Fresh from the owner...

19 July 2012

Best juga Mara Clara ni.

sekarang ni dok tengok cerita Mara Clara kat TV3. cerita Filipina. sedap jugak walaupun ceritanya sama je macam cerita Indonesia. mesti ada part tukar-tukar anak. ada part nak lindung-lindung tak nak bagi tahu yang dia tu anak orang kaya. tapi sesekali layan tu sedap jugak.


ni la barisan pelakon Mara Clara. kalau tengok muka Clara tu memang geram la jugak. muka orang sombong tak hingat. sementara watak Mara ni stok budak baik-baik. lurus dan jurus je. cliche. tapi layan jugak tu. geram-geram pun boleh tengok jugak. harharhar... asalnya tak ada la aku tengok hari-hari. tapi masa Azfar warded, dok tengok jugak la dua hari berturut-turut. memang layan la.

aku jarang sangat la buat prebiu cerita. sebab jarang-jarang dapat tengok tv. tapi sesekali tengok tu mesti tertengok cerita yang best. cuma tak ada la layan sangat. kadang-kadang tu ada jugak missed. sinopsis cerita ni: Mara dan Clara tertukar semasa lahir. Mara serang budak yang bijak dan manis tetapi dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Clara pula seorang budak yang bijak tetapi manja kerana dibesarkan dalam keluarga kaya. Mara dan Clara rapat di sekolah. Tetapi lama kelamaan, Clara membenci Mara kerana dia beranggapan Mara ingin merampas kehidupan dia. Clara banyak menyeksa Mara sehinggalah rahsia mereka terbongkar bahawa Clara sepatutnya menjadi Mara, dan Mara sepatutnya menjadi Clara.

macam mana endingnya kena tunggu je la. tap menengok watak Mara tu, alahai... pemaaf gila orangnya. sampai kena hentak dan warded dek 'bapak'nya tu pun boleh maafkan lagi. tapi keinginan orang ni kita tak tahu kan? tapi bersih gila la hati si Mara ni. tak membalas pun apa yang orang buat kat dia. layan je la. ngeee... (",)








my foot: siapa ada tengok cerita Suri slot Azalea? cerita tu dah habis pun minggu lepas. cuba nak bercerita mengenai betapa baiknya si Suri tu. memang tak ada dendam sikit pun. pure gila hati dia. ada ke orang zaman sekarang ni yang macam tu? hmmm...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. haa, tau xpe..drama filipina nih mmg best tp da lama xlayan..tetiba teringat dgn cite pangako sayo yg kemaen lagi femes ritu..hehe

    ReplyDelete
  2. cerita kat tv skang ni wani dh banyak ketinggalan kak hiihii

    ReplyDelete
  3. air muka mara pun lembut je macak si bawang putih indonesia tu jugak. muka baik hehe

    ReplyDelete
  4. huhuhu..ika xminat citer filipina..

    ReplyDelete
  5. akak pun "tertengok" tadi..rasanya akan tengokla eok2 plak. yg lucunya mak akak bercerita pasal cter ni semalam. dia yg tak reti membaca pun paham boleh ulas citer filipina ni..

    ReplyDelete
  6. Alahai dah lama tak tgk tv. Sejak ada iman tgk upin ipin, deigo, wonderpets hihi.. selebihnya tgk blog :)

    ReplyDelete
  7. eB tgk celum 2 jerk... suker tgk muker drg. comel2 :)

    salam Ramadhan dari TLf & maafkan segala slh & silap... smoga Ramadhan kali ini, IBADAH kiter lebih diberkati. aminnnnnn

    tc yer :)

    ReplyDelete
  8. ramai org ckp best tp kak fieda x tgk lagi..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign