Fresh from the owner...

09 July 2012

Belum putus harap.

kehilangan barang berharga. ini hari ketiga kehilangan. masih mencari. belum mahu mengalah. kalau betul memang bukan rezeki, menerima dengan hati yang redha. adehhh... betul la. mulut kata lain tapi hati ni menidakkan jugak. mengerah tentera kecil mencari. belum berjumpa. jika kehilangannya membawa seribu satu kebaikan, bersyukurlah.

kena check semula kekhilafan aku dan Sang Pencipta. mungkin ini peringatan. semasa sedar tentang kehilangan, memang terkilan sangat rasa. called husben. dia cakap dah tak ada rezeki la kalau tak jumpa. bukan tak cari. tapi dah cari tetap tak jumpa itu bukan rezeki kita lagi la namanya.

betul la tu. kena redha la kalau tak jumpa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. huhu harap2 jumpalah ya..

    ReplyDelete
  2. sabar yer kak kalau dh xder rezeki tu redha jer okay...tp akak cari dulu betul2 :)

    ReplyDelete
  3. apa pulak yang hilang kali nih....semoga jumpa balik apa yang hilang tuh ye beb

    ReplyDelete
  4. alahai..brg kemas ke? sy ni kalo hlg barang pon tksenang dduk dibuatnya..apa tah lg kalo brg yg hilang tu pemberian dr org tersyg..kalo blh beli gnti pon tksama nilainya

    ReplyDelete
  5. Apa yang hilang tue? Jangan putus asa, cuba cari betul-betul! Kalau tak jumpa jugak, mungkin Allah nak hadiahkan sesuatu yang lebih berharga. :)

    ReplyDelete
  6. moga dapat berjumpe dengan brg yang hilang tu ye sal, mmg sedih kalau kehilangannya

    mintak tolong sal tukar link aju kepada

    http://ajumohit.com/feed

    sebab sejak tukar ke wp ni entry terkini tidak update di blog kengkawan

    tq

    ReplyDelete
  7. harap2 jumpe lah nanti dik
    banyakkan berdoa .. fikir kalau ada rejeki kita , allah akan ketemukan aminnnn

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Redha lah jalan yang terbaik daripada pening kepala memikirkannya.

    ReplyDelete
  9. apa yang hilang agaknya? ema pula tgh cari buku ASB..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Myra penah hilang rantai tangan emas..
    Hilang ari Sabtu, ari Rabu baru sedar..

    Puas geledah punya cari, lepas tu sambil2 baca surah alam nasyroh, insyaAllah kita akan teringat balik dengan izinNya.

    Lagi 1 Myra juga bernazar dan alhamdulillah barang dicari dijumpai, dan nazar juga telah dibayar ;)

    ReplyDelete
  11. Harap-harap jumpa barang tue...Sayang tau..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign