Fresh from the owner...

05 July 2012

I say... aisey...!!! ό,ὸ

bila husben balik, aku kurangkan berblog sebab nak spent masa bersama sebaik mungkin. kalau ada pun aku buat entri sekali je sehari. try BW dua tiga blog. bila husben ada je mood macam merudum sikit. hahaha... setiap saat berharga. sebab tak selalu boleh jumpa kan? dia kata tak apalah. dah itu bahagian aku. redha je lah. lepas husben balik pun mood tak berapa nak ada juga. still cuba untuk BW dengan line sengal ni (okay... hari ni dah expired. aku guna prepaid. senang dan tak sakit kepala). tapi tetap update entri sebab tak nak blog ni terlalu sunyi.

sebenarnya setiap kali husben balik itu la moodnya. mood ke laut. hahaha... ambik masa jugak la sehari dua lagi untuk biasakan diri dia tak ada. aisey... dah balik hilang la teman bergaduh bagai. malam-malam tak ada orang nak berbual. kalau ada husben boleh borak-borak kosong sebelum aku tidur. kadang-kadang aku rasa dia pun tak sedar yang aku ni dah tidur agaknya. ngeee... (^.^)



semalam husben kata, dia kesian kat aku sebab dia tinggalkan aku dengan anak-anak dalam keadaan tak sihat semuanya. aku kata tak apalah. bukannya tak biasa (okay... itu pun kata mulut ye. dalam hati ada sikit twist. huhuhu...). tapi dia kena kerja jugak. tambahan pulak kerja memang tengah banyak sekarang ni. paling kesian kat Azfar la. adehhh... boleh pulak dia nak cari abahnya kat dalam bilik. dok panggil 'Abah' je. aku cerita kat husben dan dia memang sedih la. nak buat macam mana. itu dah bahagian kita kan? at least kita jumpa jugak la sebulan sekali.

tambahan mood nak ke laut ni bila anak-anak tak berapa nak sihat. Azfar ada meragam sikit malam-malam. tak berapa lena tidur. aku ni pun tak tidur mana masa taip entri ni. dah namanya pun ibu, anak-anak tetap keutamaan. biar la tak tidur pun asal anak-anak okay je. 

sebab tu ada komen yang tak publish sebab tak habis jengah kamu dan kamu. ada yang aku baca je tapi tak sempat komen lagi. minta maaf atas kesuntukkan waktu ni ye. masih gigih untuk BW ni. harapnya mampu la untuk jengah kesemuanya hari ini. lepas dah topup baru la. line lepas topup biasanya laju sikit. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. tak kisah lah sal...ai paham...hee..take ur time..

    ReplyDelete
  2. hihi..kalau husben balik kena tumpu kt dia la plk kan...tak ktaorg paham...heheh

    ReplyDelete
  3. bila dh kawen ni kena selalu ada sifat give n take!... doakn yg terbaik for u n family yek!

    ReplyDelete
  4. wani pun klu husband balik jrg berblog...jarang jumpa kena spent time habis habisan la hihi

    ReplyDelete
  5. susah juga tinggal berjauhan dgn suami ni ye.... munna takde pengalaman duduk jauh dgn suami....

    ReplyDelete
  6. name pun tak sehat kan. byk lah ragam nye. ;)

    ReplyDelete
  7. sedihnya bila berjauhan kan..harap anisalya sentiasa tabah..:)

    ReplyDelete
  8. Hihihi samalah CR..kalau hubby ada kat rumah..tak adalah mengadap komputer lama2..nanti bising dia...

    ReplyDelete
  9. hhehehe rindu sama asben ye kak.. ololooo...

    ReplyDelete
  10. semoga cepat sembuh ye...^^..
    dah jumpa ayah tu OK la kot..hihi

    ReplyDelete
  11. klu lain tenet slow mmng malas betul nk bukak blog.. leh tensen jadiknya kan kak.. get well soon ye kak.. :)

    ReplyDelete
  12. beri masa pada mereka yang lebih utama

    ReplyDelete
  13. sian... hubby akak pun berat hati... yela kan... suami mana yg xsusah hati nak tinggalkan anak n is3..

    ReplyDelete
  14. Kak,

    Marya faham... Takpe slow2... apa2 pun hubby come first, our priority ;))

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign