Fresh from the owner...

26 May 2012

Sudah sampai ke rumah.



alhamdulillah... husben dah selamat sampai ke rumah semalam. tapi kesihatan dia tak berapa baik la. sakit dada dengan batuk. aku ingatkan dia akan sampai hari ni tapi semalam dah ternampak kelibatnya. hehehe... sebenarnya bukan aku yang nampak dulu tapi Kak Ngah. dia cakap: "Abah balik!" tapi aku kata kat dia: "Mana abahnya?" sebab aku ingatkan dia main-main. selalu jugak dia main-main macam tu. kemudian tu la anak buah aku datang kat Kak Ngah bagitahu dia: "Anis, abah Anis alik." bergegas la dia pergi carik abahnya tu.

memang anak abah la. waktu siang berkepit je dengan abah. tak boleh hilang. hilang seminit je dia carik. Azfar? of course la mengada jugak. tidur pun nak abah jugak ye. tak nak aku. boleh tahan kan? cuma Kak Long la biasa-biasa je sikit sebab dia dah besar dan faham abah kerja. memang rindu abah la anak-anak ni. bila malam la baru carik ibu. Azfar pulak buat tanda-tanda macam tak berapa nak sihat. merengek-rengek la jugak walaupun still aktif. setakat semalam dan pagi ni alhamdulillah, tak demam.

bila jumpa sebulan sekali ni, berebut-rebut anak-anak nak perhatian lebih. abah pulak kurang biasa dah dengan anak-anak yang perangai boleh tahan ni. Kak Ngah memang memeel time abah balik kali ni. dia nak perhatian lebih sebenarnya sebab dia kan anak abah. muahaha... pening aku tengok husben melayan budak-budak bertiga ni. aku cakap dengan dia, ini biasa je. tapi dia cakap dengan aku dia macam tak biasa sebab rutin dia kat sana, tempat kerja dan balik rumah. balik rumah mana ada anak-anak bising, buat perangai lagi.

tapi walaupun macam tu, husben tetap layan. cuma aku la kesian tengok dia nak melayan budak bertiga ni. sekejap yang ni panggil. sekejap lagi yang tu. yang ni nak baring kat abah. yang tu pulak merajuk sebab tak dapat nak baring sama. habis tu macam mana? sampai aku dengar dia cakap kat Kak Long dengan Kak Ngah: "Dua-dua anak abah. Jangan berebutlah." hahaha... itu belum kira yang nak berdukung lagi. Azfar pun nak dukung jugak. tapi sekarang ni buat peel nak dukung... Kak Ngah la. juara untuk bulan ni. o_O

ibu? ibu biasa-biasa je. kalau rasa nak menyakat budak bertiga tu, aku saja je la baring dekat abahnya. kejap lagi memang ada la yang merajuk. takkan nak berebut jugak dengan anak-anak kan? mengalah je la. hahaha... macam sedih je? poyo betul la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. terubat rindu kat abah diorang kan :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. dh selamat sampai... semua ank2 rindu abah dia. :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign