Fresh from the owner...

01 June 2012

Bila si tikus bermistik lagi. Muahaha...

anak-anak buah aku kata rumah ayah aku ni banyak hantu. muahaha... hantu tu dia orang la sebenarnya. eh, tak! tak! walaupun dia orang ni originally manusia tapi perangai macam hantu. aktiviti cuti sekolah dia orang ni bergaduh je memanjang. budak-budak lelaki la. yang perempuannya dok bergosip je. adeh... pening kepala aku tengok. kalau tak pun dok main game 24/7. macam tak ada aktiviti lain kan? aku dulu time cuti sekolah ni ada je benda nak buat. okay... melalut la pulak.


semalam budak-budak ni kononnya nak tengok Amukan Pocong kat TV3 tu. siri seram setiap khamis malam jumaat tu la. katanya cerita tu seram sangat. tapi aku tak pernah pulak tengok. siap merancang nak tengok sambil tutup lampu. bila aku tanya budak-budak lelaki (dia orang je yang ada. budak perempuan tidur rumah my sis), semuanya tak nak tengok. takut. ceh, hampeh la! especially abangnya yang dah umur 14 tahun tu. penakut tahap apa entah.

aku rasa budak perempuan je yang tengok kot. entah macam mana ceritanya pun aku tak tahu. tapi yang pastinya, lepas my BIL 'halau' anak-anak dia masuk bilik untuk tidur, anak lelaki bujang dia tu sempat la tiup recorder. ala, alat muzik zaman-zaman sekolah dulu tu. aku tak sempat nak tegur dia dah lari ke dapur sebelum masuk tidur semula.

bila suasana senyap dan semua dah tidur, aku dengar BIL aku dok panggil nama anak-anak dia. apahal pulak kan? jadik dengan tujuan untuk ke tandas, aku keluar daripada bilik dan lepak kejap kat sofa tempat BIL aku tengok tv sebab tak boleh tidur. dia meamng tiap-tiap malam tak boleh tidur sebab sakit. jadik kakak aku tidur kat sofa la temankan husbennya tu tengok tv. aku tanya dia pesal dok panggil nama anak-anak dia. semua dah tidur daripada tadi lagi dah.

BIL aku kata dia dengar bunyi ada orang main recorder tu. tu yang dia panggil ingatkan anak bujang dia tak tidur lagi. dan dia panggil anak dara dia sebab dengar sosek-sosek dalam bilik macam orang tengah bergosip dan bercerita. aku kata mana ada. daripada tadi memang dah senyap sunyi. bilik aku dekat dengan bilik budak berdua tu. kalau ada sebarang bunyi memang aku dengar dulu. tapi dah memang tak ada, takkan nak ada-adakan bunyi pulak kan? hahaha...


dia nak menyakat BIL aku kot. sebelum ni pun ada jugak BIL aku kena dua tiga empat lima kali. o_O pintu bilik kena ketuk tiga kali. dengar bunyi orang berjalan kat dapur. even husben pun pernah cakap dia dengar macam ada suara orang bercakap-cakap kat luar. okay... husben lain sikit sebab dia 'tok bomoh' ye. rumah ayah aku ni asalnya dikelilingi hutan sebelum ada kawsan perumahan. even rumah ni dengan jiran paling dekat pun jauh. sebab kawasan dia besar kan. buat pulak rumah berdekatan dengan hutan sebab kawasan di sebelah sana rendah. kalau banjir air naik.

memang suka menyakat la benda-benda ni. adeh...!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. sakat camtu takpe lg sal....jgn tunjuk muka sudaaaa....


    eh amukan pocong tu tak seram langsung...jadi bahan lawak kami laki bini adelah...ade ke pocong guling2 kat tanah...bukan melompat, dah tu pocong bungkus dgn plastik...hubby kata pocong ni pesakit aids kot sebelum mati...ahahaa

    ReplyDelete
  2. adehhh ko x seram ke dik ??
    kalau akk sorry lah nak tgk citer2 macam nie dlm gelap .. baik tidoo ekekek ;)

    ReplyDelete
  3. Takut juga bila baca cite anisalya nie...

    ReplyDelete
  4. erk! naik bulu roma...issyyyy

    ReplyDelete
  5. hahahaha.... adoi, naik seram lah plak kak... ni yang tak suka kalau kena sakat dengan benda2 ni... Kadang2 kalau terlalu layan filem2 seram, otomatik perasan kita pun selalunya macam ada je suara2 yang kurang menyenangkan kan... Harap2 benda tu tak kacau yang melampau2 lah kan.. hihihi

    ReplyDelete
  6. isssh..seramlah pulak ni

    ReplyDelete
  7. alahai ...tiba2 meremang bulu roma...

    ReplyDelete
  8. Mistiknya. Siapa yg main recorder tu? Pastu Sal citer tak kat budak2 tu pasal benda2 seram ni? Mesti derang takut nak gi toilet kalo tau kan?

    ReplyDelete
  9. huhu. ngeri la pulakkkk. tu pun berani lagi tgk tv cite amukan pocong tuuuu.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign