Fresh from the owner...

18 June 2012

Alahai adik sayang!!!


anak siapalah ni? boleh tahan jugak perangainya ye. Azfar ni kuat merajuk la. hahaha... ini kes dia nak aku dukung dia tapi aku malas nak pergi ambik. aku dengan dia tak jauh pun. aku duduk atas kerusi. mula-mula dia main elok je. lepas tu mintak dukung. tapi dia tak nak bergerak. dia nak aku pergi ambik dia. boleh gitu? tu yang siap baring-baring tu. kes amuk la ni. adeh...!!!

apa punya gaya la adik seorang ni. dah la panggil aku 'mak'. bila nak apa-apa je mesti kena ambikkan untuk dia. dan aku perhatikan Azfar ni gayat terlebih sikit berbanding kakak-kakaknya tu. bab lain berani la. tapi kalau melibatkan ketinggian, kureng sikit. tak apa la. adik kecik lagi. nanti dah besar lain la pulak kot.

dan sekarang ni kalau dia bangun awal pagi dan aku tak ada dalam bilik, dok dengar la dia panggil 'mak'. setakat ni alhamdulillah... tak menangis kalau bagun pagi dan aku tak ada. dai cuma panggil je la. bagitahu yang dia dah bangun. bila ngombeng dia tidur la semula. Azfar still menyusu badan. cumanya kalau dia tengok kakak-kakak dia minum botol, kadang-kadang dia mintak botol jugak. bagi je la. ada masa dia minum setengah botol susu tu habis. tapi kebiasaan si kakak la tukang perabihkan sebab Azfar dok main goncang-goncang je botol susu tu. habis la kena kat baju la, muka... seluar segala. alahai...


kalau dah macam ni rupa parasnya, mahunya tak rasa belas dalam hati? saja je malas sangat nak ikutkan kehendak dia. tapi last-last ambik jugak sebab tak sampai hati tengok dia menangis bagai. mak-mak ni biasa la. mula-mula tu macam gagah je. hati kering la konon. tapi dalam hati kering tu lembut jugak dek tengok muka kesian anak tu. betul kan? dah macam tu mak-mak ni nak buat macam mana.

alahai anak-anak. semarah macam mana pun ibu ni tapi kalau dengar Kak Long tanya: "Ibu tak sayang Kak Long ke?" ataupun "Ibu tak sayang anak-anak?" aisey... hilang marah tu tapi konon-konon marah lagi saja buat tak layan. hahaha... dan selalunya jawapan ibu: "Ibu sayang anak-anak ibu walaupun anak-anak ibu tak sayang ibu." hehehe... psiko la pulak maknya ni. kejap lagi menjawab la Kak Long: "Kak Long sayang ibu. Kak Long dengar kata." okay... (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. anak-anak mmg mencabar naluri keibuan...ada saja perangai baru dia buat, rasa nak marah sangat..tapi pandai pula dia buat muka keian...huhhu...azfar..dah laa merajuk tu, nnt tak encem lak..hihihi

    ReplyDelete
  2. hurm... budak2 biasa la tu..mesti nak perhatian lebih dari parent dia...sian azfar takde sape org nak makan dgn dia... mana kakak2 dia? tak teman Azfar main ke?

    ReplyDelete
  3. alooo kalo ini mcm siapa yg tahan.....hik3

    ReplyDelete
  4. comel.. azfar sma jugak ngan aqeef.. klu merajuk suka beno hempas badan guling2.. hehe..

    ReplyDelete
  5. hamboi..kemain lgik klu merajuk.. anak buah sy pun mcm tu... mmg menguji kesabaran..

    ReplyDelete
  6. olo..comeynyer dia merajuk..

    ReplyDelete
  7. comel je azfar merajuk....he.he.he....

    ReplyDelete
  8. Hheee, itula kan perangai anak2, nak kan perhatian tu :)

    ReplyDelete
  9. betoi tu kak... kdg2 kita nk buat ati kering.. tp bila tgk muka ank yg seolah2 mintak smpati tu... alahaiiiii... terus basah lenjun hati kita... hihiii

    ReplyDelete
  10. Kikiki...amboi2 manje tul azfar ni...siap gitu hah majuk nye hihihiihi..takpe anak bongsu kite bagi can duluuuu hehehh

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign