Fresh from the owner...

20 June 2012

Khasiat sebiji TOMATO.



Tomato kaya dengan bahan antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan kita oleh itu memakan tomato adalah amat baik untuk kesihatan. Selain itu tomato mengandungi likopena, sejenis sebatian semulajadi yang dapat membantu dalam mencegah penyakit seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.Tomato sering digunakan dalam masakan untuk memberikan warna merah pada masakan dan rasa masam. Mari kita lihat cara-cara biasa hidangan tomato yang sering di lakukan untuk menikmati lantas memperoleh segala khasiat tomato.

Pes/Puri Tomato
Puri tomato banyak di gunakan dalam masakan, Puri tomato memberikan warna merah serta mampu membangkitkan rasa dalam sesuatu masakan itu. Selain itu puri tomato juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas dalam masakan seperti masak merah ayam.

Sos Tomato
Selain Pes tomato, sos tomato juga digunakan dalam masakan namun ia lebih kerap digunakan untuk mencecah makanan seperti keropok, nuget, sosej, dan sebagainya. Rasa sos tomato tidaklah semasam pes tomato dan juga warnanya kelihatan sedikit cair berbanding pes tomato. Namun Khasiat tomato tetap boleh diperoleh dari sos tomato ini.

Jus Tomato
Cara terbaik untuk menikmati khasiat tomato adalah dengan menikmati jus tomato. Jus tomato menjamin kesegaran tomato tersebut. Namun begitu jus tomato ini agak masam dan kurang di gemari, pengemar-pengemar jus tomato kebanyakanya adalah bagi mereka yang berdiet. Untuk menambahkan kesedapan jus tomato kamu bolehlah menambahkan sedikit gula atau pun madu untuk memberikan rasa manis.

Walau apapun cara menikmati tomato namun khasiat tomato itu yang paling penting. Tomato juga sering dikatakan di gunakan untuk kecantikan. Selain itu khasiat tomato juga dapat mengekalkan keremajaan kulit dan mencantikkan lagi kulit. Apa lagi marilah kita amalkan pemakanan makan tomato. 

(sumber)







my foot: makan jugak. tapi sikit je la. untuk kecantikkan tu aku tahu tapi tak tertelan la kalau nak makan sebiji macam tu je. o_O kamu dan kamu makan ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. lieya suke gile tomato...tapi yg dah dibuat sayur laa atau pun yg boh dlm gulai laa...mkn mentah2 tu boleh, tapi lambat sikit nak telan heeheheh tapi kalo tomato cherry mmg peberet giler....letak le 2 kotak pun leh ratah gitu ajek heehehehehe

    ReplyDelete
  2. alooo tak mkn la tomatoooooo...

    ReplyDelete
  3. tapi syg betul la sbb kak fieda tak suka tomato..huhu..

    hadiah sal kak fieda dh pos semalam..nanti dh sampai bgtau ye..maaf la pemberian kecil jer..sbgai tanda kenal ye..

    ReplyDelete
  4. Baru je minum air tomato malam tadi. Bend sendiri campur gula sikit. Sedap :) buah tomato kalau mkn mcm tu je sedap cicah garam. Cubalah ;)

    ReplyDelete
  5. Betul tu tamato baik utk kecantikan kulit....

    ReplyDelete
  6. js suka tak tau kenapa...hehe

    ReplyDelete
  7. sekarang ni saya dah suka amalkan makan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari..

    ReplyDelete
  8. tomato mmg bayak khasiat kan...makan tomato pun kulit muka bley jd licin gak hihi

    ReplyDelete
  9. slalu guna puri tomato wat kuah spageti :D nyammm

    ReplyDelete
  10. hahaha
    nak g beli tomato sebiji la..hehehe

    ReplyDelete
  11. ika suka makan tomato yg mentah2.sedap :)

    ReplyDelete
  12. sy mmg sk sgt tomato ni... sellau sy buat air tomato la, nasi tomato lah.. kdg2 tu ratah je.. lbh2 lg kalu tomato cherri... umpppp sedapnya...!! :-)

    tp kulit tetap xcntik gak.. hihii

    ReplyDelete
  13. Myra suka makan tomato especially yang kecik2 punya tu..

    Tp jus tomato tak penah minum.. ;)

    ReplyDelete
  14. tomato buat sambal jer,..kalau mkan mentah mmg tak lalu..hahh

    ReplyDelete
  15. lya suka makan timato fresh..klo buat air..rsanya xleh g kot

    ReplyDelete
  16. terjumpa info ni, juga pasal tomato… sharing is caring :) - Khasiat Tomato

    ReplyDelete
  17. tomato fresh tu boleh la buat ulam dgn nasi tapi kalau di buat jus alamatnyeee wekkk la kot. hee.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign