Fresh from the owner...

20 June 2012

Mood tak ke laut tapi saya yang ke laut. (*_*)


tajuk macam ye je aku ke laut kan? tak ada maknanya nak ke laut ke sungai ke sorang-sorang ni. takde teman tak best. ngeee... semalam ke klinik gigi. ingatkan nak tampal tiga bahagian yang berlubang. tapi doc cuma buat satu je. yang satu lagi tu dia kata kena cabut. yang itu geraham belakang bahagian atas. aku tak pernah tahu pun area situ berlubang sampai la baru-baru ni rasa macam ada benda lekat je. bila checked, Ya Allah... dah berlubang bahagian situ. sebabnya tak pernah sakit pun. itu yang tak perasan tu.

doc nak cabut tapi aku suruh dia tampal gigi yang berlubang dulu sebab yang tu memang sakit kalau nak makan. jadik dia kena dulukan mana yang sakit la kan. yang tak sakit tu belakang cerita la. esok lusa tampal yang satu lagi. then baru cabut geraham belakang tu. yang pastinya, geraham belakang aku takkan cabut kat goverment. hahaha... nak pergi klinik gigi pun takut. apa daa... jadik macam alergik dengan klinik gigi. pesal entah. walhal bila dah duduk dan dapat treatment tu okay je. hidup je lagi. macam mana la budak-budak pun tak takut nak ke klinik gigi kan. dengar bunyi mesin-mesin yang dia orang guna pun dah macam scary-scary gitu.


reason tak nak cabut geraham belakang kat klinik kerajaan sebab ada dua cases yang melibatkan my other side. mula-mula dulu my nephew. nak cabut gigi ni. my sis ikut la. bius tak betul-betul meresap lagi dia dah panggil budak tu masuk dan cabut gigi. menjerit-jerit la si anak ni bila dia rasa sakit. doc marah-marah kata budak tu macam-macam. bukan gigi dia dan bukan anak dia yang kena memang la macam tu. kes tu dua tahun lepas kot. sampai sekarang ni anak buah aku tu takut nak pergi klinik gigi. kebetulan yang handle dia doc perempuan. even nurses pun kata yang bius tu baru je lagi. ye la... tak sampai lima minit dah panggil masuk. mana nak serapnya ubat tu.

the other one pun cabut jugak. tapi tak sure doc lelaki ke perempuan. dua tiga hari sakit kesan cabut tu tak hilang. last-last dia cabut gigi geraham kat private. dah tak berani nak buat kat klinik gigi government punya. tapi kalau swasta kosnya boleh tahan. my SIL pernah pergi untuk tampal je. dia ingatkan kena la dalam RM200 ke RM250. last-last dapat bil cecah RM350. dengan ubat dan katanya lubang yang ditampal tu dalam. doc yang buat ni pun fames amos. rela la berhabis duit asal tak sakit kan? tengah berkira-kira la ni. kumpul duit dari sekrang. kalau tampal je dah cecah ratus-ratus, cabut geraham belakang mesti la up lagi harganya. adeh... sabar je la.






my foot: dua jam jugak la nak tunggu simen kat lubang yang ditampal tu kering. dah tu mood melayan mata la. mengantuk pulak la semalam. petangnya tu melawat orang sakit. itu nanti cerita ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. kalau gigi geraham mmg susah nak cabut kak... mcm gigi sy ni.. bkn main susah doc nak cabut.. siap ada 2 org pembantu pegang saya + doc dh jd 3.. darah sampai terpercik ke tudung...

    kenangan yg xleh lupa... hihii

    ReplyDelete
  2. apa2 ngan gigi mmg mahal beb!

    ReplyDelete
  3. Setakat kakain belum lagi ada gigi kene tampal berlubang...bila dgr camtu takut la plk..
    Tak pernah lagi gi klinik kerajaan,nasib baik tempat kerja ni cover rawatan klinik..

    ReplyDelete
  4. eiii mahalnya caj diorg ni, siannya sal sakit gigi, mmg tension kan, pasni try cabutlah and survey klinik mana yg ok, drp menahan sakit kan

    ReplyDelete
  5. bab2 gigi ni mmg scary..........

    eh dh lama tak pi scaling gigi!

    ReplyDelete
  6. uiiii ngilu-ngilu. kita tampal gigi, ngilu tu melebihi rasa sakit bersalin. mmg tak tahan btl. sampai kena gelak dgn doktor tu.

    ReplyDelete
  7. ngeri la kalau dgr cabut2 gigi ni..dulu pernah sekali cabut kt klinik swasta masa tu nk cabut geraham..punyalah ksar dorang wat keje..nk cabut geraham kat susah sikit kan..terangkat bontot dibuatnya...dh cabut baru tau yg tu doktor ganti jer..serik pas sudah tak gi dh klinik tu..

    ReplyDelete
  8. errr..ika takut doktor gigi.

    ReplyDelete
  9. Memang pun saya pun dah tak nak cabut gg kat gomen lagi dah.. Ari tu cabut gg.. Mang ai pitam rasanya. digodek2nya gg saya nih.. insaf dah.. Hahhaa

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign