Fresh from the owner...

25 June 2012

Puteri ayu dan arnab pink.

semalam kan hari sukan sekolah anak-anak buah aku. ada la dua tiga orang yang masuk acara. ada tiga orang yang joint perbarisan. kakak aku ada tanya tak nak joint dia sekali ke tak. tapi aku yang agak-agak malas ni cakap tak je. panas-panas nak bawak anak-anak ni macam kesian jugak la. dia orang memang la nak pergi tapi apa-apa pun tunggu abah balik la. nanti abah bawak jalan-jalan. (*_*)

balik je rumah, my sis kata anak buah yang darjah 6 tu menang besar la tahun ni. lima acara dia masuk, dia dapat medal untuk kesemuanya. cuma berbeza warna pingat la. ada emas, perak dan gangsa la tu. dan dia jugak jadik pembawa sepanduk untuk rumah sukan dia. kiranya macam maskot la. tapi untuk rumah sukan dia tu, dia kena jadik puteri. my sis kata puteri ayu. hahaha...

ini la si puteri ayu. balik je muka gelap. hehehe... siap ada dayang-dayang tu.


anak buah seorang lagi yang joint perbarisan, orang lain tak tahu pun yang dia kena jadik maskot arnab. arnab pink gitu. hahaha... sebab rumah sukan dia orang ada buat macam drama sikit gitu. ala... kisah kura-kura dengan arnab tu la apalagi. dia pun tak tahu yang dia kena jadik arnab. macam mana tu? aku just dengar-dengar je la. sebab perbarisan mula seawal pagi kan. budak-budak ni bukannya bangun lagi. hari cuti biasanya dia orang bangun lewat sikit.

arnab pink dengan kura-kura hijau.


dua orang lagi anak buah tu menang acara yang dia orang sertai. satu acara je pun. acara relay. yang perempuannya ni dah bagitahu awal-awal dia akan jadik pelari kedua. so mamanya tunggu jugak la nak bersorak untuk pelari kedua. alih-alih lepas sorak tengok bukan anaknya jadik pelari kedua tapi anchor. last runner. terkedu jugak sampai tak tersorak dah kat si anak tu. (o_O) macam-macam hal la.

dan hari ni cuti sekolah la buat dia orang. apa pun, semua ni memang akan imbau kembali kenangan aku masa sekolah-sekolah dulu. rasa macam rindu pulak nak join sukan-sukan ni. hehehe... piala-piala pun dah hialng entah ke makan. dah kena makan dengan anai-anai agaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. hehehe.best je kan kalau dapat hadirkan diri sekali dengan mereka.secara tak langsung merekampun bersemangat..ngee..

    mama follow sini juga :) salam kenal

    ReplyDelete
  2. As salam Kak Sal,

    Hahahaa! Comel je... Suka sgt lah dgn arnab pink tu... Skrg ni sekolah dah makin creative kan, hari sukan pun dah ade maskot! Gempak tu! :))

    ReplyDelete
  3. Zaman sek failed sukan sbb tak kuat lari.. walau tak kuat lari tp jln laju ;)

    ReplyDelete
  4. hehehe...a'ah, kan?teringat pulak zaman2 skolah dulu.YM selalu teringin nak jadi puteri pegang sepanduk tuh, haha,berangan!:)

    ReplyDelete
  5. laaa empunya badan pun xtau yg dia jd arnab.. hihii

    ReplyDelete
  6. teringat zaman akak blajar dulu, tak sabar jugak nak tunggu hari sukan skolah. boleh tgk perbarisan, sudah semestinya menarik

    ReplyDelete
  7. alahhh sweet ..
    ada sukan kan .. so ari nie anak adik cuti kan .. ;)

    ReplyDelete
  8. seronok suka kt sekolah skrg ni..mcm2 ade...dulu2 sukan just biasa2 je..hehee

    ReplyDelete
  9. seronok tgk budak2 bersukan..

    ReplyDelete
  10. dasat anak buah yg darjah 6 tu. Menang besar.

    Si arnab pink tu muka sedih ke tengah tahan panas? Hehehe.

    ReplyDelete
  11. Wahhh!! memang nampak ayu :D

    ReplyDelete
  12. sweetnye si arnab tu...tp apsal muka arnab pink tu kelat jer tak tahan panas kot hikhikhik

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Sal, syok la sukan2 time skolah dulu pun ade camni tau... flashback jom! budak2 skrg pun suke bersukan kan..bagus2!!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign