Fresh from the owner...

28 May 2012

Untuk anak-anak je ke?



asal balik je mesti belikan something untuk buah hati dia yang dua orang tu. memang akan ada buah tangan la. untuk Azfar je tak ada sebab dia sendiri tak tahu nak belikan apa. tapi hari tu sebelum balik, husben ada cakap dia nak belikan bola untuk Azfar tapi dia terlupa. dua jenis pad islamic ni untuk Kak Long dengan Kak Ngah la. anak-anak memang excited. 

untuk aku? tak ada apa-apa pun. sebab aku tak mintak. kalau mintak tentu dia belikan jugak. tapi masa keluar dengan dia tu aku tak ada la nak mintak apa-apa pun. cuaca panas walaupun time tu baru je pukul 10 lebih. even pukul 8.30 pun dah panas bukan main lagi. entah la. tengok di berpeluh sakan dengan tak sihatnya lagi, takkan la aku nak ajak dia jalan-jalan. kesian pulak. hehehe… kalau tak boleh la aku mintak dia belikan tudung ke barang sehelai dua. 

ini pun dia belikan petang sebelum dia balik. husben kata: “Ini barang ibu!” barang apa pulak sedangkan rasanya aku tak pesan apa-apa masa dia keluar tu. bila bukak plastic tengok mouse comel ni. alahai… terima kasih ye abah! dah lambat pun still belikan jugak mouse untuk wife dia ni. mungkin sebab aku la dok complaint ada computer tapi mousenya tak ada. ngeee… sabar je la ye Ney!!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. mesti la ada untuk isteri yang tersayang

    ReplyDelete
  2. hahaaa best mcm tu. mcm papa kita, asal dia blk kerja je mesti ada sahaja rezeki yg dia bw blk. turun pula ke kita, setiap kali blk rmh auni mesti kejar dpn pintu, tak sampai hati kalau blk tgn kosong.

    kita pun ada belikan auni ipad ni. asyik hendak main angry bird je, parah lama2 hp mak dia.

    ReplyDelete
  3. chomelnyaa mousee tu...hehee

    ReplyDelete
  4. dpt mouse tu pun dh teruja kan kak.. yela, sekurg2nya kita tau dia prihatin dgn apa yg kita perlukan.. :-)

    ReplyDelete
  5. comelnya mouse..
    suka2..

    ReplyDelete
  6. Akak dok komplen je mesti la asben belikan...hehe lg pun ksian kt akk agaknya dok mengusung mouse...comel la mouse tu

    ReplyDelete
  7. walau apa pon saiz n nilainya.. jk ianya pberian org tsyg.. ainya sesuatu y amat2 bharga..

    ReplyDelete
  8. cute mouse....Salam, sis, nk mintak tlg bleh x ? bleh x tlg komen kat blog http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2012/05/jawi-malaysia-heritage-treasure.html tentang kepupusan tulisan jawi. Komen hanya utk pembelajaran sebab lecturer nk tgk pendpt blogger, thanx ek.....

    ReplyDelete
  9. Huhu mouse yg comey..jaga elok2 tau..

    ReplyDelete
  10. wah.. sama.. lain color je.. hikhikhik.. tapi.. tang mouse je tak beli2 lagi.. naik letih jemariku ini tanpa mouse..

    ReplyDelete
  11. Bagusnya iPad islamic. comel mouse tu. Siap ada gambar kartun lagi ;)

    ReplyDelete
  12. Cute lah kak mouse tu... Tanda si dia ingat pada akak tau! :))

    iPad tu nampak menarik! Berapa ratus tu kak? :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign