Fresh from the owner...

07 June 2012

Cahaya mata, permata hati ibu dan bapa.



terbaca status seorang kawan di FB. dia baru je dapat baby. kawinnya dah lama. sebelum aku lagi. masa aku tengah belajar lagi. tapi masa tu rezeki dia tak ada lagi. memang berhoneymoon sakan la dia dengan wifenya tu. berjimba ke sini sana. pernah buat umrah jugak kot kalau tak silap. alah, dia berdua. apa salahnya spend masa nak buat apa pun berdua kan?

takdir masih tak menyebelahi dia. even aku dah kawin dan dapat 3 orang pun dia still berdua je dengan wifenya. ada beberapa kali jugak wife dia keguguran. di kala usia dah nak masuk 40 tahun ni la baru dia dapat seorang baby girl. alhamdulillah... tahniah buat dia dan isterinya.

ada jugak kawan-kawan aku yang kawin lagi lama daripada aku still tak ada baby. masih mengharap. masih mencuba. ada jugak yang ada seorang dan try nak tambah tapi still tak dapat jugak. macam-macam yang ada disekeliling kita kan? ada yang senang dapat anak tapi untuk nombor dua tu susah sangat. ada yang susah nak dapat anak tapi senang je untuk anak kedua bila dah dapat anak pertama.

ada jugak yang memang senang nak dapat anak. subur je. memang tak ada masalah sampai terpaksa hold dulu sebab takut tak terbela pulak anak-anak yang lain. dan ada yang dapat anak, dibuang-buang tak kira tempat. Ya Allah... anak-anak tu rezeki. diberi pinjam seketika pun hargailah. kita ini pun dipinjamkan seketika pada anak-anak. siapa tahu siapa yang akan pergi dulu? kita kata anak-anak tu kecik lagi, kesian kalau mak ayahnya tak ada. kita pasti ke anak-anak tu hidup lama daripada kita? hmmm...





my foot: selalu fikirkan ini semua bila anak-anak sakit or tengok dia orang tidur. aku ke yang pergi dulu? kalau dia roang pergi dulu macam manalah keadaan aku nanti. Ya Allah... kuatkankanlah hati ini dan tabahlah sentiasa hendaknya. tiba-tiba mood jadi gitu pepagi ni.


p/s: anak-anak tak sakit. alhamdulillah... sihat semuanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. pokok pangkal semua terpulang pada yang maha esa kan..

    ReplyDelete
  2. BUI DULU LEPAS 5 THN KAWEN BARU DPT ANAK..X SANGGUP NAK FIKIRKAN PASAL 'PERGI' TU..ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA..

    ReplyDelete
  3. anak-anak tu memang rezeki...

    salam perkenalan dr wani
    pertama kali singgah di blog akak
    follower ke 481 :)

    ReplyDelete
  4. a'aa btoi t.. ada yg sng dpt ank, ada yg susah.. tp kita yg ada ank ni, sm2la jg amanah tu dgn sebaiknya.. :-)

    ReplyDelete
  5. Macam tulah kehidupan... Semua ada kisah sendiri. Kita lalu je lah apa yg dah ditetapkan. Bersyukur di atas nikmat dan dugaan dariNya.

    Saya masih ternanti-nanti sebab anak kawan saya yg berusia setahun lebih tu meninggal dunia. Terkejut tgk org ucap takziah dlm FB dia. Kesian kan. Saya dpt bayangkan perasaan dia dan isteri. Walaupun redha tapi kenangan bersama dan melahirkan tu takkan dpt dilupakan sampai bila2. Semoga mrk tabah dgn ujian ini.

    ReplyDelete
  6. Ibu Yusuf kdg2 memalam mengalir air mata bila teringat masa dpn anak2. Mudah2han kita dipanjangkan umur dan diberi peluang mendidik dan membesarkan anak2.. amin

    ReplyDelete
  7. takleh komen byk. sbb sedih. sgt sedih.

    ReplyDelete
  8. Rezeki semua datang dari Allah..Cuma lambat atau cepat jer...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.Kak. Moga anak2 menjadi 'qurrota 'ayun' , penyejuk hati & mata memandang..ameen2..

    http://www.facebook.com/BrilliantKidsStuff
    - Islamic books for kids , islamic softbooks

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign