Fresh from the owner...

21 July 2012

5 Bonus Khas Ramadhan.



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

BONUS 1 
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.

BONUS 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

BONUS 3
Allah memperindahkan syurganya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hambaKU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

BONUS 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

BONUS 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakanya). Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: “Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?” Baginda menjawab: “Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (Riwayat Ahmad)





Di petik daripada Majalah Solusi Isu Khas sempena Ramadan dan Shawal No 34


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. nice sharing kak.. :D semoga kita dpt rahmat dr ramadhan ini

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya kita kak..
    Alhamdulillah!!
    Salam ramadhan kak.. ;)

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan..semoga berbahagia di bulan yang penuh barokah ini..

    ReplyDelete
  4. betul tu kak bonus untuk kita kan :))

    ReplyDelete
  5. salam..lamanya x dtg sini.. bru slow2 bw ni..

    salam ramadhan & smoga sgala ibadah kt diterima_nya...

    tq for sharing

    ReplyDelete
  6. bonus yg sungguh lumayan..selamat berpuasa Kiz..

    ReplyDelete
  7. alahai..tersilap nama la pulak, komen kat blog ni tertaip nama lain pulak hehe..apapun memang ini bonus yg sgt lumayan kan?

    ReplyDelete
  8. bulan ramadhan tu sendiri mrupakn bonus utk kita,kan?:-)

    ReplyDelete
  9. thanks sharing dear...info yg sangat lumayan...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign