Fresh from the owner...

25 June 2012

Jerawat oh jerawat!!!

Rasanya memang ramai yang tak suka dengan masalah kulit yang satu ni, tak lain tak bukan iaitu masalah jerawat terutama buat kaum wanita, sehinggakan ada yang sanggup tak nak keluar rumah sebab malu wajah banyak berjerawat. 

Sebenarnya banyak sebab yang menyebabkan wajah berjerawat ni seperti faktor kebersihan, stress dan hormon, faktor persekitaran,cuaca dan sebagainya. Selain itu, makanan yang tidak sihat juga pembawa masalah jerawat.



Makanan yang digoreng

Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud. 

Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:

1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng


Makanan tinggi gula

Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? Gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. Gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. 

Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:

1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin


Makanan tinggi karbohidrat

Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. 

Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:

1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih


Ha, ini adalah serba sedikit makanan-makanan yang menyebabkan wajah cepat berjerawat, jadi sebelum jerawat singgah di muka lebih baik berwaspada sebelum terlambat..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Nasib baik Muka CR tak ada jerawat...

    ReplyDelete
  2. wani selalu time cik P dtg jer naik jerawat ni hikhikhik

    ReplyDelete
  3. makan sup ja lah hana.huhu

    ReplyDelete
  4. iyelah..katakan tidak pd jerawat..hehe


    **ye lah sal..yg fb ada like 2 tu..js tak jadi buat..huhu

    ReplyDelete
  5. mujur la hormon time mengandung leh kawal lagik... jangan la de jerawat tetibe kan... setengah org tu..time mengandung, muke tetibe penuh jerawat.. huhuhu... kene la berjaga2..pasal makanan pun yea jugak kan...

    ReplyDelete
  6. dulu sblm kawen, muka sy berjerawat xhengat dunia.. dah kawen baru ok. ;-)

    ReplyDelete
  7. hohoho sib baik akk x jarangg sgt2 jerawat menyinggah ;)

    ReplyDelete
  8. sejak preggy nih satu jerawat pun tak penah singgah.. hehe :D

    ReplyDelete
  9. akka pernah dgr naik jerawat sbb alergik? hee.

    ReplyDelete
  10. byk jerawat gak masa mude...huhuhu

    ReplyDelete
  11. mak aii..kalau masa sebelum kawen subur sungguh jerawatt..sekarang dh ok..hihiih

    ReplyDelete
  12. jarang kat muka naik jerawat batu..selalu jerawat pasir yang halus-halus jer..tp sejak pakai safi rania gold..jerawat pun dah kurang

    ReplyDelete
  13. kalau eca,nak2 tension..byk keja..situ la juga jerawat timbul...mana lagi klu dah makan kacang..haish..toksah ckp wei...tension dibuatnya oleh jerawat ne.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign