Fresh from the owner...

12 June 2012

Besarnya...

apa yang besarnya? ada la... ramai jugak yang komen kata jangan bagi Azfar makan guli. ngeri tengok. emang dia tak sempat nak makan pun. masuk mulut tu eksyen je lebih. sempat ambik. kalau mintak dengan dia baik-baik dia akan bagi. tak ada la nak biarkan dia makan guli tu. aku pun ngeri. cuma nak perhatikan gelagat dia je nak buat apa dengan guli tu. dah tak ada depan mata dia pun tak cari lagi dah.

berbalik tentang besarnya tu. hahaha... ini cerita tentang Kak Long dan Kak Ngah mingu lepas. masa tu aku dok layan Keranda Kuntilanak kat ABO. entah apa-apa entah cerita tu. mesti pasal orang yang kena kacau tu ada hubung kait dengan si mati. ada affair la, dia bunuh si mati la. leceh. tapi tengok jugak. budak-budak yang lain ni penakut. siang-siang pun takut jugak nak tengok cerita hantu. walhal tak ada la seseram mana pun.

sambil layan cerita hantu, aku layan budak bertiga ni. aktiviti dia orang ni macam-macam. jom kita tengok apa yang besarnya tu ye.

ini ambik ayah punya

besar kan muka saya?

wah, ada kutu kat kaki dia!

eee... besarnya hantu!!!


suka betul dia orang dengan benda alah ni. habis semua benda nak diteleknya. semua benda nampak jelas. siap boleh kira berapa helai bulu roma masing-masing. hahaha... auta la tu kan. siapa boleh kira bulu roma? eleh... ulat bulu boleh la kira kan! tapi dia orang memang explore habis la dengan benda alah tu. layankan saja  la.





my foot: aku memang suka pakaikan dia orang baju yang sama. sebab tu kalau bawak berjalan orang ingatkan kembar. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. hahha ingat apa yg besar...hihihi

    ReplyDelete
  2. hihihi...mmg besar..

    ReplyDelete
  3. memang besar kantanya...hihihi

    ReplyDelete
  4. heheeh budak2...excitedlah dia nk explore...

    ehh mesti senang nk korek hidung kan...leh nampak jelass....hahaha

    ReplyDelete
  5. owh tengah main kanta pembesar rupanya

    ReplyDelete
  6. js pun sama time ank2 kecik suka kasi baju sama tp kini depa dh taknak...hehe..

    biasa mesti org ckp ank js kembar.. js suka..hihi

    ReplyDelete
  7. saya pun sk main benda alah ni.. rs seronok tgk besar2.. hehhe

    ReplyDelete
  8. Ingatkan apa yg besar ;) dulu kecik2 ada juga main kanta pembesar ni. Excited sgt ;)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign