Fresh from the owner...

09 June 2012

Asam pedas ayam pencen.



asam pedas ayam pencen yang pada aku sedap je. aku yang masak dah tentulah aku kata sedap kan. naak-anak pun makan okay je. sebenarnya ayah aku beli ayam pencen sampai dua ekor. ada lebih. jadik aku masak la asam pedas. pada aku asam pedas ni lego je la dengan apa pun insyaAllah sedap je. tapi ayah dengan ada la seorang dua anak buah aku ni macam pelik sikit tengok. ayah aku of course la terus tanya.

macam ni la kalau tak biasa makan. terus jadik pelik walhal tak ada benda pun semua tu. sebab tak biasa buat. cuba kalau biasa, mesti okay je. aku pernah masak asam pedas daging. tapi cuma sekali je la. itu pun entah beberapa tahun yang lalu. dah tak ingat lagi dah macam mana nak buat. sebab ada penambahan ramuan dalam tu. ini pun kiranya aku masak sebab asyik-asyik ikan je. 

suma seorang je anak buah aku yang makan tanpa komplen. dia siap tanya ada ayam lagi tak? hahaha... susah kalau dah terbiasa makan benda yang sama je dan bila ada perubahan sikit je dah jadik takut nak makan. kalau family kecik aku ni senang je. apa yang aku masak, baik husben mahupun anak-anak makan je. tak ada bunyi. kalau ada pun antara sedap dengan tak je la. tapi anak-anak ni apa mak masak semuanya sedap.

resepi? sama je macam masak asam pedas biasa. kalau my sis tak letak belacan. tapi aku letak je. kasi tambah kick. daun kesum pun aku tambah extra. anak buah aku yang dok pelik tengok ayam ada dalam asam pedas ni ambik kuah je. cicah dengan ikan goreng. tapi penambah rasa, kicap tu mesti ada. okay... aku pun makan asam pedas ni dengan kicap. meamng sedap la. pada tekak aku ni la kan. lepas dia habiskan seekor ikan goreng tu dia siap cakap: "Sedaplah pulak!" see the hands la. muahaha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. kalau ayam wani xpernah lg buat asam pedas...selalu buat ikan jer masak asam pedas ni :)

    ReplyDelete
  2. wah..nampak sedap...
    ayam pencen pulak tu..

    ReplyDelete
  3. duduk KL ni, baru kita pnh dgr ayam masak asam pedas. biasa yg kita mkn ialah ikan. asam pedas dgn kicap tu, kita pun suka kak. hiii, wajib kicap.

    ReplyDelete
  4. dapnyaaa...lama tak buat ayam masak asam pedasss...

    ReplyDelete
  5. sy xpnh buat guna aym lg.. biasa ikan je..

    ReplyDelete
  6. sy tk pernah msk ayam buat asam pedas.tp org johor mmg suka..:)

    ReplyDelete
  7. Ayam pencen mahalkan...sedapnya asam pedas...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign