Fresh from the owner...

15 June 2012

Kak Ngah yang baik hati.


ramai yang kata Kak Long lagi comel berbanding Kak Ngah. tapi itu pada orang lain. kalau maknya ni anak-anak semuanya sama. kalau yang ini comel, comel jugaklah yang lainnya. Kak Long kalau orang tak kenal dia memang kata dia okay-okay je. tapi kakak-kakak aku termasuk la sepupu-sepapat dia orang lebih suka Kak Ngah. Kak Ngah ada lesung pipit kat bibir bawah. ada dua. comel je kalau dia senyum.

Kak Ngah selalu jadik mangsa buli Kak Long. memang sadis. jenis Kak Ngah tak suka melawan. tapi kadang-kadang tu dia melawan jugak. cuma semenjak dua menjak ni dia macam suka je nak buat orang hangin dengan dia. Ya Allah... sabar je la. tapi dia pandai. kalau tanya dia anak siapa, dia akan jawab: "Mula-mula anak Ma. Lepas tu anak ibu." tak pun dia cakap: "Mula-mula anak Ibu Ngah. Lepas tu anak ibu la." pandai kan ambik hati my sis.

Kak Ngah rajin jugak tengokkan adiknya. semalam dia tengok anak kucing dengan Azfar. anak kucing tu bawah meja. tiba-tiba Azfar nak pergi bawah meja tu nak tengok kucing. melilau la Kak Ngah ni cari jalan nak pergi ambik adiknya tu. dia takut kucing. tengok dari jauh boleh la. nak menangis dah sebab adiknya tu dah menapak ke arah kucing. walhal kucing tu jauh lagi. dan adiknya tu tak pergi pun dekat kucing tu. anak-anak kucing tu garang. kalau adik dia bergerak sikit nak pergi bawah meja, sure dia angkat dan bawak lari. (^_^)

Kak Ngah dengar kata berbanding Kak Ngah. kalau dia buat salah, dia menangis. tak macam Kak Long. keras sikit. Kak Long dominan. tapi Kak Long cengeng bab lain pulak. apa pun, banyak anasir tak elok kat luar sebenarnya. anasir yang boleh pengaruhi anak-anak kecik macam ni. anak-anak yang tengah nak besar dan develop everything. semua benda jadi perhatian dan ikutan. kadang-kadang kita boleh pantau. tapi bila lagi banyak gangguan masa proses pemantauan, itu yang jadik susah nak develop budak-budak ni.

hopefully anak-anak ni dilindungi daripada anasir-anasir yang tidak baik. semoga kami semua dilindungiNYA dan dikuatkan semangat untuk mengharungi setiap ujian yang mendatang. amin!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Bagi MJ, setiap orang ada kelebihan tak kisah dia comel ke tidak ;

    ReplyDelete
  2. stiap anak berbeza kan perangainya...hihi

    ReplyDelete
  3. semua anak sal comel!

    gerak hati g mengatakan anak2 sal akan membesar menjadi anak2 yg baik..InsyaAllah... :)

    eh ni bukan bodek tau! hehehee

    ReplyDelete
  4. Kecil lg.. dah besar taulah diorang nilai baik buruk. Tak suka juga org buat perbandingan. Ciptaan Allah semuanya sempurna. Kalau lebih cantik tu kira bonus supaya lebih lg mensyukuri nikmat yg Allah bg bukan berbangga takut lain jdnya ;)

    ReplyDelete
  5. ooo kak ngah ada lesung pipit bwh bibr yer.. cantik!!

    sy sk.. pnh berangan nak ada tp xda... hashhahahha

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign