Fresh from the owner...

06 June 2012

Ya Allah... hujan, guruh dan kilat saling sabung-menyabung.


terkejut dari tidur sebab bunyi guruh kuat sangat. disebabkan aku tidur mengadap Azfar, jadik aku tak nampak la suasana kat luar macam mana. hujan dah lebat. tengok jam baru je pukul 11 lebih. nak kata aku tidur awal, memang tidur awal la jugak. asalnya bukak komputer. tapi sebab nak hujan kot, dia tak mahu loading. last-last joint anak-anak tidur la. niat nak susun baju yang berlipat pun tertangguh lagi. ^_^

cuti-cuti sekolah ni aku upah anak-anak buah lipat baju. dia orang kan nak cari duit untuk topup. memang biasa macam tu jugak la. aku jarang bagi baju aku. bagi baju anak-anak je untuk dia orang lipat. meamng ada yang menrungut sebab baju tu kecik dan banyak. nasib la kan. kalau nak duit, lipat je la. dua bakul aku kasi RM7. nak kata banyak tu tak ada la jugak. tapi biasa la budak-budak ni. daripada tak buat apa-apa baik ambik upah lipat baju. ada jugak faedah. dapat duit lagi.

see... melalut dah. kuatnya dentuman guruh tu sampai rasa bergegar rumah. Kak Ngah yang tidur pada mulanya tu pun dok menyelit sebelah aku. siap menyorok-nyorok lagi. Kak Ngah ni dia takut guruh sikit. daripada celah tingkap nampak la kilat sabung-menyabung. lama jugak la Kak Ngah ambik masa nak tidur semula. Kak Long dengan Azfar? tak ada maknanya. pengsan dah masa tu. okay... to be honest, aku takut jugak dengan bunyi kilat dan guruh yang berselang-seli ni. kalau tinggal sorang-sorang lagi la. huhuhu... tapi sebab ada anak-anak ni la baru okay sikit. ngeee...

dentuman guruh dengan pancaran kilat macam bawak satu benda je aku rasa. aku la rasa. korang-korang tak ada la rasa macam aku kot. kan orang cakap kalau petir tu dengan kilat tu dia panahkan syaitan. siapa-siapa yang kena panah kialt tu maksudnya ada syaitan la kat belakang dia. sila jangan percaya. kalau aku cerita kat budak-budak ni sahih dia orang percaya! confirm dan tidak syak lagi. muahaha... dan entah pukul berapa jugak hujan berhenti aku pun tak sedar. layankan Azfar mana ingat hujan lagi dah.

kamu dan kamu memang berani ke kalau berdepan dengan guruh dan kilat yang sabung-menyabung ni? siapa berani sila angkat buku lali!!! ^o^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Rajinnya anak2 tolong mamanya lipat kain, anak2 Aju mmg takut bunyi guruh ni, setiap Kali hujan msti2 cepat2 tutup sliding door, so xlah bunyinya kuat sgt

    ReplyDelete
  2. As salam Kak Sal,

    Yelah, marya pun takut jgk tp xlah smp nak angkat buku lali nnt tapak kaki yg smp dulu...hehehe ;)

    Kelakar bab lipat kain tu... teringat mak sy dulu suka suruh cabut uban, satu seringgit...hahaha :))

    Kat sini takde ujan apatah lg kilat sabung menyabung... terasa rindu sgt... Tp gempa bumi sbulan sekali...ngeeee

    ReplyDelete
  3. saya gerun lah dengan kilat sabung menyabung ni kak... nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. Lumayan tu 2 bakul RM7 ye..hehehe...

    ReplyDelete
  5. Kat Tepeng ni pagi ni baru hujan dgn guruh dentum bagai...em, lumayan tu lipat kain dpt rm7..)

    ReplyDelete
  6. bila dah guruh dn petir kedengaran...menikus aje la dlm rumah... lg2 dah byk dgr cerita org kena sambar petir kebelakangan ni..

    ReplyDelete
  7. bestnya hujan.. tak kisahlah tak dapat online.. bertambah syok dapat tidur..

    kalau sensorang haruslah takut.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. tak berani....duk bawak comforterr diam2..kalo cik abg ada...peluk dia ketat2....gerunnn rs mcm kilat guruh tu nk telan bumi jek

    ReplyDelete
  9. kalau sorang2 , sy pon takut..

    ReplyDelete
  10. aah sgt2 takut kan dik
    naik seram , dekat kul 12.30 baru akk dpt tidooo huhuhu

    ReplyDelete
  11. saya mmg takut kalu bab2 bunyi guruh n kilat ni.. umah parent sy ada pengalaman kne panah kilat... byk lampu pecah.. tv rosak + lain2 lagi.. time tu sy msh dlm pantang..

    Ya Allah.. sy baru tinggalkan alisha sekejp tp tiba2 terus umah kne sambar petir... tapi alhamdulillah alisha x pe2.. dia xnangis langsung... org2 tua kata maybe time tu alisha dilindungi oleh malaikat.. bunyi disambar petir tu.. masyaAAllah.. sungguh kuat... kam bergelap mlm tu.. sbb semua dlm umah dh rosak...

    ReplyDelete
  12. tak berani..sanggup duk dalam bilik dari keluar..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign