Fresh from the owner...

20 June 2012

Harapnya masih ada sinar.

semalam bawak budak-budak ni berjalan-jalan kat taman. sebelah rumah je. saja nak bagi budak baru dapat kaki tu berjalan. tapi jalannya kejap je. selebihnya duduk dalam stroller. malas nak bagi dia berjalan sangat. sebabnya dalam perjalanan tu dia akan berhenti dan nak mengutip segala macam benda. belum lagi kalau dia rasa nak duduk tepi jalan tu dia duduk je la. adeh...!!!

duduk dalam stroller la senang. tolak je ke mana-mana nak pergi. dia pun tak ada la meragam sangat pun. okay je duduk dalam stroller tu. siap ada bunyi-bunyi lagi. seronok sangat la kot orang bawak berjalan-jalan ni. nak tunggu maknya ni bawak tak boleh la selalu. kadang-kadang terlebih rajin bawak dia naik motor je pusing-pusing kejap. tak pun abang sepupu dia bawak dia berjalan. ada masa Tok Abahnya bawak.

masa jalan-jalan kat taman tu singgah la kejap kat rumah BIL abang aku. wife dia kan katanya kena angin meroyan. hari tu kakak aku yang pergi tangok. hari ni aku pulak. dia ada anak kecik. si kakak-kakak la yang dok melayan ke adiknya tu. suaminya pun muka dah tak berapa nak ceria dah. penat bercampur-campur la tu. keadaan rumah memang out la. tak ada la out 100%. tapi kucar-kacir jugak la. dia ada anak form 6 tapi budak tu nak periksa STP tahun ni. mungkin ada stress jugak sikit-sikit kot. tanggungjawab sedikit sebanyak dah jatuh ke bahu dia. nak belajar lagi.


aku perhatikan kakak tu. kalau kita tak bercakap dengan dia, kejap lagi dia berkhayal la. suara cakap pun perlahan je. tak macam biasa. dari jauh dah siap tegur-tegur. ni tak. dia macam hidup dalam dunia dia sendiri. environment dia cuma dalam rumah. kalau ikut husband keluar je, dia akan duduk dalam kereta sorang-sorang. macam takut dengan orang pun ye jugak. sebabnya, aku ada ajak dia keluar tapi dia macam takut-takut gitu. kalau boleh nak cepat-cepat masuk dalam rumah.

masuk malam je mula la dia rasa runsing. dah banyak tempat dia berubat katanya. ini dah okay sikit berbanding awal-awal dulu tak boleh bergerak. baring je. asal malam je mula la memikir. tapi entah fikir apa pun tak tahu. end up tak boleh tidur. kalau dapat tidur pun dalam sejam je. selebih-lebihnya dia terkebil-kebil je la menanti pagi. itu kata dia. kerja rumah langsung tak dibuatnya. dia kata tahu ada kerja tapi tak terbuat. dah macam orang dungu pun ada jugak. anak kecik dia pun dia dok pandang je. husben la yang uruskan semua.

dia ada cakap, kadang-kadang fikir mati tu lebih baik. tapi kalau dia terus-terusan ikut sangat rasa jiwa dia tu, tak nak keluar bagai... susah la nak baik. terkurung dalam rumah lagi buat rasa runsing tu datang. dia jadik macam tu lepas gugur. aku ada cerita kat entri mana entah. malas nak carik. hahaha... mungkin ada kekhilafan kita padaNYA yang kita tak sedar. DIA datangkan ujian untuk kita cari apa sebab kita jadi macam tu. dan jugak ini sebahagian ujian untuk dia sekeluarga untuk jadik lebih rapat daripada sebelumnya. stiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi. semoga ada sinar harapn untuk dia terus sembuh.






my foot: sedih jugak tengok keadaan dia. tapi aku pun jadik pelik la bila perut buncit pun buat dia risau. katanya takut ada benda dalam perut dia tu. adoiii...!!! bahaya angin meroyan kan? hal kecik macam tu pun jadi ketakutan pada dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. bahaya jugak meroyan ni yer... moga dia kmbali smebuh seperti sediakala..

    ReplyDelete
  2. angin meroyan mmg bahayakan...tp pernah terbaca kt mana...boleh sembuh penyakit ni...cuma kena sabar....

    ReplyDelete
  3. Semoga dia kembali sembuh seperti sedia kala..

    Tapi apa punca angin meroyan ni ye kak?

    ReplyDelete
  4. aduhh akk x pernah layie tgk org angin meroyan depan2 dik
    tapi tahu bahaya bila banyak mak cerita .. harap kita x alaminya ..

    ReplyDelete
  5. angin meroyan? ape tu sis? tak penah dgr.huhuhu~ tp tgk dari cara dia, mcm sakit jiwa-tekanan perasaan kot.. tak try bwk gi jumpe kaunselor ke..

    ReplyDelete
  6. OOO MCM TU rupenye kalo kene meroyan kan...takut gak.....sian kat anak2 laaa...harap2 cepat laa sembuh...bawaklaa berubat kat mane2 yeak...bahaye tu kalo dibiarkan kan ......sedey sebenarnye lieya bace nie...takut kat anak2 jek ......

    ReplyDelete
  7. angin meroyan mmg bahaya..ubat hospital x lut nie..kena ubat kg..cari bidan..org kata, kalau gn bidan dalam daerah tempat kita tinggal..tak mujarab,...kena cari yang jauh...
    mg ada sinar untuknya..mmg kasihan..mjr suaminya sabar...

    ReplyDelete
  8. kesian pulak dgr..sy penah dgr gk psl meroyan2 nih tp xtau la pulak macam mana rupa meroyan tu..akak tu kuat semangat la skit kan sbb dia aje yg boleh tolong dri dia..

    ReplyDelete
  9. x dpt dgambarkan kesedihan ni.. moga kakak ni sembuh..insyallah.. y pting dia kuat smngt.. mybe dia tnsion smasa bpntang... sbb sepupu lya dulu ada meroyan..teruk..smpai k tahap rendam ank..tp mujur smuanya slamat. alhamdulillah..berubat..lama gak..dh pulih pon..ank2 pon dh besar n bejaya blake

    ReplyDelete
  10. tak pernah plak jumpa...slalu org tua pesan time berpantang jgn byk fikir kena tenang je...supaya tak meroyan...
    moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  11. tu la sian kat dia..anak2 pun kesian jgk terbiar la bila mak dh jadi gini..hrap kaka ni akan sembuh nanti..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign