Fresh from the owner...

16 July 2012

Azfar yang super duper aktif.

tangan kanan yang ber'drip'. kena duduk dalam kurungan je la.


masih bercerita tentang Azfar. bila MA dah masukkan ubat, dia orang nak ambik darah la pulak sebab dah demam 6 hari kan. nak masukkan air pun ye jugak. masa tu dah pukul 3 lebih. disebabkan Azfar menangis-nangis (tak biasa dengan orang lain), dia orang mintak aku duduk luar. boleh dengar suara dia panggil 'Ibu'. tapi tahankan je la. dah settle baru la masuk tengok. alkisahnya, dia orang tak jumpa urat mamat kecik ni. ada dua tiga kesan cucuk kat tangan kiri. drip masuk kat tangan kanan ye. kat situ baru jumpa urat. adehhh... MA dengan nurses siap cakap: "Mulut pandai. Daripada tadi dok panggil ibu je."

katanya kena tunggu la dalam sejam untuk dapatkan result darah dengan tunggu air tu habis. memang lama. Azfar sampai tertidur. ye la... daripada pukul 2 pagi tak tidur-tidur kan. aku memang tak boleh tidur punya. dapat result doc kata kena warded. ada jangkitan kuman dalam darah dia. doc kata kalau dalam belas-belas tu dia bagi balik je. tapi Azfar ni 20. kecik pulak lagi. jadik better masuk wad la. huhuhu... pening kejap dengar kena masuk wad. kepala memikir anak-anak berdua tu macam mana la agaknya. kalau abahnya ada lain cerita.

memang tawakal je la masuk wad kali ni. kalau masa Azfar warded sebelum ni, aku bawak semuanya. semua tidur kat wad. hahaha... sebab masa tu Kak Ngah pun demam jugak. jadik alang-alang tu dia orang suruh masuk wad je. kali ni cuma Azfar seorang. aku tinggalkan Azfar yang tidur tu bawah jagaan nurse kejap. aku balik packing-packing barang apa yang patut. pesan dengan Kak Long jaga Kak Ngah. jangan gaduh-gaduh. tak payah pergi sekolah la sebab tak ada orang nak hantar plus settlekan dia. berat hati tapi tak ada pilihan lain pun.  sampai ER, Azfar dah jaga. nurse kata dia menangis cari ibu. Azfar memang mudah terjaga kalau aku tak ada.

masuk la dalam wad pukul 6 pagi tu. dapat katil tepi tingkap. betul-betul lepas pintu masuk wad. demam Azfar pun dah turun. dia siap boleh main-main macam biasa. memang super duper aktif. nurse siap cakap dia macam tak demam pun. aktif je. tapi azfar tak ramah macam orang lain. dia pemalu. boleh tegur tapi jangan sentuh. hahaha... apa la anak teruna aku yang seorang ni. lelaki melayu terakhir ni. tak dapat kat mana-mana. okay... sila jangan muntah!!! layan pic Azfar yang aktif bukan main ni.

walaupun dalam kurungan tapi boleh je 'merayap' sana sini.

ada projek ni.

betul kan? tengok kaki la beb.

muncung budak tengah bercakap.

pesakit yang hensem.








my foot: tengahari tu Azfar demam semula. 39.2. masuk ubat lagi. dan itulah demam terakhirnya kat wad. lepas tu alhamdulillah... tak demam-demam lagi dah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 comments:

  1. ya allahhh sedihnyaaa
    tgk asfar ...
    hurmmm tulah , walau sakit dan duk macam tuu , masih sempat nak panjat2 kan ;)

    ReplyDelete
  2. amboi...tak padan title pesakit..nak panjat pagar..huhu...semoga terus sihat ye azfar..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..azfar dh sihat yer...demam tinggi betul kan...nasib baik pandai drive...pas ni, jgn dmm lagi yer sayang!!...

    ReplyDelete
  4. Salam sis, Alhamdulillah Azfar dah sihat yea... hope takde dah demam2 yea! sian ibu.... take care Kak Sal, jgn Kak Sal pulak demam..kene rehat ya Kak!

    ReplyDelete
  5. hamboi sakit2 pun lasak lg tu..
    takleh lah tgk budak2 masuk hospital..sedihh sgt..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah azfar dah sihat..... sedih plak bile bc baby2 kene cucuk2 masuk air. mesti diorang sakit sesangat kan

    ReplyDelete
  7. hamboih..xpadan dgn sakit tu..hehe.. get well soon dear..

    ReplyDelete
  8. ala sian nyer, bila kecik2 dh masuk wad ni! anak KA dulu pun macm tu juga susah hati betul. Alhamdullilah Azfar dah pulih yek!

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... dah lega.. risau anak2 sakit ni.. nak2 pula terpaksa urus sorang2kan

    ReplyDelete
  10. amboii...gaya tak macam orang demam.. orang johor kata pailang sungguh..hahaha..

    semoga azfar cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  11. siannya si azfar, semoga cepat sembuh ye azfar.....mama azfar pun rehat jugak, penat jaga anak sakit nih....amik masa rehat beb, kang ko lak sakit

    ReplyDelete
  12. demam tp still aktif. huhuhu

    ReplyDelete
  13. amboi, bukan main lagi dia siap nak panjat katil tu...huhu.. umur dia dah berapa ek? pandai dia sebut IBU...bijak, bijak... anak saya setahun lebih baru pandai panggil...

    ReplyDelete
  14. mmg aktif azfar ni nak lari dr kurungan yer hahhaa

    ReplyDelete
  15. Mmg teruna melayu terakhir, dah la hensem kan! hihi..

    ksian dia, kecik2 dah kena drip sana sini.. skg dah ok ke? harap azfar terus sihat n takde sakit2 lagi pasni..amiin. :)

    ReplyDelete
  16. Tang kaki naik atas tu yg x thn tu, x pdn dgn dmm ye azfar. Moga2 azfar cpt betul2 sembuh.. Mudah2an dah x dmm lg ye azfar.. Salam syg dari aunty di sini.. :-)

    ReplyDelete
  17. patutlaa xleh sentuh upenye hensem dia tu..hehe... smoga sihat slalu... :)

    ReplyDelete
  18. syukur dia dah semakin baik.. ;)

    psstt: dak Adik pernah masuk wad dan lagi tak menarik masa tu en. suami outstation.. nak pulak kena minor operation, masa tu ai yang kena sign borang bagai, menangis masa call bagitau en. suami keadaan dak Adik..

    ReplyDelete
  19. amboi dak ni, tak reti tak sihat, kemain lagi. ingat dia nak panjat turun tadi, ngeri lak menengoknya. azfar, leh duduk diam2 berehat tak? hahaaa. pakwe kakSal neh. takde anak dara lak nak kenen.

    ReplyDelete
  20. Amboi azfar siap agkat kaki tu..Mmg anak jantan Ni..hihi

    ReplyDelete
  21. haaaa kaki tu.... naik sampai atas. hehe

    ReplyDelete
  22. Moga Azfar cepat sembuh, walau tak sihat tapi tetap aktif :)

    ReplyDelete
  23. lega dh beransur hilang demamnya..

    ReplyDelete
  24. tu diaaa... koje besar azfar ni... nak panjat walaupun xsihat.. hihi

    ReplyDelete
  25. Memang ganas betul ssi Azfar nie...tengok kakinya hihihi

    ReplyDelete
  26. lasak sungguh azfar ni..

    ReplyDelete
  27. memang hensem pun azfar.. Alhamdulilah dia dh ok kan kak.. lega hati bila anak kembali sihat..

    ReplyDelete
  28. dia tak tau dia sakit..yg dia tau nak wat koje jer la..budak tgh lasak kan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign