Fresh from the owner...

19 June 2012

Lemon dan air suam.



Menambahkan tahan ketahanan dalam badan.
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 

Keseimbangan PH.
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

Membantu masalah mengurangkan berat badan.
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 

Masalah penghadaman.
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 

Pembersihan air kencing.
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 

Kulit cerah dan bersih.
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 

Mengelakkan dehidrasi.
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.



sumber daripada SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. yeay jom pekena air suam + lemon :D

    ReplyDelete
  2. banyaknya khasiat air teh n lemon...kena amal la mcm ni hihi

    ReplyDelete
  3. macam tau2 jer, tengah tapau air kosong dengan lemon to office, sebab sakit tekak.

    ReplyDelete
  4. tekak pahit best kalo pekene lemon suam...slurppp~

    ReplyDelete
  5. sbb tu kalau kite cirit digalakkan minum sprite.. :D

    ReplyDelete
  6. sedap jugak sekali sekala ubah selera...^^

    ReplyDelete
  7. bagus info ni.. slm kenal n dah follow u 486

    ReplyDelete
  8. seikhlasnya xpenah lagi minum lemon dan air panas...bru tau sesimple gitu je punya khasiat yang berbagai. Tengk pada khasiatnya kita dah xperlukan supplement yg harga beratus-ratus tp ambil air suam dan lemon sudah mencukupi :)

    ReplyDelete
  9. Jus lemon tu yg tak campur gula la kan? Masam nyer... slurpp...

    ReplyDelete
  10. biasa sy guna limau xguna lemon... xpnh beli pun lemon.. hahhahah

    ReplyDelete
  11. byk khasiat lemon ni ye ttp akak mmg alergik dgn lemon...kalau minum mesti kena gastrik...hu.hu.hu...

    ReplyDelete
  12. banyak kebaikkannya yer.. x payah pg spa... boleh amalkan kalau rajin, tp kalau malas susahlah kan huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. lemonn tu masammm sgt......
    tp byk manfaat!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign