Fresh from the owner...

23 July 2012

Cara betul menjawab salam.

97% muslim yang aku jumpa bila disebut: "Wei, Mat kirim salam..."

Akan dijawab: "Iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....."

Okay... nampak macam tak ada masalah kan? Tertanya-tanyakan apa masalahnya? Ya. Memang ada masalah. Jeng jeng jeng........... =.="

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi saw, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya 'waalaikumussalam' tapi.....

"Wa'alaika wa'alaihissalam."

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Ma'il. Ma'il jawab: "Wa'alaikumussalam."

Sedangkan:-

Wa'alaikumussalam = Selamat sejahtera ke atas KAMU. 

Jadi salam Mat kepada Ma'il tak terjawab kan? Sebab Ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORANG TENGAH.

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam = Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab.... ^_^ Indahnya Islam...

Note: Hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib. Jadi kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB. 


sumber daripada FB


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. ooo macam tu ke.. thanks kak gtau :-)

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar, tapi lupa.. :p
    Ok, perlu beringat! :) tq dear..

    Jwpn utk pengirim salam lelaki n perempuan pun lain x?

    ReplyDelete
  3. macam mana ni..pasal salam pun ramai yg belum khatam..nak mengirim salah pun ada adabnya kan..bukan sekadar kem salam kat dia..

    ReplyDelete
  4. oo ni lebih kepada arab ni. hehe

    tp sy ada terbaca.. kalau nak sampai kan salam, kene la ckp cenggini: abu kirim assalamualaikum buat kamu.

    sy pon tak ingat sy bc kat ne

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbth.....jalan jalan ptg...

    ReplyDelete
  6. moga kita muhasabah diri...perbetul apa yg tak betulkan...utk diri js le...^^

    ReplyDelete
  7. Untung lah org tengahkan?
    Kena praktik lah lps ni. Biasa kdg sebut mcm ni..
    Kirim salam balik kt dia. Kalau org tu jwb yg salah tu bertambah untung org tgh hihi

    ReplyDelete
  8. nice info.. tq kak... :)

    ReplyDelete
  9. Betul3x.. tp jgn kan yg tak tahu, yg tahu pun kadang2 lupa sbb wa'aalaikumsalam tu dah jadi sebutan kebiasaan. Entry yg bagus sbgai peringatan bagi yg lupa.. :D

    ReplyDelete
  10. oh camtu ker..baru tahu..thanks 4 sharing..:)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah ..ada juga
    nak bantu lebih full lagi dari jenis siapa yang kirim salam dan siapa yang jawab.
    Insya Allah manfaat
    http://maktabahzein.blogspot.com/search/label/Menjawab%20Kirim%20Salam

    ReplyDelete
  12. Share untuk perkongsian ilmu..assalamualaikum..

    ReplyDelete
  13. 1. Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut juga seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:
    “Wa’alaika wa’alaihissalam”

    2. Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut juga seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:
    “Wa’alaiki wa’alaihassalam”

    3. Jika yang mengirim Salam seorang lelaki dan pembawa Salam tersebut adalah seorang perempuan, jawapan salamnya ialah:
    “Wa’alaiki wa’alaihissalam”

    4. Jika yang mengirim Salam seorang perempuan dan pembawa Salam tersebut adalah seorang lelaki, jawapan salamnya ialah:
    “Wa’alaika wa’alaihassalam”

    Ringkasnya, perhatikan kepada huruf yang dicondongkan dan dihitamkan. Hanya suku kata tersebut sahaja yang berubah mengikut siapa yang mengirim dan menyampaikan Salam tersebut.

    Nota:
    Ka – awak lelaki.
    Ki – awak perempuan.
    Hi – dia lelaki.
    Ha – Dia perempuan.

    ReplyDelete
  14. Klau ramai yg Kirim salam betul ke tukar ke hom buka.n hi atau ha

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..mohon edit n share..tq..

    ReplyDelete
  16. mohon kongsi ye akak :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign