Fresh from the owner...

21 June 2012

Meroyan atau postnatal depression.

aku ada bercerita tentang meroyan semalam kan. ada jugak yang tak tau meroyan tu apa. sebenarnya meroyan ni berlaku selepas bersalin atau dalam pantang (kalau gugur pun kena pantang jugak). Wardina Safiyyah pernah lalui semua ni. bezanya dia dapat sokongan padu family. memang kalau kena angin meroyan, family especially husband la yang kena bagi moral support lebih. sebab kalau tak diberi sokongan boleh akibatkan sesuatu yang lagi buruk.

Apa dia angin meroyan? Masyarakat Melayu mengaitkan penyakit angin meroyan atau gila meroyan kpd ibu yg mengalaminya sewaktu atau selepas dlm pantang.Biasanya mereka yg mengalami penyakit angin meroyan menjadi hilang ingatan & berkelakuan aneh. Dlm istilah perubatan ia dikenali sbg 'postnatal depression' atau masalah kesugulan selepas bersalin yg bersangkutan dgn kesan emosi & kejiwaan. -sumber



untuk pengetahuan Maera, bila tak diubati dan terlalu kerap melayan perasaan memang akan jadik tekanan perasaan. sebabnya kadang-kadang kita pun tak tahu kenapa jadik macam tu. tiba-tiba je beremosi lebih. rasa macam tak dihargai segala. kalau ikut kata bidan, ada satu batu dalam rahim kita yang dipanggil batu meroyan. sebab tu kita disuruh bertungku. nak bagi batu tu balik ke tempat asal. lepas bersalin boleh rasa macam ada ketul kat perut. betul tidak, tak dapat pulak nak pastikan.

Wanita yg mengalaminya seringkali menghadapi masalah sukar tidur & sentiasa kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri & sakit hati. Mereka bukan saja menjauhi seks malah membenci suaminya. Malang kebanyakan ibu yg mengalami postnatal depression tidak menyedarinya sbg satu penyakit.Begitu juga dgn suami & ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi.Akibatnya penyakit tersebut berlarutan tanpa sebrg rawatan. -sumber


lieya, kakak tu dah berubat kat empat tempat kalau tak silap. hari tu ada parents dia datang ambik. bawak balik KL berubat kat sana. ada la perubahan. tapi tak ada la baik terus 100%. tak tahu la kalau dia kecewa dengan diri sebab tak jaga kandungan dan akibatkan keguguran. itu pun boleh jadi sebab jugak. masalahnya dia sendiri pun tak tahu or mungkin dia tak nak bercerita.


izan, yang ni saya pun tak tahu. kena berubat dengan orang jauh ye. tak boleh berubat dengan bidan sekampung. macam tu la pulak. mungkin dia belum jumpa orang yang sesuai untuk merawat dia sebab dia dah pergi berubat dengan Ustaz mana entah. tapi perubahan tu tak banyak. dengan hospital emang tak jalan. sebab time ni la syaitan dok sibuk hasut jiwa yang tengah rapuh tu. secara tak sedar, jadik la kes meroyan ni.

memang kakak tu pulak murung, tak tidur. selalu letih sebab dia tak tidur. buat dia rasa penat, rendah diri. sampaikan nak sign report card anak pun dia tak yakin. last-last husbandnya la yang pergi sign. memang perubahan dalam rumahtangga akan berlaku 360 darjah. tunggang langgang sebab suami kena uruskan semua. nak kerja lagi. adeh...


memang ada cases meroyan kronik yang mana ibu sanggup bunuh anak sebab dia rasa tu bukan anak dia. sebab tu kalau ibu tu meroyan jangan tinggalkan dengan anak-anak. bahaya. especially anak-anak kecik. bukan setakat sepupu lya je, ada saudara sebelah ayah akak ni meroyan dan anak terpaksa bagi dekat orang lain untuk jaga. 10 tahun masa diambil untuk pulihkan dia. memang amkan masa.

kalau dapat suami sabar dan reda tak apa. kalau dapat yang tak bertimbang rasa, lagi la lambat nak baik. tapi kalau ada family support, insyaAllah sebab setiap sakit yang diturunkan pasti ada rawatannya kan? kena sabar mencari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. mmg takut kalau kena angin meroyan ni..mintak jauh...tp pelik jgk rupanya ada org tak tau angin meroyan tu ape..

    ReplyDelete
  2. aah .. memang meroyan nie bahaya ..
    cuma ia jarang kita jumpa .. kalau ada lah kan ia melibatkan ibu2 yg memang in depression ..

    ReplyDelete
  3. wah..dah mcm cerita bergambar.hehe~ baru tau..maera tak penah lagi preggy so tak terfikir jgk psl sakit2 camnie. tq sis for brief explaination =)

    ReplyDelete
  4. takutnye la kalau kena benda nie.

    ReplyDelete
  5. moga semuanya cpt kmbali kpd asal.. sian dkt ank2 dia kan..

    ReplyDelete
  6. saket ape pun akan sembuh jika ade moral sapot kan. ;)

    ReplyDelete
  7. hmm..lepas bersalin mmg ade rasa mcm depression sikit kot.. tp org sekeliling mmg perlu bg support.
    (anak first dulu sy rasa stress mula2, sbb xde pengalaman n letih sgt..tp syukur my hubby byk bantu n support.xde la sampai meroyan kot..hihi :p)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign