Fresh from the owner...

02 June 2012

Rasa macam nak beli baru je.

hahaha... nak beli baru apanya? handphone ke sebab handphone aku kan cap itik serama. kamera pun 1.3 megapixels je. sekadar boleh untuk sms, call dan jugak mms. tak ada game. tak ada apa-apa yang canggih pun telefon aku ni. tiba-tiba bercerita pasal handphone kan sedangkan itu bukan tujuan utama nak bercerita pun.


ini color pencil Kak Long. yang ini yang kedua aku beli. asalnya beli yang gedabak tu. konon senang dia nak pegang. tapi kejap je. lepas tu mana entah dicampaknya. sebatang demi sebatang dok hilang. kemudian dia berkenan dengan color pencil Luna sepupunya ayng darjah dua tu. siap nak pinjam-pinjam lagi. jadik, aku belikan ayng baru dan yang sama banyak macam sepupunya tu. cuma bukan brand Luna la. aku pilih yang kat atas tu.

yang ini untuk dibawa ke sekolah walaupun kat sekolah ada je sediakan color segala tapi aku tetap sediakan jugak untuk dia. bila balik rumah je satu demi satu hilang. kalau tak dia yang  hilangkan, dia bagi pada sepupunya untuk pinjam. budak-budak ni lepas guna je bukan reti simpan. dah tu bila hilang sebatang hari ni, esok hilang lagi... apa yang tinggal? nan ado la jawabnya. bukan la tak ada langsung. tapi daripada 24 batang tu yang adanya cuma 10 je. yang lain entah ke mana lesap.

dan cuti ni ada cikgunya bagi homework untuk buat kat rumah. tak sentuh sikit pun lagi. nasib baik tak banyak mana kerjanya tu. ingat nak belikan color pencil baru kat dia hari ni tapi yang 12 batang tu je. basic colors. senang sikit. kalau hilang tak adalah ralat sangat kan? ngeeee... ha, itu la bendanya yang aku nak beli baru. bukan benda mahal pun. (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Aju beli kaler pencil di tesco, 24 batang hanya rm6.30 brand stabillo, Aju beli 3 kotak wat stock, kene tggu time promo je tau, jimat sikit

    ReplyDelete
  2. gtu la... samala dgn asya ni.. dh byk kali beli pensil warna... lps tu suka campak,,, kalo brand luna..mmg cantik kaler dia... faber castle ni pon ok.. blh buat water colour lg kan

    ReplyDelete
  3. faber-castle ni elok juga kak, ada jns2 juga. mahal gak. utk auni, tok papa dia rajin sungguh belikan warna yg mahal2. mak dia beli cap ayam je. yg mahal omak guna. hahaaa.

    ReplyDelete
  4. standard budak2 memanjang ilanggggg

    ReplyDelete
  5. kalau perlu , beli je yg baru dik
    akk punn pakai yg biasa2 punye aje .. c3 ajeee ;)

    ReplyDelete
  6. alisha ada gak 1, tp aciu dia bg... tu pun dh byk ilang.. hihii

    ReplyDelete
  7. ari tu beli kaler yg 36 batang utk nureen...bila call je mesti tanya dia ada lg tak...takut dia bawak pi sekolah pastu budak2 lain ilangkan jek...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign