Fresh from the owner...

19 June 2012

Ragam Kak Ngah.

ini seorang lagi yang suka sangat meyakat orang. ke mana-mana pun kalau boleh nak ikut aku. tapi sekarang ni rutin pagi dia dah tak macam dulu. masa awal-awal Kak Long sekolah. sebelum ni dia selalu jugak aku bawak sama kalau hantar Kak Long ke sekolah pagi-pagi. tengahri time ambik Kak Long, aku tak bawak. masa awal-awal tahun, Azfar kecik lagi. rutin pagi Azfar pulak tidur pukul 8 or 8.30 pagi tu. sekarang ni dah tak sama lagi dah. kalau sebelum ni tidur tiga kali sehari. sekarang dah jadik dua kali je.

sebab tu sekarang nak hantar Kak Long ke sekolah pagi-pagi, Kak Ngah kena tinggal. tengahari ambik Kak Long baru la aku bawak dia. pagi time Azfar ikut. Azfar pun dah tahu pagi-pagi dia boleh ikut aku hantar Kak Long. jadik Kak Ngah macam mengalah jugak la. bagi peluang adik je ikut. dia ikut time ambik Kak Long nanti.  nak buat macam mana. bawak motor je. bukannya bawak kereta.

pesal 'kembang' semangkuk je pipi Kak Ngah tu.

dengan teddy bear hadiah birthday dia tahun lepas.


Kak Ngah pun sama jugak macam Kak Long. suka jugak la berkata-kata sesuatu yang kadang-kadang buat aku hangin. suka mengikut apa yang orang cakap. tapi Kak Ngah tak suka sangat tengok tv. jarang la boleh tengok dia mengadap tv macam Kak Long. dan Kak Ngah kalau bergaduh dengan Kak Long dia akan cakap: "Kak Ngah dahlah masuk ICU." maksudnya kesian la kat dia sebab dia dah la pernah masuk ICU. tak payah la nak buli-buli dia. hahaha...

dia pun selalu cakap nak pergi sekolah. cuma aku macam tak berapa nak yakin je dengan Kak Ngah ni. tak yakin lagi la. tahun depan kalau dia sekolah, Kak Long boleh tolong tengokkan. rasanya, she'll turn out to be fine kot. we'll see la. takut sekarang je excited. tahun depan dah tak berapa nak excited lagi dah. tapi Kak Ngah ni memang melapangkan hati la. sesuai dengan maksud 'Insyirah' tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. hope Kak Ngah akan jadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete
  2. hehehe semangat dia nak g sekola ye... takpe2 tengok tahun depan cemana :D

    ReplyDelete
  3. jmpt join..da hadiah taw
    http://ceritaladiespurple.blogspot.com/2012/06/segmen-follower-vs-reader.html

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, Kak Ngah akan menjadi anak yang sentiasa melapangkan hati ibuayahnya. :)

    ReplyDelete
  5. comel la k.ngah.. Bagus dia rajin nk gi sklh.. Arap2 bila dh masuk sklh betul2 makin rajin la ye k.ngah.. :-)

    ReplyDelete
  6. Kalau naik kereta semua boleh ikutkan? Jd kenalah ada yg mengalah

    ReplyDelete
  7. alahaiii kakngah... siannya.. siap cakap icu lg yer.. hihii

    kakngah ni bagus betoi... sk mengalah...

    ReplyDelete
  8. anak2 mmg camtu terutama kalau 2 beradik je..ada je benda nk disakatnye..hehe

    ReplyDelete
  9. hehehe.. kanak2 dengan dunia mereka.. suka dengan benda2 yang seronok kan... nanti bila dah sekolah kak Long boleh jaga2 kak ngah di sekolah kan...

    ReplyDelete
  10. kak ngah will be good lah dikk ;)
    kena yakin ngan anak2 kita .. yg pasti mereka x akan sama ;)

    ReplyDelete
  11. bagusnya kak ngah nie...pndai mengalah dgn adik......

    ReplyDelete
  12. alahai pandainya kak ngah menjawab dgn kak long tu. hehe.

    ksg2 telatah ank ni yg buat akak tersnyum kan?

    semoga happy selalu kak :)

    ReplyDelete
  13. heheh bijaklah kak ngah ni...
    sampai ke besar lah tu guna tagline
    "kakngah dahlah masuk ICU.." hehee

    ReplyDelete
  14. kak ngah takde kawan, tu sebab dia hendak pergi sekolah. auni tu pun tahu hendak pergi sekolah, bila kenangkan pangai dia yg keletah sesangat, uish! nntlah. anak2 akak ni muka satu template kan? hahaa, sama je.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign