Fresh from the owner...

11 May 2012

Teguran Rasulullah kepada sahabat yang ketawa.



Suatu ketika Rasulullah S.A.W dalam perjalanan untuk menunaikan solat lalu baginda S.A.W ternampak satu kumpulan orangg yang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah S.A.W bersabda: "Seikranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadan yang saya lihat ini."

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur menyeru: 'Aku ialah kubur kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat-ulat'."

Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata: "Kedatangan kamu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yangberjalan di atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."

Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian daripada syurga secara berterusan.

Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur itu akan berkata: "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di muka bumi ini engkaulah yg paling aku benci. Hari ini kau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."

Selepas itu kubur akan menghimpit sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tertinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut sehingga kiamat. Selepas itu Rasulullah S.A.W bersabda: "Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka - (Misykat)."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Peringatan yang baik, smg Kita sentiasa beringat

    ReplyDelete
  2. sama2lah kita beringat.. takut pulak baca...

    ReplyDelete
  3. takut bila tiba waktu itu...amalan blom cukup lagi nih

    ReplyDelete
  4. Anonymous27 May, 2012

    Nice color choice on the blog. It is really easy on my eyes and I have bad eyes too so that's a really big compliment lol

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign