Fresh from the owner...

30 June 2012

Alahai... Abah sayang!!!

sabtu ada pekan sehari kat sini. tak lama lagi akan jadik pasar komuniti. sebab dia orang tengah bina tempat untuk pasar komuniti tu la. tak ada lagi keadaan berselerak macam mana pekan sehari sekrang which aku prefer keadaan sekarang sebab itulah yang menjadikannya unik. meamng ramai warga lain yang menjual kat sini. boleh dengar daripada pertuturan. tapi dah dia orang rajin berniaga dan bangsa kita malas, tak boleh nak salahkan dia orang jugak.

hari jumaat tu husben kata nak bawak carik baju kat sini. sebab bulan lepas masa temankan my sis cari baju anak-anak dia, Kak Long ada berkenan dengan dua apsang baju. abahnya biasa la. bukan boleh dengar anak-anak nak apa. dia kata: "Bukan selalu pun boleh balik. Apa salahnya tunaikan permintaan anak-anak tu. Abah kerja pun untuk siapa?" okay... malas nak cakap panjang. dia ajak pergi seawal 7 pagi. nak elak panas matahari. tambahan pulak tempat dia orang berniaga dah berubah kecuali pasar borong tu.


alhamdulillah... cuaca redup je. pukul 8 jugak la pergi. tak adanya nak pergi pukul 7. orang baru nak setup tempat. sebelum jalan-jalan bawak anak-anak dengan abahnya makan. takut abahnya hypo tak makan apa-apa daripada pagi. ayng suahnya nanti ibu jugak. huhuhu... itu pun plannya aku je pergi bawak Kak Long dengan Kak Ngah. tapi kesiankan Azfar, aku ajak dia jugak. ye la... dengan demam dan batuknya, dia melayan la anak-anak dengan isterinya ni. kalau aku tanya penat ke tak, dia akan jawab: "Bukan selalu!"

memang melayan kehendak anak-anak je la semalam. tak ada la dia orang mintak yang bukan-bukan tapi Kak Long la ada meragam sikit sebab tak dapat baju macam yang dia nak. baju color putih dengan pic Pooh. yang ada tu size besar. size kecik color putih tapi pic Angry Birds. bengang la jugak dia. adehhh... perngai boleh tahan. belikan jugak la lepas 40 kali tanya nak  ke tidak. mak pun dah naik hangin nak melayan. abah la cool lagi sebab abah tak layan pun. abah layan Azfar je. huhuhu... itu pun besar jugak. tapi dia suka. ikutkan je la.

Kak Ngah tak banyak songeh. cuma dia mintak buah je. Kak Ngah kan pemakan orangnya. jadik dia nak makan je la. hahaha... like the father said: "Seronok tengok anak-anak happy." yup, so true!!! kebahagiaan anak-anak itulah kebahagiaan kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. anak2 akak pun camtu, kalo dah berkenan satu2 baju tu, mesti nak beli jugak, cakap la macam mana pun, mesti nak jugak

    ReplyDelete
  2. kbgian anak..kgmbiraan ibu bapa..kan kak sal hehe

    ReplyDelete
  3. aah dikk 'pabo' disini akan bertukar wajah .. entah akk lebih suke macam dulu2 tuu , bila berselerak nampak lebih selesa .. ekeke .. entahlah x tahu macam mana bila bertukar nanti

    akk kesana juga semalam .. tapi akak sendirian , senang mencari pakaian .. borong sikit2 nak dekat 200 gak ekeke ;)

    plan nak bawak kids ke ktn utk beli kain tapi x jadi huhuh

    ReplyDelete
  4. Ragam budak2kan...penat melayan hihihi

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dapat nikmat anak anak. kite ni tak tahu la bile dpt merasa. ;)

    ReplyDelete
  6. wah ni mcm kes pau abah habis habisan ni hikhikhik

    ReplyDelete
  7. betoi kak.. bila ank eppy, kita pun eppy :-)

    ReplyDelete
  8. Anak2 bila meragam mmg kita geram, tp biasanya kejap je.. Bila anak happy, kita pun happy.. :D

    ReplyDelete
  9. seonok kalo dpt buat anak2 happy kan...

    ReplyDelete
  10. ye btul..tgk anak hepy kita pun rasa puas..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign