Fresh from the owner...

16 July 2012

Dia juga punya hati.


ada apa dengan pic ini? banyak benda tersirat sebenarnya. pakcik ni orang asli. duduknya di Bandar Dua, Paloh Hinai. apa istimewanya pakcik ni sampai aku siap buat entri lagi tentang dia. pakcik ni istimewa. kerjanya menoreh getah je. tapi disebabkan budak kecik yang dia pegang tu, dia tak dapat nak menoreh hampir seminggu lebih. pendapatan dah tentu la terjejas jugak. sebabnya sehari dia boleh dapat dalam RM30 ke RM40. cukup la untuk makan sekeluarga.

istimewanya dia sebab dia jaga kanak-kanak istimewa. budak kecik tu cucu dia. kata orang yang ada kat situ, budak kecik tu lahirnya tak cukup bulan. kena sawan. walaupun umurnya dah 2 tahun lebih tapi dia kena take care macam baby la sebab tak boleh bergerak. mak bapak budak kecik ni dah reject anaknya tu. dia orang dah tak nak jaga lagi. jadik atuknya ni la yang jaga dia daripada kecik sampai sekarang. mak budak tu pulak dah kawin lain. walaupun pakcik ni bukan seagama dengan aku, tapi nilai kemanusiaan dia tinggi. masa ditanya dia cakap: "Tak apalah. Saya sanggup jaga dia."


kalau ikutkan, buat apalah dia nak susahkan diri sendiri jaga budak kecik tu kan? dia dah susah. nak kena jaga pulak budak yang perlukan perhatian lebih macam tu. tapi dia tetap nak jaga. memang Ayu (nama budak tu) bertuah dapat atuk macam tu. yang sanggup jaga dia, sanggup tak tidur sebab dia. Ayu ni ada ragam. kalau atuknya bawak berjalan, senyap je. kalau baring je atas katil confirm menangis. malam-malam pun dia menangis jugak sampai tak tidur si atuknya. bila Ayu tidur, aku cakap kat atuk tu tidur jugak la. tapi dia kata: "Saya tak tidur tak apa. Janji Ayu tidur." adehhh... mulia kan hatinya?!

dan nurses kat situ pernah suruh dia bagi Ayu kat JKM. tapi dia ketawa je. ada pulak suruh orang tu bagi cucu dia kat JKM. suka hati dia la kalau dia nak jaga. apahal la kita nak suruh-suruh macam tu. tak ada sensitiviti terhadap perasaan orang lain. walaupun niat tu nak bergurau tapi tak kena rasanya cakap macam tu. betul pakcik tu orang asli. tapi dia orang asli yang ada perasaan jugak. apa hak kita nak buat orang tu berbeza? asalnya kita ni semuanya sama je. dari tanah jugak. janganlah buat orang lain macam tu. tak berkenan di hati aku ni. huh! terlebih emosi la pulak.







my foot: kalau ikutkan, Ayu kena tahan sampai pertengahan bulan 8. kenapa neneknya tak jaga? neneknya kurang mahir dengan budak seistimewa Ayu ni. atuk lagi pandai dari nenek ke? adehhhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. ish tersentuh plak bace....mulia hati die kan....tak ramai org yg sanggup amik tugas die nieh....moga sentiase laa die dimurahkan rezeki demi menjage Ayu....

    ReplyDelete
  2. bila bab2 anak sakit ni memang sensitif sikit.. kalau boleh biarlah kita yang sakit jangan anak.. kesian dorang.. bukan tau apa pun..

    psstt: moga pakcik tu dianugerahkan kesihatan yang baik agar ayu terus mendapat belaian dari atoknya itu..

    ReplyDelete
  3. serius, bergenang air mata kita. mujur smua org dah keluar lunch. tersentuh hati.

    ReplyDelete
  4. Adeh!!!! Sebak sis membacanya..
    Kasihnya datuk.. ;)

    ReplyDelete
  5. Terharunya baca Kisah org asli tu..alahai...

    ReplyDelete
  6. Sudah tak ramai manusia yang berhati mulia macam atuk itu.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah kak sedih wani baca cerita ni..kesian anak tu mak ngan ayah dia takmau...dia xsalah apa pun....adeh menitis plak air mata ni...nasib atuk dia baik hati

    ReplyDelete
  8. sedihnya.. ada jugak mak yg tak sayang anak kan? kesian pakcik n budak tu...tp budak ni sangat bertuah sb ada org nk sanggup jaga dia... semoga rezeki pakcik ni dimurahkan dan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  9. ya allah kesiannya pakcik tu.. mulia sungguh hati dia.. macam mana la ibu bapa yang directly darah daging budak tu boleh abandon budak tu macam tu je kan.. semoga pakcik ni dipermudahkan.. saya tak boleh tengok orang mcm ni.. mesti rasa sedih, sayu sangat..

    ReplyDelete
  10. ya Allah.. mulianya hati atuk tu :')

    ReplyDelete
  11. Nilai kasih yang tiada tandingan.
    Sanggup seorang Atok jaga cucu-biarpun sumber pendapatan terjejas pakcik tu sanggup.

    ReplyDelete
  12. untung ayu ada atuk yang sgt sayangkan dia kan......kita pun tak tau sama ada punya hati semulia atuknya.....semoga Allah merahmati mereka berdua.

    ReplyDelete
  13. bertuah ayu ada atuk yg baik camtu..

    eh penjaga boleh duduk sekali ya dlm katil baby tu..pelik lak sy tengok..;)

    ReplyDelete
  14. mmg mulia betul hati seorng atok ni. wpun tak educateed tapi tahu nilai kasih sayang pertalian darah. ;)

    ReplyDelete
  15. sayunya... bagus betul atuknya..kasih syg dia pada cucu tu terserlah betul..sah la mmg dia pun punya hati~

    ReplyDelete
  16. tiba2 pulak rs sayu baca entry ni...

    saya bkn blh baca org2 susah camni... sedih betoi kan kak.. kalu tgk org seakan2 merendah2 kan mereka lg buat saya rs sedih...

    ReplyDelete
  17. untung la ayu ada orang nak jaga dia. kesian kan.. boleh bagi pengajaran kepada kita sume. kesian kat ayu ada mak bapak yg macam tu. Apa yang Allah bagi kena terima dengan hati yang redha. Mungkin ayu akan membawa rezeki kepada orang yang menjaganya.

    ReplyDelete
  18. Baiknya atuk ayu tue...Sanggup mak bapak buat camtu kat budak tue...kesian...tumpang simpati...

    ReplyDelete
  19. sedih pula baca entry akak ni..kesian anak kecil itu..

    ReplyDelete
  20. tersentuh hati baca entry akak nie.. mulia hati pakcik tu kan..

    ReplyDelete
  21. baik pakcik tu..mmg susah dh nk cari org mcm ni skrg ni..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign