Fresh from the owner...

11 June 2012

Muka bengkak akibat sakit gigi.



tiba-tiba je diserang sakit gigi. adeh!!! walaupun tak teruk sangat dan still boleh makan minum macam biasa tapi tak sedap jugak bila rasa berdenyut-denyut je. memang layan la sakit gigi ni. dah dua hari macam ni pun. dan malam tadi bila bangun rasa lain je pada muka. tapi memang dah rasa pun akan jadik macam ni. sebab sakit tu dah pergi pada gusi dan bukan lagi pada gigi.

tengok kat cermin, nampak bengkak sebelah muka. sebelah gigi yang sakit tu. nak tengok skrin ke or nak pandang apa-apa pun rasa tak sedap sebab rasa ada benda yang halang. rasa macam ada je benda bawah mata ni. tapi sakitnya dah kurang sikit. tinggal muka jadi bengkak je la. macam mana nak jumpa orang dengan muka bengkak macam ni? huhuhu...

bangun pagi ni pulak, bila tengok muka kat cermin lagi sekali baru la perasan bahagian bibir atas tu pun bengkak jugak rupanya. ingatkan sebelah muka je sebab tak rasa pun yang bahagian bibir tu. okay... muka saya bengkak-bengkak sebab gusi saya yang sakit pulak. ini second time jadi macam ni. last tahun 2006. masa tu siap mc lagi sebab muka bengkak sebelah. lepas daripada tu mana ada bengkak-bengkak lagi dah.






my foot: mood terganggu la bila sakit-sakit ni. selamat kembali ke rutin biasa ye kawan-kawan yang anak-anaknya ke sekolah. hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Semoga segera kembali pulih sepenuhnya.

    ReplyDelete
  2. ala..cian akak..xpa kak..akak mkn ubt ya..insyallah baik la tu..

    ReplyDelete
  3. kita tak gemar sakit gigi. membawa kpd sakit kepala dan boleh juga membawa kpd demam. huhuuu. mujur abi bawa pergi tampal gigi hari tu, harap tak sakit lagi lps ni.

    ReplyDelete
  4. huhuh tensen kalo sakit gigi ni....
    kalo pi klinik pun dia suh balik dulu tunggu sakit surut sebelum buat apa2...

    ReplyDelete
  5. kalu bab sakit gigi ni kak.. adehhh.. xmenahan sakit tu...

    *header n background baru :-)

    ReplyDelete
  6. moga cepat sembuh.. ;)

    ReplyDelete
  7. bahaya jugak ye sampai effect kat muka jadi bengkak..

    ReplyDelete
  8. sakit gigi mmg amat menyeksakan

    ReplyDelete
  9. ciannya dia sakit gigi.....cepat jumpa dr

    ReplyDelete
  10. aduhhh..mmg xleh thn kalau sakit gigi nie....sakit smpai ke kepala...moga cpt ok....

    ReplyDelete
  11. tak sanggup sakit gigi...kalau saya sakit gigi nak marah orang jer hehehe

    ReplyDelete
  12. sakit gigi memang tak tertahan..lebih sakit dari sakit hati...muga cepat sembuh

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign