makanan tengahari pertama tu ada ayam tapi tak berselera la.

hari kedua dan ketiga berasaskan ikan menunya. pagi Selasa makan nasi goreng. pagi Rabu mee. pagi Khamis Pau dan pagi Jumaat tu mee. lauk makan tengahari memang tak menyelerakan. tapi sebab malas nak beli kat kantin, aku makan apa yang ada. walaupun tak habis, janji makan. aku pun bukan jenis memilih sangat. makan je apa yang ada.

inilah sajian tengahari ye. bubur tu untuk Azfar.

aiskrim ni pun hidangan wajib.


disebabkan Azfar Tonsil Diet, aiskrim memang wajib ada. aiskrim tu untuk dia la. masa warded dulu pun macam tu jugak. sebab Tonsil diet jugak. aiskrim memang wajib ada. untuk dua kali hidangan tengahari Azfat tidur, jadik aiskrim tu aku la makan. kalau simpan pun buat apa. cair. bukan mamat kecik tu nak makan lagi dah. bubur tu pun dia makan sikit je. selebihnya dia bedal nasi jugak.

masa abahnya balik tu la baru dia makan hampir setengah pinggan. itu pun abahnya yang suap. kalau dengan aku dia tak nak. nak makan nasi jugak. kalau abahnya suap roti, dia makan elok je. kalau dengan aku? jangan harap la. dia mesti nak pegang sendiri. mengada-ngada kan?

ini menu hari Khamis.


hari Khamis makan sedap sikit la. nasi ayam. bubur memang wajib ada. untuk Azfar. tapi dia makan nasi jugak. ada ayam sup dengan ayam panggang. dua-dua aku makan sebab Azfar lebih pada sup je. bagi ayam, kejap lagi dia buang. apa la Azfar ni. dan petang Khamis tu jugak makan nasi ayam lagi. yang itu abah belikan sebab abah baru sampai daripada Johor. walaupun aku kata tak payah balik, tapi dia nak balik jugak. ikut je la. selagi dia tak tengok anak dia, mesti risau lebih. kerja pun serupa tak kerja jugak.

dan menu untuk hari Jumaat kami tak makan sebab pergi makan kat kantin hospital. hehehe... masa tu dah discaj. tunggu surut dengan kad TAC je. abah dah lapar. tu yang bawak anak-anak makan kat kantin je. alhamdulillah... makanan kat wad ni walaupun dia bagi ikut diet, still boleh makan. kalau kat bahagian baby jaundice tu lagi seksa. kalau seminggu kat situ, seminggu tu lauk yang sama je. tak lalu dah anak tekak ni nak makan. ikan pun ikan yang sama. kalau kat rumah tu ada la variety makanannya kan. adehhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Nampak sedap hidangannya. :)

    ReplyDelete
  2. hohoooo menu ari khamis tu sedap :D

    ReplyDelete
  3. Azfar dah sihat ke? saya pun ada tonsil juga memang ice cream tu mesti ada kalau tongsil ni mula membengkak

    ReplyDelete
  4. yo la..menu hari khamis tu yg sedap..

    ReplyDelete
  5. menu nasi ayam tu nampak sedap la hihihi...besa la kak menu kat rumah sakit mcm xmenyelerakan jer tgk kan hihihi

    ReplyDelete
  6. orang kata makanan kat hospital tak sedap..tapi saya ok je..telan jugak.. tekak tak pandai demand.. hehehe..tp nasi ayam tu tetiba nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. waaaa..sedapnye makan2 ^^

    ReplyDelete
  8. Moga azfar segera sembuh, selamat berpuasa buat sal.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign