Fresh from the owner...

08 June 2012

Nombor kesayangan hamba.

kalau ada pertandingan pelanggan paling setia, mungkin aku antara pemenangnya. ewah... perasan kan?! nak buat macam mana. kena perasan sendirilah. aku antara pengguna prepaid tegar. tak ada bil-bil. pernah guna bil tapi sekejap je pun. guna bil tapi nombor yang satu ni tak pernah terminate. walaupun ada guna nombor lain yang selalu jugak bertukar tapi nombor ni tetap kekal dengan aku. pesal entah aku setia sangat dengan nombor ni. bukan best sangat pun. nak kata nombonya cantik tak jugak.

anak buah aku la semalam dok kata nombor aku entah apa-apa. walhal yang dia tak tahu nombo ni dah berzaman dengan aku. since 1999. lama tu. ingat senang ke nak kekalkan nombor sama. first time dengan Digi. tapi Digi masa tu tak elok langsung linenya. kena sangkut atas pokok baru ada line. boleh pulak gitu kan. pening kejap kepala. tapi masa tu handphone dengan sim kad datang dalam satu pakej. beli handphone dapat sim kad. pilihan handphone pun yang biasa-biasa je. 


mula-mula guna motorola kot. lepas tu beli handphone philips. philips savvy namanya. rare ni. entah ke mana dah hilangnya hanphone ni. mujur la google dan jumpa jugak picnya. kenangan ni. telefon ni datang dengan nombor yang aku guna sekarang ni la. boleh la sms dengan call. tak ada canggihnya pun. skrin pun tengok la. kecik je. tak macam telefon sekarang. touch screen la. apa-apa screen lagi. pergh...!!! aku guna touch screen jugak ye yang harganya tak sampai pun RM200. telefon cap itik serama kata. ngeee...

ini handphone pertama hasil duit sendiri ye. motorola. pcn160. barang rare ni. mana ada lagi dah sekarang ni telefon macma ni. kalau ada pun, ada yang nak pakai ke? kenangan ni sebab apa yang ada dulu dah tak ada lagi dah sekarang. telefon ni kalau baling kat anjing pun anjing tu mati tahu tak? okay... tak pasal-pasal anjing pun terlibat kan. huhuhu... tapi meamng kukuh la telefon dulu-dulu. taka da la jatuh sikit terus jahanam. telefon sekarang ni kalau baling kat anjing pun anjing berdekah-dekah ketawa. kenapa mesti anjing ye?


kamu dan kamu ingat lagi jenis telefon apa yang kamu guna? memang setia jugak la aku dengan nombor walaupun telefon berubah seiring zaman. kalau siapa yang lost contact pun jangan risau. call je nombor lama tu mesti dapat punyalah. member-member aku tukar nombor dah berkali-kali. kejap-kejap sent mesej bagitahu nombor dah tukar. aku jugak yang tak tukar-tukar. sadis betul la. celcom... sila la bagi reward kat pengguna yang setia ni. even anak buah aku pun dah tukar nombor berkali-kali. ceh!!!

aku cukup sayang dengan nombor ni. banyak kenangan ada kat situ. sebab nombor tu jugaklah aku boleh keep in touch dengan husben aku ni. image la kalau aku tukar nombor. mesti dah lost contact forever. tapi sebab setia dengan nombor tu la dia still boleh contact aku dan sudahnya dah ada 3 orang pun buah hati pengarang jantung ni. alahai... memang aku sayang nombor ni sampai bila-bila la. kamu dan kamu dah berapa kali tukar nombor?







my foot: Ana, you are the best sister ever. thank you for always being there for me!!! sahabat terbaik dunia dan akhirat. tak terbalas la jasa kamu tu dik oiii... sayang kamu selamanya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. akk x pernah layie tukar no .. kalau ke digi ke celcom ke still guna no yg sama senang org nak ingat ;)

    ReplyDelete
  2. sama la js pun msh kekal hingga kini no tu...tah la syg plak nk tkr..hihi

    ReplyDelete
  3. sy pulak pnh tukar no.. tu pun sbb kdg2 simcard ilang... kdg2 hp ilang.. adehhh...

    ReplyDelete
  4. No sekarang dah yg ke tiga hihihi...

    ReplyDelete
  5. org slalu cakap kalo hp dulu besar bagak baling anjing, anjing pun mati hahaha

    ReplyDelete
  6. kak fieda sekarang ni guna no yg ke3 jgk...

    ReplyDelete
  7. 3 kali tukar rsnyaa...

    digi,
    celcom
    maxis sampai skrg... :)

    ReplyDelete
  8. dulu zaman muda2 dua tiga kali gak tukar nombor sbb selalu diganggu oleh org2 yg tak dikenali.byk sgt peminat.haha tak menahan..

    skang dah tak pernah tukar.rasanya since b4 2005 lg dh pakai no yg sekarang tgh guna nie..:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign