Fresh from the owner...

14 June 2012

Kak Long yang gangster.

Kak Long memang gangster. garang. semua orang kalau dia geram dia nak bagi sebijik. aku pulak risau la dalam dia dok mendebik orang tu ada la mak-mak yang terasa. kita tak tahu hati orang. nampak macam okay je. tapi dalam hati entah apa la orang cakap. tak kira la adik-beradik ke tidak ke kan.

semalam dia sibuk la dok bercerita dengan aku. itu pun lepas dia melalak-lalak kat dapur sebab aku tak angkat dia sama bawak naik dan tidur kat depan. aisey... penat! lagi pulak dia bukan tidur pun lagi. yang Kak Ngah tu aku angkat bawak naik sebab dah tidur. memang penat sebab semalam aku jadik supir. hantar my sis pergi klinik. lepas tu ambik anak-anak buah balik sekolah. dah tu patah balik semula untuk ambik my sis.

ini pic tahun 2010.


kena pulak semalam panas terik. hari ni pun sama je. memang sabar la bawak kereta dengan aircond yang rosak. ala, baru panas macam ni dah kecoh. atas dunia la kena kecoh. kat sana nak kecoh apanya. tak ada maknanya lagi. amalan je penyelamat masa tu.

dalam pada Kak Long tu dok bercerita dengan aku, ayah aku pun sampuk la dengan kata-kata yang Kak Long ni suka menangis. dia pulak boleh cakap kat ayah aku: "Tok Abah tu marah orang je. Sikit-sikit nak marah orang. Itu je tahu." mulut handal kan? pening kejap maknya dengar. kemudian ayah aku balas. ayah aku tanya dah dia tu suka apa? Kak Long selamba je jawab: "Saya suka buat orang. Pukul orang." hahaha...

basikal ni dah jadik sejarah. ramai yang sama sibuk nak kayuh.


adeh... anak siapa la ni! menjawab je apa yang orang cakap. kalau dia tak puas hati dengan aku, dia akan cakap: "Tak sayang anak-anak." itu pun selalunya kalau aku lambat buat susu dia. kalau tak okay je. dia nak marah pun nanti-nanti dia carik aku jugak. apa-apa hal mak jugak yang dicarinya.

kalau kita tak layan dia bercakap, kejap lagi dengar la suara dia tanya: "Dengar tak Kak Long cakap?" kalau aku still tak layan, dia akan cakap: "Kak Long sayang Ibu. Ibu sayang Kak Long tak?" alahai... leamh jiwa dengar anak cakap macam tu kan?

muka geram! sama je macam Azfar.


kadang-kadang bila Kak Long buat perangai, memang geram sangat. tapi bila dengar dia cakap, kesian jugak. abah dah la tak ada sama. macam masa dia accident hari Isnin. sepupunya langgar. dia jatuh. luka sikit kat belakang. Kak Long kalau dia tak tahu dia luka, okay lagi. tapi kalau dia dah tahu memang dia macam kena histeria. entah apa-apa entah.

dia nak abah. called la abahnya. mujur jugak abah kerja malam. dok la si abah pujuk anak on the phone. sampai berhenti menangis. lepas tu dia mintak lagi nak cakap dengan abah tapi aku cakap tak boleh la sebab abah on the way nak pergi kerja. kesian kan? tapi tak apa. abah tengah usahakan untuk bawak balik kesemuanya. kita kat sini sabar ye dulu sayang!!!





my foot: saja letak pics lama Kak Long. comel je nampak kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. mmg comei esp wat muker geram tuh :)

    ReplyDelete
  2. Amboi Kak Long... garangnya dia. Tpai bagus juga tu, tak adalah nanti orang nak buli dia. :)

    ReplyDelete
  3. gambar anak2 masa kecik mmg buat kita rindu kan..rasa nk suh dorang jadi baby balik..hihi..

    ReplyDelete
  4. peel kakak mmg garang tp baikhati..hihi

    ReplyDelete
  5. hihihi karenah anak-anak...macam-macamkan..

    ReplyDelete
  6. alaa budak2 mmg sukakan perhatian...
    lg pulak jauh dgn abahnya...:)
    jgn ibunya tumpang menangis sama udah le...

    ReplyDelete
  7. petah bercakap eh kak long ni. mesti kak sal tak larat layan dia bercakap. hhe.

    salam perkenalan kak sal :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign