Fresh from the owner...

06 June 2012

Jangan sampai tertinggal anak.

sabtu lepas kan aku jadi driver my sis untuk pergi shopping-shopping. sebenarnya nak carikkan baju anak dara dia. anak sulung dah ada dua tiga pasang baju. tapi anak dara kedua tak ada baju lagi sebabnya susah nak dapatkan size dia. kurus melidi dan kecik. macam mana nak ada size. jadik dia mintak la aku bawakan dia ke pekan sehari tu. aku okay je la kot. bawak anak-anak sesekali kan. dia orang pun behave je sepanjang pergi dan balik.

cumanya aku geram jugak la dengan anak buah aku yang besar dua orang tu. dua kali dia orang ter'hilang'kan Kak Long dengan Kak Ngah. adoiii la... kali pertama tu Kak Long. aku memang alert dengan anak-anak ni. sebelum bergerak ke tempat lain aku make sure anak-anak ada. Kak Long pulak terkebelakang sikit je. sebab aku dah panggil dia supaya jalan depan aku. tapi dia dok sibuk tengok apa entah. dan aku dah pesan dengan anak buah yang sorang tu tengok jugak adiknya. dia pun sama leka jugak.

Kak Ngah pulak berjalan ke depan sikit. sama jugak la. anak buah aku dok sibuk layan handset sampai terlupa adiknya tu walhal adik tu memang dah dengan dia sejak mula. tension kejap mak ni. last-last aku kata kat anak-anak jalan pegang baju aku or jalan depan aku. senang aku nak tengok. aku okay je jalan dengan anak-anak. jangan sampai ada yang offer diri nak tengokkan dia orang tapi end up tak tengok pun. tu yang buat ada rasa geram yang amat tu.


masa nak cari baju anak-anak tu la kami semua saksikan ada sorang budak lelaki umur dalam 8 tahun kot menangis. hilang jejak maknya. memang nangis sungguh-sungguh. Ya Allah... kesian aku tengok budak tu. jenis yang mana-mana ikut mak ayah je. melilau dia carik mak ayah dia. sampai orang yang jual kain tu dok buat announcement siapa ada hilang anak. ada budak menangis ni. still tak ada mak or ayah yang datang ambik. tragis aku rasa kalau hilang anak ni. mahu menangis 1001 malam.

selang lima minit ada la mak budak tu datang tarik tangan anak dia. siap marahkan anak tu sebab merayau-rayau katanya. pada aku, tak boleh nak salahkan jugak kat budak besar tu. memang dia suka merayau la sebab dia bosan. maknya pulak, nak beli kain ke baju ke make sure la jugak anak-anak ada sama. tak ada la malu ke hilang anak ke dalam perjalanan. kesian kat budak tu. dah la cuak kena tinggal, maknya pulak marah-marah. adeh...!!!

kat shopping complex pun macam tu jugak. mak bapak leka je, anak-anak pun hialng entah ke mana. last-last dengar announcement je ada anak hilang. kalau hilang jumpa tak apa. kalau hilang tak jumpa-jumpa macam mana? nak salahkan siapa? kena ada rasa tanggungjawab la kan. walaupun baju tu cantik ke apa ke, dulukan anak-anak. anak sorang pun boleh hilang, kalau anak ramai? hmmm... menjawab la kamu!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Tu yg risau tu..
    Kalo bwk anak p tmpt ramai org kita kena perhati lebih.. ;D

    ReplyDelete
  2. xyah bawa anak pi shoping.hehe

    ReplyDelete
  3. ishhh...bahaya tuuu tp tula... susah nak ckp mende ni....kn hati2 la kan... klu nmpk bdk2 nangis kat shoping cplx...kn perhatikan atau bawak budak tu ke salegirls kat ctu utk dorg announcekan...

    ReplyDelete
  4. Sebab tulah kami sanggup dukung pergi mana-mana. Kalau jenis yang berkepit je senang sikit. Kalau berlari ke sana ke mari tu yg susah nak jaga. Memang tunggu dalam kereta salah sorang ;)

    ReplyDelete
  5. nauzubillahmizalik

    ReplyDelete
  6. risau betul..aritu kak fieda gi TC tu ada gak budak dlm umur 4 tahun menangis tak jumpa mak bapak..org ramai sgt tak blh leka...

    ReplyDelete
  7. tu la, kalu kuar mesti kne sntiasa perhati ank kan..

    ReplyDelete
  8. cukup tak berkenan tgk ada sorg lelaki melayu tu...pakaikan beg kat anak dia..pastu sangkutkan tali...duk heret mcm anjing..huhhu taulah anak tu tgh lasak..tp rsnya mcm kurang sesuai je buat camtu...huhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign