Fresh from the owner...

08 June 2012

Jari yang sakit dan kesabaran yang tinggi.



alhamdulillah... BIL dah selamat smpai ke rumah petang semalam. doc yang bagi keluar. bukan dia yang mintak keluar. memang selalunya dia la yang mintak keluar tapi doc tak bagi. satu sebab jauhnya hospital tu. kalau kena duduk wad time anak-anak sekolah lagi haru-biru. nasib baik jugak la dapat keluar sebelum bukak sekolah ni. tapi kakinya tu harus la dicuci hari-hari. kalau sebelum ni selang sehari. kali ni tak lagi. dan kalau tahun lepas dia ada jugak buat terapi maggot, tapi tahun ni tak sebab doc yang handle maggot theraphy tu sambung belajar. bulan 7 baru habis. memang berkesan jugak la maggot theraphy ni sebab ulat-ulat tu makan isi-isi yang tak elok kan? cukup 3 hari je gemuk-gemuk dah ulat-ulat tu.

adeh... nak cerita pasal apa sebenarnya ni? hahaha... semalam jugak masa aku ambik penyapu dekat luar rumah, tercabutlah batang denan bahagian yang disapu tu. aisey!!! budak-budak ni tak da kerja lain la ni. bila penyapu dan batangnya tu dah tercabut, dia orang biarkan. mesti Kak Ngah pun terlibat dengan komplot menjahanamkan penyapu ni. o_O aku masukkan semula bahagian untuk sapu dengan batangnya tu. hentak-hentak kat lantai dengan kuatnya supaya tak tercabut lagi. tiga kali hentak kat lantai, kayu tu masuk semula dah aku rasa. tapi nak jugak hentak sekali lagi. last-last terhentak jari kaki sendiri. muahaha...

rasanya? sedap tu. macam makan mempelam cicah asam boi. bengong. mana ada sedapnya. reda je la dah terhentak ke jari kaki sendiri. salah siapa. dah tak ada kerja memang macam tu la kan? adoiii la... tahan je la sakitnya. anak buah aku pandang pun pelik. pesal la aku pergi hentak kaki sendiri. sampai la ni rasa sakitnya tu. hentak tak hingat. dapat sakit sendiri.

sabar? itu cerita pasal aku dengan cpu zaman dinasour ni. alhamdulillah... walaupun zaman dinasour tapi masih lagi sedia berbakti pada aku ni. loading memang la slow. tapi cpu ni meamng dah berat la. dah patut kena tukar apa-apa yang ada kat dalam ni. cukup sejam je guna, habis semua benda jadik slow macam siput. nak loading page dah ambik masa. nak komen blog pun kena tunggu. memang aku sabar kan? sila jangan gelak walaupun ada asanya rasa macam nak karate je cpu ni. ada blog yang boleh baca tapi tak boleh komen sebab kelembapan melampau ni. i miss my lappy la. huhuhu...






my foot: hari ni mahu buat urusan di bank. sebab sis aku cuti dan sis besar ada kat rumah, boleh la tinggalkan the kids kejap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Ya Allah... ngerinya kakcik tengok gambar kat atas tu!

    ReplyDelete
  2. Ye..ye.. awk penyabar. Hahaha... Kalo tunggu internet loading mmg rasa nak meletup kan? Hahah.

    ReplyDelete
  3. ngeri ada ulat kat keliling kaki tu..

    ReplyDelete
  4. adoiii... gmbo tu ngeri la plak..

    a'aaa kalu terketuk kaki sndiri mmg sakit kak... silap hb lebam...

    ReplyDelete
  5. Memang tak sanggup nak tengok gambar kat atas tue..banyak ulat...

    ReplyDelete
  6. aiyakkk...gambor tu menakutkan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign