Fresh from the owner...

29 June 2012

Berkepit? Tak ada maknanya.

nak jugak update blog kan? hahaha... saja-saja je. husben aku demam. asalnya balik sini pun dah demam. tapi lagi dekat dengan keluarga keciknya ni lagi kuat la demamnya tu. mengada kan? macam-macam jugak mahunya.  Kak Long jadik jururawat abah. ambik kain basah dan letak atas kepala abah. kalau abah buat sendiri, dia kata abah salah letak. bukan ke depan sangat. mengalahkan orang tua je gayanya. kalau abahnya batuk, berebut la nak letak vicks kat dada abah. adeh!!!

cumanya semalam aku letak kapur dengan asam limau kat dada husben. kalau batuk-batuk yang agak teruk, itu la petuanya. untuk anak-anak dulu pun aku buat jugak. tapi Kak Long tak boleh lama-lama, gatal katanya. memang la gatal sikit. itu jugak la ubat sapu kat perut kalau dalam pantang or nak kuruskan mana-mana kawasan yang buncit tu ye. hehehe...


husben kata dia ambik annual leave dua hari. kesian kat anak-anak especially Kak Long la sebab hari tu Kak Long ada tanya bila abah nak balik. nanti abah ambik Kak Long kat sekolah la. macam tu la lebih kurang katanya. abahnya dengar macam tu tak sampai hati la sebab anak-anak ni macam mengharap je. itu yang balik je kerja terus balik sini. dan dia cakap jugak, lama sikit cuti boleh la dapat sikit sorang. tak da la berebut-rebut. tak ada maknanya. Kak Ngah pantang abah hilang mesti cari. macam biasa la.

tidur pun dengan abah. Azfar pun kalau dah abah yang pegang belum tentu dia nak denganaku. cuma masa mula-mula abah sampai tu dia bangun. tengok abah macam orang pelik. senyum tak nak apa pun tak nak. dekat 15 minit jugak la  baru dia nak pergi dekat abahnya. dok main dengan abah la bebudak ni seawal pagi. aku layan mata. sedar-sedar je Azfar panggil ibu sebab nak susu dan tidur. kalau dah dengan abah tak ada la dia orang hairan sangat dengan aku kan. hehhehheh... (*_*)





my foot: masa abah dengan anak-anak je. ibu ada la dapat sikit-sikit je sebelum ada yang dengki-dengki nak join sekali. adehhh...!!! redha je la. nak balas jejak la kejap. sekadar yang termampu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Anak2 abah sungguh ya? :)

    ReplyDelete
  2. bagilah peluang anak2 jaga abahnya

    ReplyDelete
  3. anak2 rindu abah. huhuhu

    ReplyDelete
  4. hehe. comel je anak² abahnye. :)

    ReplyDelete
  5. semoga asben akak cepat sembuh, amin... hehe gtu la anak2... mak dapat sipi2 je kan bila si ayah lama tak balik :D

    ReplyDelete
  6. dia tgh loading kat kak hehe

    ReplyDelete
  7. Sama la...dengan Anak CR..suka main gan abah...tido pun gan abah..

    ReplyDelete
  8. bagus kak long jd jururawat abah hihihi

    ReplyDelete
  9. SIAN PLAK DGR KAKLONG CKP GITU...

    MG cptlah rezeki akak utk tggal bersama suami,..

    ReplyDelete
  10. bila anak2 dh besar sket nnti..leh ibunya berkepit puas2 dgn abahnya ye..hehee

    ReplyDelete
  11. sepesen dengan anak saya. kalau dah lama tak jumpa abahnya, mula-mula sampai tu segan2, terkinja2 tak tau nak buat apa. dah lama sikit dia peluk tak mau lepas. huhu. kesian kan budak2 ni, tapi dah rezeki kita mcm ni. sabar je la. kata org lagi selalu jauh, makin dekat kat hati ;)
    salam kenal :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign