Fresh from the owner...

24 June 2012

Saya adalah superstar!!!



siapa superstar? aku ke? sejak bila? hehehe... tajuk tu boleh tahan. macam iye la sangat superstar kan? aku ada kekangan masa sikit. masa itu ada sebenarnya tapi kena pandai-pandailah menggunakannya. alhamdulillah... terbalas jugak jejak orang-orang yang mengomen kat blog aku ni. dengan menggunakan cpu zaman dinasour dan sedikit menguji kesabaran ni, masih boleh balas jejak walaupun makan masa berhari-hari. hehehe...

sekurang-kurangnya masih ada teknologi biarpun wujudnya masa zaman dinasour. ngeee... maaf la sebab lambat  jejak kasih ye. terima kasih jugak pada yang sudi jengah blog aku yang seadanya ni. hari ni hari sukan sekolah anak-anak buah. esok cuti la. anak-anak my big sis tak masuk sukan. entah pasal apa entah. ada pun dua tiga orang je anak-anak buah yang lain. aku rasa time aku sekolah dulu, aku la yang paling excited sekali bila time sukan sekolah ni. aku kan star sekolah. sila jangan muntah hijau ye. hahaha... aku suka sukan. sebab tu aku suka jadik budak sukan dan aku yang offer diri nak masuk sukan. boleh gitu?

budak-budak ni tak ada pulak la yang ikut jejak langkah aku. frust jugak. aisey... aku suka la masuk sukan sebab boleh skiped masuk kelas. lagi satu cikgu kenal. itu pun masalah jugak bila cikgu-cikgu kenal ni. tak boleh buat silap. alamatnya memang fofular la muka. aku pernah lepak-lepak bilik sakit sebab nak elak jumpa cikgu. masa tu ada tounament. aku pulak tiba-tiba tak ada mood je nak joint. last-last cikgu masuk dalam bilik sakit dan campak jersi kat aku. adeh... sengal je.

dan cikgu jugaklah yang datang ke rumah mintak signature ayah aku sebab bila aku bagi borang untuk sign, ayah aku tak nak sign pun. tapi kalau cikgu yang datang tu orait je dia. tak ada banyak soal terus sign. teruk kan? sampai cikgu pun dah tahu kalau nak aku joint sport kena mengadap ayah aku dengan jayanya. boleh pulak gitu. kalau tak, tak ada la muka superstar ni dalam team. muahaha... best ooo... fofular tu memang terasa la. sipi-sipi je pun. tapi alhamdulillah... aku still tak lupa belajar walaupun aku malas belajar. result cantik je. 

dan aku bersyukur sebab aku banyak belajar melalui semua tu. hidup tak akan sentiasa gembira dan tak selamanya sedih kan? entah entri apa-apa entah. okay la..  nak makan kejap. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. owh..akak minat sukan ea..
    husna plak pling benci sukan..
    tp xdak lar 100% bnci..nak main pon nak memilih jugak..muahaha..

    ReplyDelete
  2. zaman akk dulu akk suke joint sukan sbb ada acara lontar peluru .. ekekek sbb size badan XXL kann
    tapi acara tuu penyumbang emas yg banyak dlm sek akak masa tuu
    ekekek kenangan sunggun ;)

    ReplyDelete
  3. atlit sekolah mmg pames kat skolah dulu, ramai noo peminat...hiks...

    ReplyDelete
  4. ingat sapa superstar tadi..hehe

    **sal blh ke wat tutor pasal like fb tu..js tak tau la nk bikin camne...huhu

    ReplyDelete
  5. wah kak ni kiranya ahli sukan la dulu2 ms sekolah...klu ahli sukan kt sek mmg selalu fofular pun hikhik

    ReplyDelete
  6. ika x minat sukan.huhuhu
    tp suka bila ade sukan kat sekolah :))

    ReplyDelete
  7. wah bagus la aktif sukan.. sy dulu x sgt.. sdg2 je..

    ReplyDelete
  8. Ahli sukan kat sekolah biasanya mmg famos amos lahkan...hik3...Dulu Marya pun bersukan jgk, main netball...smp hitam legam... siapa yg kenal Marya dulu dgn skrg mmg kagumlah skjp sb skrg dh cerah sikit...kekekek! ;p :))

    PAtutlah akak maintain je badan, ahli sukan rupanye :))

    ReplyDelete
  9. ooo akak ni aktif jugaklah yer.. sy dulu, bab2 sukan ni lah yg plg sy xminat.. hihii

    ReplyDelete
  10. kita totally opposite...g selalu je nyorok kalo hr suka atau pemilihan rumah pasukan....tak minat! heheee

    ReplyDelete
  11. kak fieda dulu tak aktif jugak..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign