Fresh from the owner...

03 June 2012

Kepenatan.


hujan lebatnya semalam. pagi ni dah renyai-renyai je. siap ada thunder-thunder lagi gitu. semalam kejap je online. tak buat apa-apa lagi dah lepas tu sebab penat. Ya Allah... lenguh kaki-kaki. budak-budak ni pun awal-awal lagi dah tidur. asalnya tak ada la nak tidur pun. tapi bila dah melayan Azfar tu mata tak mengantuk pun jadik mengantuk. entah masa bila tertidur pun aku tak tahu. muahaha...

semalam bawak my sis ke pekan sehari. dia nak cari baju anaknya. nak ke Melaka hujung bulan ni. ada Family Day. kat sini ada pasar borong. tempat jual baju. seronok jugak. macam-macam ada. tapi jenis yang tak tahan panas or serabut dengan orang yang bersesak-sesak tu, kena fikir semula la. aku okay je. husben je la kureng sikit. aku belikan budak dua beradik tu tudung. sebab dia orang dah tak ada stok tudung. nak kena tambah. balik-balik tudung itu je yang dipakainya.

tapi nak cari size budak macam susah sikit. mahal pun boleh tahan la. macam beli tudung orang tua. ngeee... jadik beli je dua dulu. nanti abahnya balik tambah la. alhamdulillah... setakat ni budak dua orang tu kalau bawak berjalan memang aku pakaikan tudung. dia orang pun dah biasa macam tu. tak ada la merungut walaupun hari panas terik. kalau dah ajar awal-awal memang okay la. mula-mula dulu ada la cabut-cabut jugak separuh perjalanan. sekarang ni sampai balik pun okay lagi. cuma aku tak nak beli yang ada inner tu. Kak Long gatal kulit kepala kalau pakai lama. Kak Ngah kalau Kak Long cabut tudung, dia pun sama la gatal kepala.


budak kecik ni betul la. dia meragam je sekarang ni. tak nak dengan orang. masa drive nak ke pekan sehari pun dia punya menagis macam kena sampuk. dia tak nak langsung duduk dengan kakak aku tu. sampai sedu-sedu. alahai... aku kesian, aku ambik je dia. sambil drive dia duduk la atas riba. dengan peluhnya lagi. bahaya? memang la. tapi kalau biarkan dia menangis lagi bahaya sebab dah tak concentrate. kalau atas aku sekurang-kurangnya dia berhenti menangis dan aku boleh fokus. time balik tu ayah aku datang ambik sebab terserempak. so, Azfar balik rumah naik motor la.

dah tu, masa nak pergi kenduri sepupu pun macam tu jugak. kali ni tempatnya lagi jauh. konvoi tiga buah kereta sebab aku tak inga jalan. last time orang lain bawak. ingatkan nak tumpang SIL aku je. tapi tak muat la pulak. ada jugak budak-budak besar yang tak boleh pergi nanti. last-last kena drive jugak. kali ni akak aku yang seorang lagi pegang. kalau yang ni dia biasa sikit. ingatkan okay la. tapi tak rupanya. sama je. yang ni lagi la lama menangis sebab perjalanan jauh sikit. dekat dengan Pulau Serai. 

aisey... last-last drive dengan Azfar la jugak. pening kejap kepala. tapi layankan je la. kalau tak nanti siapa nak drive? pesal la Azfar jadik macam  ni. sebelum setahun okay je. masuk setahun ni macam-macam ada. dan meamng penat la bila berjalan-jalan di bawah cahaya terik mentari. sekarang ni kan pukul 8 pun dah macam pukul 10 dah panasnya kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Baju budak mmg mahal kan, ngalahkan org tua...ekeke...dia meragam?cian pulak..sabo jelah yer...:)

    ReplyDelete
  2. Kat shah alm ni pun panas sekarang ni..basuh kain sekejap jer dah kering..

    ReplyDelete
  3. Kalau Shopping bawa bdk2 mmg penat sikit.

    ReplyDelete
  4. sy xleh sgt lah g psr tu.. sbb sy jnis yg xsk bersesak2... jd rimas.. hihii

    ReplyDelete
  5. kawan kita drive siap dgn baby carrier. hihiii, kita mmg taklah. takde anak pun still nebes dah ada anak apatah lagi. rela daku duduk rmh je kak. hiii.

    ReplyDelete
  6. kan....tudung ke..baju budak2 ke..sama mahal dgn baju kita...silap2 lg mahal...

    kalo nk murah leh tawar2...g crk kt pasar tani....situ ok skit...err tp g tak pandai nk menawar sgt....

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign