Fresh from the owner...

21 June 2012

Favorite spot saya.

Azfar ada satu favorite spot kat ruang tamu dapur. kalau nak dia duduk diam, letak la dia kat favorite spot dia tu. sure diam la untuk setengah jam. lepas tu nanti dia panggil la aku. okay... sekarang Azfar dah tak panggil 'mak' lagi ye. dah tukar 'bu' saja. kalau dia tak jumpa aku kat dalam rumah, dia akan ke bilik air. depan pintu bilik air tu dengar la dia panggil 'bu'. alahai... sedih pulak dengar suara dia tu. hehehe...

ruang kesukaan Azfar ni kat sofa depan tv. sofa ni dah tak serupa sofa lagi dah. tinggal kayu-kayu je buat alas. lasak sangat bebudak kat rumah ni. baru-baru ni ayah aku carikan kayu buat alas sebab bahagian tengah semuanya dah tenggelam ke dalam. kat atas kayu tu letak kusyen-kusyen lama yang ayah aku sayang nak buang. okay la. tak ada la duduk rasa kayu kan. (^_^)

kalau Azfar nak duduk, kena alihkan kusyen-kusyen kat bahagian tengah tu ke bawah. dia nak duduk kat tengah-tengah tu tanpa sebarang alas. nak duduk atas kayu tu je. macam-macam la kan budak kecik ni.

siap bersandar kat Kak Ngah tu.

Kak Ngah pulak kat mana ada adik, kat situlah ada dia.

ini tengah main dengan Kak Long ni sebelum Kak Long pergi sekolah.


jangan usik la kalau dia dah duduk kat atas ni. nanti dia mengamuk. adeh...!!! jadik kalau time dia main-main kat atas ni aku boleh la buat benda lain. tak ada la 24/7 dia dok cari aku je kan. dan kalau dia duduk atas ni, Kak Ngah mesti ada sebelah. tukang tengok dan tukang jaga. takut adiknya jatuh. kadang-kadang dia siap baring. tak bagi adik turun ke bawah. takut jatuh tergolek.

abah miss all these moments la. tak macam Kak Long dengan Kak Ngah. untuk Azfar kena rekod lebih sikit sebab abah kan balik sebulan sekali. itu pun bila adik dah pandai macam-macam. hehehe... dan sekarang ni pulak dia pantang betul nampak orang naik motor. mesti nak ikut punya la. pening la maknya ni. huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. kalau kacau mengamuk sakan la kan....senang sikit nk buat kerja kan kalau azfar suka duk kat situ....qalief pun suka menyandar juga kat org kalau org duk dekat dia hahha

    ReplyDelete
  2. Alolololo!!
    Comelnya..
    Geram tgk dia duk angkat2 kaki tu.. ;D

    ReplyDelete
  3. Salam... Sal, pandai bwk moto tak? leh la bwk azfar ronda2 petang hehehe... bagus ade kakak2 yg leh jaga adik, senang mak dia nk wat keje lain.. kan...

    ReplyDelete
  4. wahh rilekss nampak azfar...heheee

    ReplyDelete
  5. alahaiii bagusnya kakngah... tukang jaga adik yer...

    kakak yg baik ni :-)

    ReplyDelete
  6. sal hadiah dah sampai...?

    ReplyDelete
  7. Port kegemaran die ye..yg bagusnya kak ngah sentiasa di sisi.pandai die jaga adik.. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign