Fresh from the owner...

21 May 2012

Terima kasih Jemarisuri dan Ch@!

hari rabu dapat kiriman pos laju. daripada Jemarisuri rupanya. hehehe... sebenarnya aku dah tahu akan sampai rabu sebab Jemarisuri mesej hari isnin bagitahu dah pos barang. barang yang aku menang hasil daripada jadik pelawat yang ke 10 000. cantik barang yang sampai tu. suka sangat. terima kasih ye kak. tapi kena simpan dulu sebabnya kalau dah pindah rumah baru boleh guna. rumah ayah ni tak sesuai sebab tukang 'menjahanamkannya' lagi ramai. lebih baik pakai untuk rumah sendiri. hehehe...

masa dapat barang tu, posmen 'favorite' aku tu siap cakap lagi: "Hari-hari ada je barang dia. Mintak nombor telefon la senang kawe nak telefon suruh ambik barang tu sendiri." aish... banyak cantik muka kau! dah itu kerja kau la. malas buat kerja aku report baru tahu. hahaha... sengal punya posmen. 

cantik kan? dari sabah bah ni.


hari jumaat pulak dapat surat daripada Ch@. hahaha... ni sebab jadik pengomen setia blog hijau la ni. suka ke blog dia baca kisah si Auni dan Adli. macam-macam ragam si kecik tu dengan emaknya yang kecik comel jugak tu. walaupun tak pernah bersua lagi tapi rasa macam dekat je dengan si empunya blog. terima kasih ye Ch@. suka dengan fm kit kat tu. ingatkan coklat betul. baru je nak makan. hehehe...

kali ni tka jumpa encik posment tu sebab Ch@ pos guna pos biasa je. hahaha... bagus jugak. kalau tak entah apa pulak dia cakap kali ni. 

hasil kreatif Ch@. makcik ni memang kreatif pun. ^_^


terima kasih ye kepada kedua-duanya. suka sangat dengan hadiah yang diberi. walaupun ada yang kata simple je tapi cukup menghargai apa je yang diberi walaupun hanya sehelai kertas. itu tanda ada jugak yang menghargai kita. terima kasih daun keladi.






my foot: insyaAllah... mahu pos hadiah keenam dan ketujuh hari ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Wah...best betul dpt hadiah...:D

    ReplyDelete
  2. sampai sudah ye. hihiii. nak beri coklat betul tapi kang tkt cair dipertengahan jln pula. takpun dimakan oleh posmen. nak bagi ferero tu, mahel bebenor, tidak la teman ni mampu. eheheh. jadi beri fm je la, buka peti ingatla kita ek. hijau sokmo tu :D

    ReplyDelete
  3. simple2 pun...tp kalau kawan yg bg...lebih2 lagi kawan di alam maya....tetap menjadi tanda kenangan terhadap sebuah persahabatan...

    ReplyDelete
  4. banyaknya dpt adiah.. cantik n comel je.. :-)

    ReplyDelete
  5. penghrgaan dr kawan2 wpun hadiah tak seberapa tp mmg boleh buatkan kita tersenyum sepanjang hari kan..:)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign