Fresh from the owner...

16 July 2012

Aduh... tolonglah!!!

lagi-lagi nak cerita pasal kat wad hari tu. biasa la kalau dah lama sangat berkampung kat wad ni macam-macam benda yang kita boleh observed. aku tak kata la yang semua nurses tu tak baik. tapi ada di antaranya yang sangat poyo gila. geram je aku tengok. rasa macm nak sound pun ada. tapi malas la sebab Azfar pun under treatment lagi. bukan boleh percaya sangat dia orang ni. bila kena tegur nanti entah apa-apa pulak dia buat kat anak kita kan?

asalnya aku perhatikan, nurses ni kadang-kadang dia underestimate je fulltime housewife. ada la macam pandang kita ni tak ada ilmu. tapi itu aku tak kisah sangat la. lantak dia orang la. tak ada kuasa la nak bagitahu yang kita pun ada jugak belajar. tak ada la bodoh sangat pun. tak semestinya tak kerja tak ada ilmu. hehehe... tapi bila melibatkan orang asli or yang kurang berkemampuan tu rasa macam... Ya Allah, nak pergi lepuk je kepala dia orang. hahaha... orang asli dah sah-sah kita tahu majoritinya tak mampu. tapi tak patut sangat la underestimate dia orang. sengal tahap cicak la dia orang ni. memang emosi la rasanya.

pakcik orang asli tu kadang-kadang dia orang cakap dengan dia siap buat muka lagi. kadang-kadang apa yang pakcik tu cakap pun dia orang boleh ulang. contohnya macam ada seorang nurse tu tanya pakcik tu banyak ke bagi susu kat Ayu. pakcik tu jawab la banyak sebab pada dia memang banyak la walaupun botol tu kecik je. dah dia biasa bagi banyak tu kan. nurse tu siap cakap kat kawan-kawan dia: "Kata banyak. Macam bagi dua tiga cawan je susu." perlu ke cakap macam tu depan pakcik tu? sekalipun pakcik tu ketawa je, kita tahu ke apa yang dia rasa sebenarnya?


hari last sebelum discaj, this woman bawak anak-anak dia duduk wad la. biliknya 'air lock'. contagious room. tapi yang sakitnya anak dia yang paling kecik. dia orang asli jugak. tak ada orang nak jaga anak-anak dia la tu. budak-budak mana la boleh duduk lama-lama dalam bilik kecik. tambahan pulak bila dia orang dibesarkan bebas meneroka semua benda. sesekali dia orang akan keluar daripada bilik tu. dok tengok tv, berjalan-jalan ke katil orang lain. kita kena faham la budak-budak kan.

ada sorang PPK ni siap sound kat mak budak-budak tu: "Pergi masuk dalam bilik. Jangan keluar-keluar. Bawak masuk anak-anak tu sekali." hello... sekalipun dia bukan sebangsa dengan kita tapi dia tu tetap manusia jugak. tak boleh ke cakap elok-elok? ini satu bahagian dengar suara dia tu. dah la muka poyo semacam. pleaselah. rasa nak lempang pun ada. sungguh... itulah perasaan aku masa tu. tak ikhlas jangan kerjalah. tak ada orang suruh kerja dan serve orang. kalau tak nak bagi kat orang lain. tak payah nak tengking-tengking. mesti dia malu jugak bila kena macam tu. aku yang dengar pun rasa malu jugak. perangai entah apa-apa. bukan setakat nurses je, ada jugak docs yang macam tu. tapi nak buat macam mana kan? awak tu belajar terlebih tinggi. boleh gapai langit. itu yang ada rasa ala-ala nak sombong tu.







my foot: walaupun tak semua nurses or docs yang macam tu tapi sebahagian yang macam ni la boleh rosakkan reputasi yang lain. jangankan dengan pesakit, sesama dia orang pun kalau dah start bergossip tu boleh tahan. alahai...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. erm, mmg kl dok hospital ada jela nurses yg nk kena cepok..hehe

    ReplyDelete
  2. betul tuu..bkn semua nurse tak baik,tak prihatin...tapi ada juga yg sengal semacam jer..saya pernah ddk sebulan kat hospital..mmg mcm2 perangai nurse ada..kita pun tak teringin nak ddk lama kat hospital kalau ta sakit kan...

    ReplyDelete
  3. hurmm tu lah sakit ati
    sikap manusia nie adakalanya x kira sape .. nurses pun macam x ikhlas .. kalau nak kerja macam tuu ke ??

    dah lah pekerjaan yg melibatkan masyarakat kan .. macam melepaskan batuk ditangga aje ..
    adoiii emo gak akk nie huhuhu

    ReplyDelete
  4. sbr jela..memg de certain2 misi n doc yg kurg ajr....memg skit ati jer...

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Kena selalu beringat ni. Lebih2 lagi orang yang bekerja bidang perkhidmatan, kena la jaga adab dan sopan. Sebenarnya, bila-bila masa pun kena beradab sopan.

    Teringat cerita lau kan bainana.. Kalau lah Nabi s.a.w ada di depan mata, macam mana agaknya akhlak kita.

    ReplyDelete
  6. Ini masa mereka, janganlah buat ikut suka, kan? :(

    ReplyDelete
  7. mak dni penah kena dengan nurse tade hati perut... sakit ati dni tengok :'(

    ReplyDelete
  8. tak suka jugak jenis yg kerek mcm tu...
    jagalah perasaan org skit..
    kerja tu dh bagus...menjana pahala yg banyak....cer maniskan muka..lembutkan kata...kan baguss kan...

    ReplyDelete
  9. Kekadang Nurse Gov Hosp memang boleh tahan gak pe'elnya (Maaf pada Nurse ye) tapi Private Hosp, Nurse memang baik, sangat caring ;)

    ReplyDelete
  10. tak mustahil kan Kak Sal, ade segelintir nurse n doc layan patient dia sebegitu rupe... tak tau la time saya nnt camner dowang layan saya.. skrg ni ngah sibu kuar masuk klinik/hospital for monthly check up, hope jumpe nurses/doc yg baik2... kalo dowang poyo same saya, saya seligi kan je..grrrr~

    ReplyDelete
  11. butang baju wad akak tercabut ditarik nurse sebab akak beri baby susu botol.. time tu baby melalak gila, waktu dah tengah malam, susu plak x banyak lagi,.. akak cuba bagi susu botol, punya marah nurse tu sampai tarik baju akak, tekan breast akak konon banyak susu,.. memang ganasssssssss,.. padahal depa tu spm je kita lagi ada degree cuma akak ni jenis yg 'cool' malas nak heboh2...

    ReplyDelete
  12. uish spital mn tuh?
    psl g2 treat org? hu3

    ReplyDelete
  13. kesabaran diorg ni x tinggi kan..sy pun pernah rasa gak sebelum ni...memang geram jer rasa..

    ReplyDelete
  14. ish3..teruk betul perangai diorang..sy pon ade gk kawan yg keje nurse, hopefully perangai diorang xde la teruk mcm tu..amin,

    ReplyDelete
  15. kasarnya bahasa kannn..hmmm...sllu jgk dgr mcm2 kisah..myb diorg stress n penat kot...

    ReplyDelete
  16. aisehhh..tu yg susah nak paham tu. dorang ni tak guna pangkat di tempat yg betul.. tp mmg ada juga nurse or doc yg baik..

    ReplyDelete
  17. alahaiii siannya... napelah buat perangai camtu kan... jgnlah kita pandang org tu sblh mata... mereka pun ada perasaan...

    ReplyDelete
  18. nurse dgn dr sama kdg2 agak kurang ajar sikit....tp kita jgn lah buat mcm tu mereka pun ada hati dan perasaan

    ReplyDelete
  19. betul tuu..bkn semua nurse tak baik,tak prihatin...tapi ada jugak nurse yg suka bergosip dan bising pesakit lama2 kat hospital...

    ReplyDelete
  20. memang kat mana-mana hospital pasti ada yang menjengkelkan hati...kalau ema pun nak kasi lempang juga..huhuhu

    ReplyDelete
  21. ye la tapi tak semua gitu kan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign