Fresh from the owner...

14 June 2012

Apa 'mak-mak'?


budak kecik ni betul la. entah dari mana dia dapat aku pun tak tahu la. hari tu ada jugak dengar. tapi sekarang ni dah tak ada lagi dah. dia selalu je nak keluar. siap ambik crocs dia lagi mintak kita pakaikan kat dia. kalau ayah aku nak bawak dia berjalan pun siap dia tunjuk tempat crocsnya tu. kalau dia keluar daripada rumah, dia memang tak nak orang pegang dia langsung. perangai boleh tahan kan?

kalau abah tu dia biasanya panggil 'babah'. tok abah pun ada 'bah' jugak kat belakang. ibu ngah ada 'ngah'. kalau aku? apa dia panggil aku? Azfar kalau nak apa-apa or just panggil, dia selalunya sebut 'mak'. pelik la pulak budak sorang ni. awal-awal bulan dulu ada la dia sebut 'bu'. lepas tu, mak je la sampai sudah. walhal tak ada orang pun kat rumah ni guna perkataan 'mak' tu.

selalu jugak aku cakap dengan dia: "Apa mak-mak? Ibu la." tapi dia panggil mak jugak. hahaha... tak apa la. mak pun mak la. janji maksudnya sama je. nanti dia dah besar sikit, boleh la panggil ibu yang biasanya lepas dia terror panggil abah.

pesal la budak-budak ni. ibu yang jaga, abah jugak yang dia orang pandai sebut dulu. huhuu... tak ada makna nak jelous. tapi macam pelik la jugak. abah tu kejap-kejap boleh la. lama-lama mahunya pitam nak melayan. tambahan pulak abah kan sakit. banyak penyakit abah tu. bermula daripada mata sampai la ke dalaman badan. eh, melalut dah akak ni!!!




my foot: berkabus la pagi ni. mesti tengahari nanti panas terik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Melayan telatah anak yang sedang membesar ni seronok. Apetah lagi bila anak sudah mula menyebut perkataan abah Dan mak. Seronok kan?

    ReplyDelete
  2. dia nak lain dr yg lain..sbb tu panggil mak....

    manalah dia dgr org sebut mak tu ya...bijak tul :)

    ReplyDelete
  3. Saya pernah dgr org kata, perkataan pertama yg anak pandai sebut biasanya yg bunyinya 'ma', 'mak'. Sebab tu kalau sal perasan, banyak bahasa dalam dunia ni walaupun bunyi perkataan2 lain pelik2 dan berlainan sama skali, tapi untuk ibu.... mesti perkataannya ada bunyi 'ma'. Mcm cina panggil Ma, india Ama, Korea Oma. Jepun je lain skit, panggil oka chan. Heheh.

    ReplyDelete
  4. Salam Kenal,
    saya dah folo...

    hihii..Azfar! moga jadi anak yg soleh yea! Azfar budak bijak kan... takpe.. yg penting dia ringan mulut, dah dah pandai ckp kan...

    ReplyDelete
  5. olololo comey nye dia :)

    ReplyDelete
  6. cik en suka bakal anak cik en panggil cik en ibu...

    ReplyDelete
  7. betul tu kak mesti abah juga yg pandai disebut dulu pada ibu...sm cam anak wani jer hihihi

    ReplyDelete
  8. Adalah tu dia terdengar kt mana2 ;) iman pun tak suka kena pegang bila kt luar. Main kejar2 je lah. Bukan apa takut apa2 jd kan?

    ReplyDelete
  9. hihihihi.. cian azfar, nasib baik amir dr kecik dah pandai cakap ibu.. tapi ayah lambat sikit dia pandai sebut abah hihihihi.. jenuh ajar barulah pandai panggil ayah...

    ReplyDelete
  10. sama cam anak2 akak, pandai sebut abah dulu dari mamanya

    ReplyDelete
  11. hihiii sama cam alisha... duk panggil mak mak.. org kata ibu dia saje mak mak.. pastu gelak2.. kikikii

    p/s : brg??.. xda dpt pe2 pun kak..

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Anak buah saya pun lambat pandai sebut ibu. Dia panggil ayah, nenek, acik, paklong..tapi, nama ibu susah sikit dia nak sebut. Rindu pulak dia panggil..

    "Acik Titin...Acik titin...." dengan nada manja dia. Rindu.

    ReplyDelete
  13. bah sng kot dorang nok sebut...mak plk lagi sng kot dari ibu..takper dh besar nanti pandai la budak2 ni pilih nk panggil ape..hihi..

    ReplyDelete
  14. Sama ler dengan syifa...sebutan pertama mak...jenuh suruh sebut ibu...mungkin perkataan mak mudah di sebut kot..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign