Fresh from the owner...

05 June 2012

Tak ada cerita?

bukan tak ada cerita tapi sedikit sibuk la semalam asalnya. my sis kan nak bawak BIL ke HTAA. dia kena jumpa pakar tulang untuk check conditionnya kakinya tu. jadik dia sibuk dok packing barang, dok bagi amanat dekat anak-anak. itu appointment je sebenarnya tapi yang empunya badan kata mesti kena tahan wad ni. jadik sahihlah kena tahan wad bila my sis called petang semalam. 

katanya jugak, doc kata conditionnya kakinya tu tak berapa bagus sebab tu kakinya dah dimakan sikit-sikit. meaning, doc suggest suruh potong tiga jari. keputusan belum buat. duduk dalam wad tu pun untuk pantau my BIL. takut ada kuman dalam darah. orang yang ada diabetes dengan masalah buah pinggang ni memang kena pantau la sikit.


selagi ada usaha dan penawar, cuba dulu yang lain. banyak benda dah BIL aku cuba makan tapi makannya tak berpanjangan atas sebab masalah kewangan segala. baru-baru ni dia ada cuba benda lain untuk rawatan buah pinggang dia. tapi masalahnya benda tu bagi kesan pada alat yang digunakan untuk cuci buah pinggang tu. apa benda nama alat tu entah. benda tu boleh guna 4 kali tapi BIL aku guna sekali je dah kena tukar. bengang jugak la orang yang jaga pusat hemo tu. ala... ganti je la. kecoh!!! hahaha...

sekarang ni rutin tidur Azfar pun dah berubah. kalau anak-anak buah aku dulu, umur setahun still tidur tiga kali. pagi, tengahari dan petang. anak-anak aku ni tak pulak. kalau time baby tu pun dah tidur tiga kali sehari. lepas tu dua kali sehari dan sekarang ni sekali sehari je. bila nak bai tidur pagi-pagi tu siap menjerit bagai la sebab tak anak masuk buai. kecuali kalau dia bangun awal pagi, makanya dia akan tidur dua kali. bila timing tidur lari, aku pun kena ubah jadual jugak la. aisey... adik! adik! dah la tak nak dengan orang. aisey kuasa dua la adik ni.

yang berdua tu masih heroin pujaan hati la. Ya Allah... Kak Long ni mengganas betul la. ada sepupunya yang kadang-kadang datang time cuti ni. sebaya dengan dia cuma lahirnya bulan 1 dan dia lagi besar daripada Kak Long. memang Kak Long suka dera budak ni la. dan dia akan menangis kalau kena debik dengan Kak Long. tapi masalahnya pulak, kalau dengan mak-mak saudara ni siap melawan lagi. bila kena kat Kak Long, dia senyap je. tak melawan pun. adeh...!!! kakak aku cakap: "Kyra ni dengan orang lain berani sangat. Kena dengan Alya tak berani pulak. Lawan je la Alya tu." muahaha... no komen!!!

my little angels.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. bahaya betol diabetes ni yer..minta2 dijauhkan....moga yg sakit tu ada penawarnya dan kembali sihat

    ReplyDelete
  2. Takut jugak ni diabetes ni..pyakit keturunan..

    ReplyDelete
  3. anak2 klu cuti sekolah mula 'mengganazzzz'

    ReplyDelete
  4. moga ur BIL cepat sembuh hendakNYA..

    psstt: comel je dorang bertiga tu kan.. kalau takde sunyi sepi rasanya..

    ReplyDelete
  5. bahaya gak yer diabetes.. moga cpt sembuh..

    ReplyDelete
  6. semoga BIL cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  7. huhu.. memang gerun kalau sampai kena potong kaki... semoga cepat sembuh, amin

    ReplyDelete
  8. diabetes ni pembunuh dlm senyap kan...

    perghh k.long esok2 dh besorr jgn jadi cam aunty elly...asek nk melempang org..hahaaa

    ReplyDelete
  9. Erk... kena potong jari... Moga2 taklah kan... Kena byk jaga makan bila dah kena diabetes ni...

    Budak2 ni mcm2 perangaikan kak :))

    ReplyDelete
  10. penyakir diabetes memang bahaya..kena jaga-jaga lebih-lebih lagi pemakanan..muga BIL cepat sembuh yer

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign