Fresh from the owner...

03 June 2012

Si tikus suka bermistik. o_O


semalam masa nak tunggu maghrib, my SIL datang dan my sis pulak tengah nak menunggu time nak pergi kat my BIL. masa tengah nak makan kenduri semalam, pusat hemodialisis called my sis. tanya boleh datang untuk cuci buah pinggang sebab hari isnin tak boleh buat. mesin rosak. hari semalam baru sabtu. hari isnin je mesin dah rosak. advance pulak dia orang boleh tahu mesin tu rosak hari isnin walhal belum pun hari isnin lagi kan?! tiap kali ada intro mesti intro panjang macam nak jawab soalan esei SPM.

my sis ada cakap, BIL dapat bilik yang mana cuma dia seorang je tinggal untuk malam tu. dan dia takut la. sebabnya pusat hemodialisis tu dulu asalnya wad. ada bilik kuning kat situ. Bilik Diraja. dulu-dulu... ni cerita dulu-dulu masa tempat tu still jadik wad, nurses ke pesakit ke selalu la jumpa benda-benda alah ni. ada tu, pesakit-pesakit je nampak ada budak kecik duduk ujung kaki dia orang. even sekarang ni pun ada orang-orang kat situ cakap ada budak-budak berkeliaran.

dah bukak cerita tu, bercerita la kami pasal benda-benda mistik ni. sekolah tempat SIL mengajar (aku pun pernah jadik guru ganti kat situ) bolehlah dikatan keras. ala, ada tanah. keras la kan?! nak kena pelangkung ke siapa-siapa yang cakap macam tu? selalu ada la budak-budak dengan certain cikgu yang nampak. my SIL kata ada kejadian yang mana bangunan belakang tu ada cikgu-cikgu nampak lembaga hitam bertenggek. tapi SIL aku tak nampak pun. waktu petang pulak ada dengar suara cikgu buat pengumuman walhal ciktu tak ada pun. latest, ada cikgu nampak budak kecik duduk diam je dalam bilik kerani.

dia cerita jugak masa dia kat maktab dan ada program menyanyi dan dia orang training la menyanyi sampai malam. lepas tu dengar bunyi orang ketuk pintu. slow je. meaning bagi isyarat tolong senyap la. dua tiga kali kena sampai la kawan SIL ni kata: "Hah, kalau nak masauk sangat, masuklah!" leaps dia cakap tu okay lagi. dia siap pergi sidai kat luar. kemudian dia terpandang kat bawah. dia nampak orang perempuan berbaju putih berjalan. lepas daripada tu dia kena histeria. kalau melibatkan benda alah ni jangan la celupar or besar diri sangat. sudahnya sakit diri sendiri.

even aku pun kena jugak masa duduk kat Puncak Perdana. tempat baru. atas bukit pulak tu. ada sekali tu dok lepak bercerita sampai malam. kena jerkah "Hoi!!!" masa kena jerkah tu semua terdiam sekejap. siapa jerkah kita orang yang duduk tingkat lima ni? bunyi tu datang daripada balkoni. memang jelas sangat suara tu. depan balkoni tak ada apa-apa ye. ada rumah nun di depan sana je. lepas tu kami buat-buat tak tahu je dan sambung buat kerja lain. muahaha...

benda-benda macam ni memang banyak berkeliaran kan? kalau kat hostel tu time nak exam. sebabnya time tu kita stress, benda tu pun tak ada kerja lain nak buat la. menyakat je. kita jugak la yang berpeluh-peluh, seram sejuk satu badan sebab takut. ada la yang sampai demam-demamkan diri. hebat betul penangan disakat. okay... tak nampak muka memang la relax je. aku pun tak mintak untuk tengok benda-benda alah tu live. cukup dengan bunyi je. itu pun dah berdebar perut. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. banyak terjadi kat sekolah-sekolah histeria ni..

    ReplyDelete
  2. pernah gak alami situasi histeria ni masa kt UITM Shah Alam dulu...huhu huru hara dibuatnya kolej perempuan...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign